Majlis Gilang Gemilang Ulang Tahun Matxi Corp Ke-2 | Tembusi Pasaran Malaysia - Azwar Syuhada

Sunday, 29 September 2019

Majlis Gilang Gemilang Ulang Tahun Matxi Corp Ke-2 | Tembusi Pasaran Malaysia


Salam to all readers,

Baru-baru aku sempat menghadiri Majlis  Ulangtahun MATXI Corp yang ke-2 bertempatkan di Plenary, KLCC. Buat pertama kali dalam sejarah jugalah aku hadiri majlis ulangtahun yang penuh gilang gemilang. Mana tidaknya, majlis gilang gemilang ini bertambah meriah dengan kehadiran 2,000 pengedar dari 30 negara. Kita yang hadir sebagai tetamu jemputan pun rasa teruja. Bukan senang nak jumpa orang pelbagai negara ini, seperti Kemboja, Vietnam, Singapore, Thailand dan banyak lagi.


Acara ini berlangsung sekitar pukul 6.00pm pada 21 September 2019 baru ini. Bila-bila masing dah masuk ke dalam dewan, barulah acara bermula. Upacara pembukaan memang HEBAT!! Para tetamu semua dihidangkan dengan persembahan yang cukup memukau dengan tarian dari team 218 Dance Crew: salah seorang wakil dari negara Vietnam dalam Asia’s Got Talent 2017. Boleh tengok gambar di bawah betapa hebatnya mereka punya persembahan!





Info Mengenai Matxi Corp- Glory To Glory

Aku pun baru je tahu akan kewujudan Matxi Corp ini sebenarnya menerusi sumber internet. Justerus aku nak share jugalah dengan anda semua mengenai Matxi Corp ini. Matxi Corp merupakan syarikat perniagaan di Vietnam yang dulu lebih dikenali sebagai Matxi S.G. iaitu anak syarikat kepada MIIC Holding Sdn Bhd.

Apa yang Matxi Corp ini Jalankan?

Matxi Corp ini mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu manusia dalam perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang sejajar dengan pelan hala tuju latihan, alat sokongan yang paling professional serta teratur. Bertambah menarik bilamana Matxi Corp ini baru sahaja 2 tahu beroperasi, telah mencapai pencapaian yang luar biasa di mana lebih daripada 20,000 orang pengedar dan agen (data diambil sehingga Julai 2019). Tengok kejayaan orang lain pun rasa seronok tau. Dalam hati, mungkin akan datang aku juga akan meraih kejayaan seperti mereka.

 Betapa meriahnya sambutan utalngtahun Matxi Corp kali ke-2 ini. 


Apa yang Matxi Corp jalankan ini semua sejajar dengan slogan yang dibina iaitu “You Deserve A Better Life”, dimana Matxi Corp berusaha untuk membekalkan kehidupan yang lebih baik dan mebawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan.

Bukan itu sahaja, Matxi Corp sangat komited untuk mencapai visinya menjadi tunjang koperat utama dan membawa syarikat ke serata dunia, manakala misinya pula kumpulan ini semestinya membawa setiap pelanggan, ahli dan rakan strategik kepada kehidupan yang lebih baik. Susah senang bersama-sama.

Upacara ini turut dimeriahkan lagi ucapan kata-kata semangat dari perkawilan kepimpinan seperti Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Pernaiagaan MIIC Holdings Sdn Bhd).

 Ms Jenny (Pengarah Matxi Corp dari USA)

Mr Luck Kim (Pengarah Matxi Corp dari Korea)

Sebelum aku terlupa dalam acara ini, Matxi Corp turut mengumumkan bahawa Malaysia merupakan pasaran ke 2 selepas Vietnam. Bangga gila jadi warga Malaysia. Selepas ini Matxi Corp akan melabuhkan sayapnya ke negara lain seperti Korea dan Amerika Syarikat pula

Transformasi Matxi S.G. pada Matxi Corp

Baru 2 tahun dah capai macam-macam pencapaian, tabiklah! Nak tahu lagi tak? Matxi Corp turut membuka peluang perniagaan dalam cabang lain juga. Antaranya;

  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
  • Pencetakan dan Pembukusan
  • Syarikat Penyelenggaran Acara
  • Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
  • Restoran


Tak kira lagi bisnesnya dalam cabang kosmetik, kecantikan, kesihatan dan banyak lagi. Bercakap soal kecantik dan kesihatan ini, masa menghadiri majlis ini aku sempat jugalah melihat produk-produk kecantikan keluaran Matxi Corp ini. Salah satunya adalah Max Life, Max Skincare dan Max1.




Sebelum acara ini melabuhkan tirai, turut diraikan dengan acara memberi award kepada Diamond Distributor atas pencapian mereka meraih jualan yang cukup memberangsangkan. Kesemuanya ada 18 orang, 16 orang terdiri daripada kaum wanita. Betapa hebatnya kaumm wanita sekarang! Tepuk bahu sendiri okay.


 Hebat tak hebat sayap Matxi Corp ini, semua dia borong habis. Apa-apa pun semoga Matxi Corp akan kekal sukses dalam dunia perniagaan.


Matxi Malaysia Sdn Bhd

Facebook: Matxi Malaysia
Instagram: @matxicorp
#MATXICorp #YouDeserveABetterLife

Thank you for reading! 

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!