Salam and Hi!
Salam Aidiladha guys! Masih dekat kampung ke tu? Alhamdulillah selesai juga ibdah korban pagi tadi, harini aku berjaya kadak tidur pukul 12-ke pukul 2.00 petang. Bangun solat, sambung balik tidur, kepenatan macam aku yang menyembelih lembu pagi tadi. So malam ini dah tak dapat nak tidur, jadi nak share dengan korang cara penjagaan rambut bagi wanita berhijab. Even kita berhijab sekalipun, rambut ini ibarat mahkota bagi setiap wanitalah katakan. Siapa je taknak rambut cantik, tebal, wangi, bebas kelemumur kan?
Tak tahulah kalau ada dikalangan korang selesa rambut berkepam. Oops!! Jangan biar berkepam guys, naya je nanti. Aku ini spesis tak boleh pakai syampu seberangan, nanti mulalah naik kelemumur, berminyak, gatal. Perghhh itu yang tak tahan. Nak dijadikan cerita, last month aku terpengaruh bila orang buat review dekat twitter cakap syampu ini bagus untuk kurangkan kelemumur, rambut jadi lembut je bila pakai. Aku pun pergilah beli, nak test kononnya. Aku punya test bukan biasa-biasa, test terus pergi beli botol besar. Mula-mula pakai okaylah, masuk minggu kedua aku pakai, kelemumur tiba-tiba banyak gila, kepala aku makin gatal, asyiklah tergaru-garu. Perghh terus aku STOP!!
Aku guna balik shampoo favourite aku iaitu shampoo Safi Shayla. Safi Shayla ini aku tak suka sebab dia banyak benor produk terbaru, sampai poket aku ini pun naik kering. hehehe...Terbaru ini dia keluarkan Safi Shayla -Anti Kelemumur. Perghh wangi gila shampoo nya. Paling best dia ada minyak rambut sekali sekarang ini. Biasa kita pakai minyak rambut lepas dah cuci kan? Tapi Safi Shayla punya minyak rambut ada kelainan dari segi penggunaannya. Dimana, kita pakai minyak rambut dahulu baru cuci dengan shampoo diikuti dengan scalp mask dandruff.
Tips penjagaan rambut buat wanita berhijab;
1) Cuci rambut at least 3 kali seminggu. Janganlah bagi berkepam 2 minggu sekali baru nak cuci. Tambah-tambah wanita yang bekerja, kerap keluar, rambut tertutup menyebabkan rambut cepat berminyak kenalah rajin cuci sikit.
2) Kalau rambut berminyak kurangkan penggunaan conditioner ataupun better tak payah guna. If korang rambut kering, seeleoknya pakailah conditioner.
3) Seminggu sekali rajinlah kan diri buat scalp mask pada mahkota anda. Kalau malas buat sendiri pergi je salun bawa hang punya scalp mask tu minta dia buatkan. Pun boleh!
4) Bagi wanita yang ada masalah kekurangan rambut, boleh cuba cari mana-mana serum rambut, bubuh dekat kulit kepala lalu massage . Insyallah, boleh atasi masalah kekurangan anak rambut gitu.
Memandangkan aku pernah ada pengalaman kerja dekat salun dulu boleh sharelah sikit pada engkorang semua. Apa-apa pun shampoo Safi Shayla ini juga yang kena dengan rambut aku. Harga pun berpatutan, banyak pilihan, senang nak dapat, paling penting wangi bak hang.
Sebelum aku terlupa, bagi peminat tegar shampoo Safi Shayla inilah peluang anda. Dimana, jika korang buat pembelian sebanyak RM35 dan ke atas untuk mana-mana jenis shampoo Safi Shayla anda berpeluang mendapatkan We Bare Bears beg
(limited edition) - sling bag PERCUMA. Comel gila, aku dah ada keempat-empat bagi We Bare Bears beg ini. Nak santai-santai pergi taman pun boleh.
Macam mana nak dapat? Senang sahaja, lawati mana-mana hypermarket yang berdekatan make sure hypermarket yang korang singgah tu ada jual shampoo Safi Shayla la. Beli product SAFI Shayla berharga RM35 and dapatkan WeBareBears Sling Bag di hypermarket!!
Thank you for reading!
comelnya beg tu!! ni yang rasa nak kena gi rembat shampoo baru ni
ReplyDeletesy pun guna safi shayla..best baunya♥
ReplyDelete