Selamat Hari Malaysia semua! Hari ini cuti lagi dapatlah me-time 3 minggu berturut-turut kali ini. Jangan lupa minum air banyak memangdangkan sekarang musim jerebu. Aku baru sahaja balik dari Hatyai malam tadi, penat pun tak hilang lagi. Gigih jugan nak update blog petang-petang ini. Sebab aku tahu kalau aku tak update sekarang, gamaknya hujung tahun baru up cerita.
Had ini aku mampu cerita keindahan bandar Hatyai sahajalah. Segala bajet ke sana aku tak terdaya nak share memandangkan trip ini adalah trip company. Segala kos company yang tanggung, kau datang bergembira sahaja. Sebenarnya, aku rasa teruja dan seronok sangat dapat join company trip ini, 1 sebab aku tak pernah pergi Hatyai, 1 sebab lagi ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup aku join company trip. Selain, trip bersama keluarga dan kengkawan. Best juga dapat jenjalan release tention dengan budak office.
Cukup sahajalah aku cakap aku join company trip. Company apa tu aku malas nak cerita. Percutian kami di Hatyai, Thailand ini selama (4hari 3 malam). Di mana kami bergerak dari KL (12/9/2019) pukul 9.30 malam. Dijangka sampai pukul 5.00 pagi di boarding Malaysia. Cepat jugalah kami sampai, jalan pun tak jem mana. 100% kami menggunakan perkhidmatan Kopetro punya travel agency (kecuali inteniary- diubah oleh kami).
Selesai sahaja imegresen Malaysia. Kami terus breakfast dekat area Dannok. Dannok ini macam pekan jugalah, jarak dia dengan tempat imegresen dalam 10 minit sahaja tak berapa jauh. Breakfast ini guna 'poket sendiri' makan tengahari and lunch with company team baru family tanggung. Tapi kira okaylah. Aku breakfast nasi lemak, sebungkus RM2.80 lebih kurang harga sini sahaja.
Perut kenyang, hati senang. Tak ada mandi tak ada apa terus singgah ke destinasi pertama iaitu di;
1) Visit Sumiansen
Kalau ikutkan melawat beberapa temple. DI Thailand ini, agak banyak juga temple korang boleh kunjungi. Memandangkan sini aku tak tahu nama apa, aku bagi nama temple gajah sahajalah. Memandangkan ia di bina dalam bentuk gajah yang sangat besar. Sangat unik. Kebesaran mereka memang gajah.
Ini pun temple juga. Temple ini terletak dalam kebuh pokok getah. Tersembunyi sikit kawasannya. Tapi masih okay dan bersih tempatnya. Perhentian dekat temple ini tak lama mana pun, dah selesai bergambar terus ke Kai Tod Decha Halal Restaurant.
2) Kai Tod Decha Halal Restaurant
Ini salah 1 restoran halal yang agak famous jugalah dekat Thailand. Datang lambat sikit memang kena ambil Q la jawabnya. Masa kami sampai pun memang dah padat dengan orang. Terpaksalah duduk seperate. Datang Thailand ini jangan lepaskan peluang rasa kenikmatan air teh ais nya. Memang padu macam dekat Kelantan. Tapi Kelantan medu sangat, sini punya mampu control lagi dia punya gula. Tak berapa manis mahupun tawar.
Group aku order nasi kunyit ayam sorang 1, ikan steam dengan sayur2 pinggan tu. Memang boleh repeat lagi datang sini. Makanan sedap-sedap belaka. Sebelum makan, masing-masing muka kelaparan, bila dah mencekik masing-masing tersandar.
Sangat rekomen la kalau datang sini order air ini. Tapi tak berapa sesuai bila makan dengan nasi cepat kenyang.
3) S Hadyai, Thailand
Lepas makan singgah ke kedai Nora tak silap aku dengan kedai jual kacang-kacang memandangkan awal lagi nak check in hotel. Masing-masing dah rabak nak balik mandi je 1 hari tak mandi tak selesa wei. Dalam pukul 3 baru gerak ke hotel. Sepanjang berada di Hatyai kiteorang menginap di S Hadyai Hotel. Canggih.
Aku punya bilik share 3 orang. Memandangkan staff melayu perempuan yang pergi 7 orang sahaja. 1 bilik kena share 3 orang. Tapi besar jugalah. Sampai hotel, bersihkan diri solat apa semua dalam 30minit. Kiteorang teruskan perjalanan ke tempat lain pula.
4) Kionghae FLoating Market
Antara staf yang turu serta. Semua masih adik-adik lagi. Kionghae Floating market ini salah satu famous yang ramai orang kunjungi bila singgah ke Hatyai. Sebab apa? Kerana ia kaya dengan makanan dan terserlah keunikan cara dia menjual beli. Dimana jual makanan dekat sampan. Banyak juga makanan yang korang boleh terai dekat sini. Semua harga mampu milik!
Sebelum pergi food hunting, sini kiteorang dipecahkan kepada 3 bulan buat sedikit acara team building. Tak lama pun, dalam 20 minit sahaja. Tapi best juga, memandangkan company trip ini ada staff Cheras join sekali.
Dah puas makan-makan di floating market. Kami bergerak ke Lee Garden pula.
5) Lee Garden
Inilah keadaan di Lee Garden lebih kurang macam dekat Jalan Tar, Bukit Bintang. Padat dengan orang, tambah-tambah hujung minggu. Dorang pun macam kita juga. Isnin sampai Jumaat kerja, Sabtu Ahad cuti! Tu yang ramai area sini. Sini tempat orang perempuan cuci mata, banyak benda boleh borong. Murah-murah gaklah.
Hari pertama aku tahan lagi nafsu shopping. Hari kedua baru belanja sakan.
6) Massage
Will be continue another part soon..
Thank you for reading!

Perut kenyang hati pun senang. Orang kata singgah ke Hatyai jangan lepaskan peluang massage. Yes massage dekat sini memang best. Tempat massage berderet ada macam buka 7e dekat Malaysia. Lepas makan jalan kejap baru pergi massage. Massage tanpa minyak, sejam 200bat je wei dalam RM25 something duit Malaysia. Kalau nak add aromatherapy kena charge 400bath. Murah jugalah nak bandingkan massage dekat Malaysia. So better pergi!
Si cantiklah yang massage badan aku. Memang best. Ada private room untuk wanita muslimah. Okaylah kan.
Will be continue another part soon..
Thank you for reading!
eeee bestnyaaaa bila ah dapat pergi hmmm
ReplyDelete