Yeahhh,Dah Boleh KAWEN!! Pengambilan Kursus Perkahwinan di Pertama Kompleks! - Azwar Syuhada

Monday, 9 September 2019

Yeahhh,Dah Boleh KAWEN!! Pengambilan Kursus Perkahwinan di Pertama Kompleks!

Salam to all readers,

Macam mana weekend korang kali ini? Takkan tak seronok lagi, harini pun cuti lagi. Weekend yang panjang banyak syok wei, next week pun cuti panjang lagi. Alhamdulillah! Weekend kali ini, aku meluangkan masa untuk hadiri kursus kawen. Aipp, bukan bermakna aku nak kawen dalam masa terdekat ini ya.

Asal ambil kursus kawen, dalam otak korang tu pikir aku nak berlaki je memanjang kan. Ceritanya bila housemate aku nak kawen bulan 1 tahun hadapan. Memandangkan pasangannya dah ambil kursus kawen, dia ajaklah aku buat geng pergi kursus kawen. Alang-alang aku tak ambil lagi, dan weekend ini cuti pula ambil jelah sekali. Akan datang takyah susah-susah ambil lagi.

Awalnya aku book tempat dekat Bangsar area asrama aku dulu tu, kira dekatlah dengan tempat aku sekarang ini. Hari Jumaat petang baru tempat tu inform kata tak mendapat sambutan, jadi dia syorkan pergi cawangan sekian-sekian. Salah satunya Pertama Kompleks sebelah Sogo tu. Aku mula tak perasan ada Pertama Kompleks, yang pada awalnya nampak Setiawangsa jauh sangat. Bila nampak ada yang lagi dekat kiteorang ikut kata sepakat join kelas di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur. 


Hari pertama, aku & Wan lambat 10minit. Kelas start pukul 9.00am sampai pukul 7.00pm.  Mana tak lambat pukul 8.15am baru keluar rumah, tunggu train, jalan kaki, satu kerja lagi nak berpusing dalam Pertama Kompleks ini cari tempat. Sampai-sampai je bayar yuran RM120 terus masuk dewan. Dewannya tak terlalu besar dan taklah terlalu kecil. Bolehlah muat dalam 50 orang macam tu.

Ini jadual waktu yang diberikan. Hari pertama kena bawa duit yuran sekaligus salinan ic. Better fotostat IC dekat luar. Sini dia charge 50sen. Bila hadiri kursus kawen ini banyak input aku dapat. Kawen ini bukan pikir nak beronok-ronok je sebenarnya. Bila pikir seronok, cinta sama cinta inilah salah satu punca berapa banyak penceraiannya berlaku. Bagi aku penceramah yang bagi taklimat baru ini best, tak membosankan memandangkan background dorang pun memang super duper power.

Hari kedua, tak berapa best sikit. Sebenarnya tajuk yang dihuraikan setiap penceramah lebih kurang sama cuma dipecah-pecahkan. Kesimpulannya apa yang diberikan sama sahaja, hubungan dengan Tuhan jaga, hubungan dengan mak ayah pun kena jaga. 90% penceraian berlaku sebab kita tak jaga hubungan dengan Allah. Nauzubillahhh...



Bila mak ayah tak ada, siapa yang berhak jadi wali kita. Mengikut turutan, turut dinyatakan dalam kursus ini. Bukan pakat bedal sahaja. Dulu-dulu aku pikir if lelaki nak kawen no 2 kena dapat persetujuan isteri pertama, hakikatnya tak benar sama sekali. Lelaki boleh kawen no 2 dengan mendapatkan kebenaran dari mahkamah. Pengaruh drama kuat sangat aku ini.

Bila jadi perempuan pula, darah apa yang tak boleh mengerjakan solat kalau korang tahu? Darah yang tak boleh seseorang perempuan tu sembahyang adalah darah HAID dan NIFAS. Berapa lama darah HAID boleh datang, aku ingat paling lama 7 hari, rupa-rupanya 15 hari (15 malam), paling sekejap datang 1 hari (1 malam). 
Apa langkah-langkah untuk mendirikan rumah tangga. Bukan pakat kawen koboi je. Banyak step rupanya, paling-paling 6 bulan sebelum majlis dah kena buat planning, isi borang kawen, test HIV, kursus kawen, borang kena dapat pengesahan. Paling penting, wali kita. Kita pikir catering, pelamin, baju, makeup bagai kan. Hakikatnya wali tu paling penting. If wali tak ada maka tak kawenlah pada haritu.

Inilah tempat kursus kawen yang aku hadiri baru ini di Pertama Kompleks, floor 3. Tak besar tak kecil. Jangan risau, yuran pendaftaran RM120 tu siap sekali dengan pakej makan. Nanti akan diberi kupon makan. Waktu makan korang akan dibawa ke salah satu cafe bawah Pertama Kompleks ini juga, makan sahaja apa yang dihidangkan.

Bagi aku tempat aku pergi ini dah okay dah, cuma nak kata selesa sangat tu tak adalah. Penceramah yang hadir semua bagi aku best-best. Banyak perkongsiannya dorang kongsikan sedikit-sedikit sepanjang kerja di JAIS. 
Inilah dia kak Wan yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan 1 tahun hadapan. Terlihat wajah kepenatan duduk atas kerusi tak berapa empuk, sebelum balik sempat lepak layn busking depan SOGO.

Tandas pun lawa, ini tandas dalam Pertama Kompleks. Setiap kali masuk kena bayar 30 sen. Takpe 10 kali masuk kena bayar pun aku rasa berbaloi, sebab bersih, ada setengah tandas awam minta bayaran tapi tandas kotor masyaallah.

Kursus kawen di sini turut menawarkan bimbingan kaunseling, belajar mengaji, tempahan hantaran dan macam-macam lagi. Siapa hadiri kursus kawen di sini dan inginkan mendapat perkhidmatan bimbingan boleh sahaja datang ataupun whatsapp.

Maka berakhir sudah kursus perkahwinan semalam. Segala ilmu yang ada lekat dalam kepala, jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Moga perkahwinan yang dibina akan kekal berkekalan sehingga ke hari tua dan barakah!

Kursus Kahwin Pertama Kompleks

Lokasi:
Kursus Perkahwinan Ibukota
Lot 3.9, Tingkat 3,
Pertama Kompleks,
Jalan Tengku Abdul Rahman
50100, Kuala Lumpur

Waktu Kursus:
Pendaftaran- 8.30 pg - 9.00pg 
Sabtu -9.00pg -6.30ptg
Ahad - 8.30 pg - 2.00ptg

Pakaian :
Lelaki - Kasual
(Digalakkan berbaju kolar / kemeja)
Perempuan - Menutup aurat 
(Digalakkan berbaju kurung / jubah)

Pada hari kursus datang bawa :
1)Salinan kad pengenalan sekeping
2)Yuran RM120

Yuran RM120 termasuk sijil, makan, minum, fail, buku & alat tulis
(Selaras & ditetapkan JAWI)

Thank you for reading!

2 comments:

  1. thanks for sharing! nice info... sedikit sebanyak dapatlah tahu situasi kalau pergi kursus kahwin ni macam mana.. eheehee

    ReplyDelete
  2. Amboi amboi amboi, kau pulak lagi excited dari kak Wan tu eh hahah. Kau bila lagi Azwar? Biasa yang senyap-senyap ni nanti ada lah surprise dia tu. Btw, banyak gila entry baruuu. Bestnya ada kerajinan nak update.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!