Buat apa hujung minggu ini? Sekarang musim jerebu jadi kurangkanlah aktiviti di luar, sekiranya keluar sebolehnya pakailah mask. Harini aku nak ajak menyembang berkenaan kecantikan lagi. Zaman sekarang ini, zaman serba canggih semua benda ada. Kalau duit banyak, kesihatan merundum tak guna juga, kalau kita tak ada duit banyak tapi kesihatan baik, kita akan rasa bahagia je.
Dulu-dulu mana ada pusat kecantikan, lagipun keadaan waktu itu masih segar dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok. Tapi sekarang ini, pokok-pokok dah berganti dengan hutan batu. Bukan bayu angin yang menyapu pipi kita tapi bayu habukyang pula yang menampar-nampar pipi kita. Kalau tak jaga menggerutulah muka kita dengan timbullah jerawat, jeragat, pigmentasi dan macam-macam masalah kulit. Terutamanya buat kaum hawalah.
Jadi bagi mengelakkan masalah kulit muka menggerutu ini aku syorkan buat pemeriksaan wajah dekat butik kecantikan. Pergi buat pemeriksaan, tengok sendiri kulit korang sihat ke tidak. Dekat mana nak buat? Berapa bayaran dikenakan buat peeriksaan wajah ini?
Jangan risau, ada port baik punya korang boleh pergi buat pemeriksaan wajah secara PERCUMA!! Iaitu di Estetika Medispa. Yes, Estetika Medispa ada menawarkan perkhidmatan pemeriksaan wajah. Baru-baru ini aku sempatlah pergi check, bilamana jerawat banyak naik plak baru-baru ini.
Pemeriksaan wajah sangat penting kerana :
• Kita dapat tahu keadaan sebenar kulit wajah yang bermasalah
• Kita dapat mengesan peratusan keadaan perubahan kulit wajah untuk menjadi lebih baik
• kita mendapat nasihat yang sewajarnya oleh pakar kecantikan kulit wajah
• Kita juga mendapat tahu Faktor-faktor tertentu yang member kesan kepada kulit wajah contohnya bagaimana penjagaan sesuai untuk menghadapi perubahan
• Kita mendapat tahu rawatan yang sesuai mengikut keadaan kulit wajah
• Kita juga boleh mendapat tahu jenis kulit adakah jenis kasar, berminyak, kusam, sensitive dan sebagainya
Now, muka rasa ringang sikit, dalam pada pakai macam-macam skincare, pemakanan pun harus dijaga. Jadi apa tunggu lagi, pergilah mana-mana cawangan Estetika Medispa yang berdekatan untuk pemeriksaan wajah secara PERCUMA! Tak semua tawarkan pemeriksaan wajah secara percuma setakat ini.
ALAMAT :
ESTETIKA MEDISPA
NO TELEFON : 017-209 0566
FACEBOOK : ESTETIKA MEDISPA
INSTAGRAM : ESTETIKA MEDISPA
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!