Alang-alang gaji dah masuk aku pergi cari tilam dekat Aeon, Midvalley petang tadi. Mujur mak aku suruh balik awal, petang-petang hujan sekarang ini. Almaklumlah, dah masuk bulan tengkujuh. Berbalik cerita beli tilam petang tadi, aku gerak balik ke KL dalam pukul 11.00 pagi, 12.30 tengahari dah sampai dah. Balik rumah, kemas apa yang patut, lepas Zohor baru gerak keluar semula. Mujur cuaca dekat KL redup je, tapi sekarang nampak gaya macam nak hujan. Takpelah kan, janji dah selamat sampai rumah.
Aku dari haritu lagi nak beli tilam, sebab dah start sakit-sakit badan pakai tilam sedia ada ini. Ada jua tengok dekat Shopee tu, tapi rata-rata feedback dari beberapa tempat niaga tu masa frust je, jadi takut pula nak beli. Haritu ada terbaca posting sorang ini beli tilam anaknya dekat Aeon, macam not bad jugalah.
So dah alang-alang balik awal tadi, aku gerak ke Aeon Mid Valley dengan tujuan 1 je, cari tilam. Pergi naik KTM, balik naik My Car. Masuk-masuk Aeon je terus pergi bahagian home & deco. Macam-macam jenis tilam ada, queen, king, single semua ada. Tebal dan juga nipis pun ada. Before ini aku pakai tilam 90cm yang beli dekat Tesco. Lapiklah dengan toto bagi tebal. Tapi lama kelamaan dia menipis macam kulit bawang. Ibarat tidur berlapikkan lantai je.
So alang-alang dah sampai sini, teruslah usha yang berkualti sikit. Boleh pakai lama, memanglah malam je kita tidur, dahlah balik kerja penat, mestilah nak rest yang secukupnya ya dak. So, bagi mendapatkan rest yang mencukupi, tidur yang lena haruslah dengan adanya tilam yang empuk. Ini bukan produk review, ini memang aku saje nak share dengan korang aku beli tilam baru. hahah...
Paling best tilam ini boleh lipat 3, ketebalannya taklah setebal tilam queen tu, cukup dapat kelegaan sudah. Ketebalan sizenya 2 kali ganda dari yang aku beli sebelum ini. Boleh rujuk gambar di atas. Genius gila siapa yang cipta tilam single berlipat ini. Sesuai sangat dengan aku yang berkongsi bilik dengan 2 orang lagi. Alhamdulillah, 2 orang rakan seblik aku ini pun sekepala. Tak banyak rentah.
Tadi pun banyak benda pikir berbaloi tak aku beli. Tapi memikirkan keselesaan diri sendiri akhirnya aku beli juga. Ada 2 jenis pilihan yang berkenan tadi.Dari segi size semua sama, cuma dari segi material dan harga sahaja. Ada satu tu jenis span, satu ini jenis getah. Seller tu cakap, yang getah tahan lama sikit. Yang span makin lama dia menipis. Material yang jenis getah ini pula ada 2 jenis, 1 waterproof, satu had biasa. Harga material yang waterproof ini hanya RM179 yang biasa harga RM189. Pikir punya pikir, aku decide beli yang waterproof. Katanya air tumpas pun tak ada effect.
Alang-alang melakukan pelaburan yang besar, beli sekali mattress protector memandangkan full set colour putih. Lepas ini beli cadar pula. Matterss protector ini boleh cuci pakai wahing mechine ataupun pakai tangan. Celup-celup jemur je.
Boleh tengok kelebihan tilam terbaru aku beli ini.
Ini tilam lama aku, beralaskan toto bagi tebal sikit. Masa kat u dulu aku tidur pakai toto share 2 orang, 2 tahun jugalah kiteorang tidur beralaskan toto. Now, dah tak tahan sangat barulah nak beli tilam baru.
Permulaan ini dulu, ada duit lebih nanti aku nak tukar letak karpet dalam bilik. Aku tak suka pakai alas plastik tu. Lepas ini aku nak hasut si Oyah pergi beli tilam dekat Aeon, bolehlah jadi geng nanti.
Thank you for reading!
slowly nanti ada budget boleh deco deco kan.. nampak sedap tilam tu.
ReplyDeletetilam salah satu blik rumah ni dah mula rasa spring hehe..