Food Review: The Best Makanan Itali di Naughty Italian Mainroad, Jalan Ampang - Azwar Syuhada

Saturday, 24 August 2019

Food Review: The Best Makanan Itali di Naughty Italian Mainroad, Jalan Ampang

Salam to all readers,

Buat apa hujung minggu ini? Memandangkan malam ini ada marathon, saje nak share dengan korang 1 tempat makan best. Tak sedap pula, makan sensorang benda sedap kan. Alang-alang tu nak share juga dengan korang semua, mana tahu ada yang nak pergi lepas ini. Sebelum tu, nak juga tahu ada tak dekat sini yang peminat tegar makanan Itali, seperti spaghetti tu? Yes! If korang salah seorang peminat tegar makanan Itali, korang wajib datang makan dekat sini. Before ini aku pernah datan ke sini lepak dengan moksu aku & the geng tapi tak order pula dekat sini. Kali ini, datang sini nak tukar selera merasa makanan Itali iaitu di Naughty Italian, Mainroad, Jalan Ampang. Mainroad ini konsepnya macam dekat food court lebih kurang. Ala-ala hipster gitu.

Sebelum sembang pasal makan, kalau nak tahu Naughty Italian Mainroad, Jalan Ampang ini baru sahaja beroperasi pada 1 April 2019  awal tahun baru ini, walaupun baru kurang dari 6 bulan beroperasi, Naughty Italian sudah mempunyai ramai ‘regular customer’ dari kalangan penduduk tempatan dan antarabangsa yang suka akan sajian makanan Itali. Dah ramai yang suka, takkan aku nak ketinggalan pula kan? Haruslah kena terjah dan rasa sendiri akan keistimewaan sajian Naughty Italian ini.

Antara sajian  pertama makanan Itali yang aku dah rasa sendiri di Naughty Italian Mainroad, Jalan Ampang baru ini adalah Wild Mushroom Bruschetta. Berbelit lidah nak menyebutnya. Inilah hidangan pertama aku cuba, rupa dia memang wow, rasanya berkali ganda woww!! Dengan limpahan cendawan atas roti tu memang sedap. Tambah-tambah aku memang suka makan roti, bila dapat jenis lain sikit kenalah rasa. Memang cukup rencah dia punya salut cendawan atas roti tu. Satu suapan je tak cukup, kena tambah lagi kalau nak rasa puas. 

Food Review: The Best Makanan Itali di Naughty Italian Mainroad, Jalan Ampang
 Menu:
Wild Mushroom Bruschetta

Harga:
RM14.50



Menu:
Fungi Almond- Basil Pesto Pasta

Harga: 
RM19.50

Aku rupa makanan pelik-pelik ini mesti aku ingatkan tak sedap tau. Sangkaan aku meleset sama sekali. Basil Pesto Pasata ini betul-betul sedap. Rasa sos pesto dia sangat sedap, cukup rencah orang kata. Dengar-dengar sos pesto ini mereka adun sendiri menggunakan resepi rahsia itulah yang menjadi kelainan dari pasta-pasta di tempat lain. First time aku makan pasta warna hijau wei. Bukan mak kau hijau! Gabungan sos pesto dimakan bersama cendawan serta almond merupakan kombinasi yang menakjubkan. Kalau berkunjung ke sini tak pekena basil pesto pasta ini kira rugilah.

 Menu:
Sicilian Aglio Olio

Harga:
RM16.50

Bagi yang suka akan kepedasan pula bolehlah cuba pekena Sicilian Aglio Olio ini. Okay jugalah, tapi disebabkan dia terlu berminyak dan aku tergigit cili tu jadi terbantut nak habiskan. Pedas sikit. Paling penting Sicilian Aglio Olio ini tak ada buat muak kalau rasainya. Ada setengah makanan buat kita jadi muak kan? Ini tidak masih boleh dijamu walaupun dah makan macam-macam.

Menu:
Virgin Lamb Brasato

Harga:
RM24.50

Singgah sini korang kena pasti korang betul-betul lapar. Baru puas hati makan. Buat mereka kaki makan daging pula, jangan lepaskan peluang nikmati hidangan virgin lamb brasato ini. Ada setengah daging tak tentu arah makan mesti ada bau kan? Kedai ini tak okay je, untuk pengetahuan korang daging dekat sini dimasak selama 5 jam bagi menghasilkan kesegaran, kelembutan serta nikmat perapan jus yang berkekalan. Takde sekali suap sampai patah gigi. Memang cukup rasa virgin lamb brasato ini tengok rupa pun dah buat terliur. Sangat syorkan korang pekena benda ini bila datang sini.

Menu:
Arrabiata Meatboal

Harga:
RM19.50

Pasta ini special sikit kerana ia hadir dengan 3 ketulan bebola daging semuanya besar-besar. Baru nak cedok makan, meatboal dah hilang dulu. Tinggal pasata aku sempat rasa, boleh tahan sedapnya walaupun tak sempat merasa bebola dagingnya. Kalau nak tahu, bebola daging yang dihidangkan dalam menu ini bukanlah bebola daging yang jual dipasaraya, ianya disediakan khas sendiri oleh pihak Naughty Italian sendiri. Ramai yang menyukainya dan repeat beberapa kali menu ini.


Menu:
Naughty Carbonara

Harga:
RM19.50

Comel sahaja presentation makanan ini dimana seketul telur atas pasta. Buat pegemar keju korang boleh try Naughty Carbonara ini. Boleh tahan rasanya, tapi aku kurang makan berkeju ini jadi cepat muak sikit. 



Menu:
Shroom & Beef Lasagne

Harga: 
RM19.50

Naughty Italian turut menyajikan lasagne di sini. Memang padu gila rasanya wei, aku makan bertambah-tambah, dengan kelembutan dan limpahan dagingnya memang cukup rencah. Memang padu rasanya. Had ini memang aku recommend korang kena rasa!


Menu:
Mac & Blue Cheese

Harga:
RM16.50



Menu:
Italian Nachos

Harga: 
RM14.50

Last sekali adalah Italian Nachos makanan penutup tirai. Siapa tak suka Nachos memang rugilah, ini salah satu hidangan kudap-kudap yang best sekali. Keranggupan Nachos ini membuat selera lagi berganda nak makan. Jangan risau, kuantiti Italian Nachos ini memang banyak, share dengan kawan pun boleh.

Overall makanan yang ada di Naughty Italian ini semua sedap dan paling penting harga setiap hidangannya masih berpatutan dan masih boleh diterima akal. Bila dah datang dan rasa sendiri hidangan-hidangan di Naughty Italian Maidroad, Jalan Ampang ini memang berseuailah dengan konsep yang digunapakainya iaitu “Eat with your eyes, taste with your tongue”. Tak dapat disangkal jugalah, perkataan ‘wow’ adalah perkara biasa bila pelanggan mula mendapat makanan yg mereka pesan. Penggunaan bahan adalah dari yang bermutu dan dijamin kualiti.

 Aku suka juga suasana dekat sini, dalam pada menjamu selera di Naughty Italian ini dapat juga dengar persembahan nyanyian dari kumpulan busker. Dimaklumkan, persembahan busker ini dibuat setiap hari Rabu sehingga hari Ahad sahaja. Bagi yang suka melepak tengok bola dekat mamak tu bolehlah datang lepak di Mainroad ini besar pun besar, paling penting ada screen besar puas hati kalau layan bola.

Kemeriahan suasana di Mainroad, Jalan Ampang

Naughty Italian Mainroad, Jalan Ampang

Alamat:
Mainroad Jalan Ampang,
50450 Ampang, 
Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waze:
Mainroad Jalan Ampang

Waktu Operasi:
5.00pm sehingga 3.00am (Setiap hari)

Facebook:

Instagram:
@my_naughtyitalian

Whatsapp:
012-5619451

Promosi Istimewa:
15% diskaun setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 5.00pm sehingga 7.00pm sahaja

p/s: Apa tunggu lagi, jom ke Naughty Italian sekaranng!

Thank you for reading!

3 comments:

  1. huishh rasa bergelora dalam perut jadi lapar tengok post ni tengah-tengah malam

    ReplyDelete
  2. wuiii sedap nampak semuanya

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!