Salam to all readers,
Baru-baru aku sempat menghadiri Majlis Ulangtahun MATXI Corp yang ke-2 bertempatkan
di Plenary, KLCC. Buat pertama kali dalam sejarah jugalah aku hadiri majlis
ulangtahun yang penuh gilang gemilang. Mana tidaknya, majlis gilang gemilang
ini bertambah meriah dengan kehadiran 2,000 pengedar dari 30 negara. Kita yang
hadir sebagai tetamu jemputan pun rasa teruja. Bukan senang nak jumpa orang
pelbagai negara ini, seperti Kemboja, Vietnam, Singapore, Thailand dan banyak
lagi.
Acara ini berlangsung sekitar pukul 6.00pm pada 21 September 2019 baru ini. Bila-bila masing dah masuk ke dalam dewan, barulah acara bermula. Upacara pembukaan memang HEBAT!! Para tetamu semua dihidangkan dengan persembahan yang cukup memukau dengan tarian dari team 218 Dance Crew: salah seorang wakil dari negara Vietnam dalam Asia’s Got Talent 2017. Boleh tengok gambar di bawah betapa hebatnya mereka punya persembahan!
Info Mengenai Matxi Corp- Glory To Glory
Aku pun baru je tahu akan kewujudan Matxi Corp ini
sebenarnya menerusi sumber internet. Justerus aku nak share jugalah dengan anda
semua mengenai Matxi Corp ini. Matxi Corp merupakan syarikat perniagaan di
Vietnam yang dulu lebih dikenali sebagai Matxi S.G. iaitu anak syarikat kepada
MIIC Holding Sdn Bhd.
Apa yang Matxi Corp ini Jalankan?
Matxi Corp ini mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan,
pembangunan manusia, membantu manusia dalam perniagaan untuk menghasilkan
jualan yang cemerlang sejajar dengan pelan hala tuju latihan, alat sokongan
yang paling professional serta teratur. Bertambah menarik bilamana Matxi Corp
ini baru sahaja 2 tahu beroperasi, telah mencapai pencapaian yang luar biasa di
mana lebih daripada 20,000 orang pengedar dan agen (data diambil sehingga Julai
2019). Tengok kejayaan orang lain pun rasa seronok tau. Dalam hati, mungkin
akan datang aku juga akan meraih kejayaan seperti mereka.
Betapa meriahnya sambutan utalngtahun Matxi Corp kali ke-2 ini.
Apa yang Matxi Corp jalankan ini semua sejajar dengan slogan
yang dibina iaitu “You Deserve A Better Life”, dimana Matxi Corp berusaha untuk
membekalkan kehidupan yang lebih baik dan mebawa lebih banyak nilai praktikal
melalui produk dan perkhidmatan.
Bukan itu sahaja, Matxi Corp sangat komited untuk mencapai
visinya menjadi tunjang koperat utama dan membawa syarikat ke serata dunia,
manakala misinya pula kumpulan ini semestinya membawa setiap pelanggan, ahli
dan rakan strategik kepada kehidupan yang lebih baik. Susah senang
bersama-sama.
Upacara ini turut dimeriahkan lagi ucapan kata-kata semangat
dari perkawilan kepimpinan seperti Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam),
Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp
USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris
(Pengarah Pembangunan Pernaiagaan MIIC Holdings Sdn Bhd).
Ms Jenny (Pengarah Matxi Corp dari USA)
Mr Luck Kim (Pengarah Matxi Corp dari Korea)
Sebelum aku terlupa dalam acara ini, Matxi Corp turut
mengumumkan bahawa Malaysia merupakan pasaran ke 2 selepas Vietnam. Bangga gila
jadi warga Malaysia. Selepas ini Matxi Corp akan melabuhkan sayapnya ke negara
lain seperti Korea dan Amerika Syarikat pula
Transformasi Matxi S.G. pada Matxi Corp
Baru 2 tahun dah capai macam-macam pencapaian, tabiklah! Nak
tahu lagi tak? Matxi Corp turut membuka peluang perniagaan dalam cabang lain
juga. Antaranya;
- Hartanah
- Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
- Pencetakan dan Pembukusan
- Syarikat Penyelenggaran Acara
- Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
- Restoran
Tak kira lagi bisnesnya dalam cabang kosmetik, kecantikan,
kesihatan dan banyak lagi. Bercakap soal kecantik dan kesihatan ini, masa
menghadiri majlis ini aku sempat jugalah melihat produk-produk kecantikan
keluaran Matxi Corp ini. Salah satunya adalah Max Life, Max Skincare dan Max1.
Sebelum acara ini melabuhkan tirai, turut diraikan dengan
acara memberi award kepada Diamond Distributor atas pencapian mereka meraih
jualan yang cukup memberangsangkan. Kesemuanya ada 18 orang, 16 orang terdiri
daripada kaum wanita. Betapa hebatnya kaumm wanita sekarang! Tepuk bahu sendiri
okay.
Matxi Malaysia Sdn Bhd
Facebook: Matxi Malaysia
Instagram: @matxicorp
#MATXICorp #YouDeserveABetterLife
Blogwalkingg. lama tak nmpk azwar update blog
ReplyDelete