Isu Hantaran RM15k, Apa Pandangan Korang? - Azwar Syuhada

Sunday, 14 July 2019

Isu Hantaran RM15k, Apa Pandangan Korang?

Lately, aku banyak luangkan masa dekat twitter rather than Facebook and Instagram. Aku suka baca jelah daripada tweet. Dalam pada scroll twitter ini entah macam mana keluar 1 posting video berkenaan ada 1 gadis ini keluarkan pendapat nak hantaran at least 15k. Awal-awal dia cakap tak kisah, at the end of the video dia cakap nak 15k.

Disebabkan isu video tu jugalah, ramai netizen twitter jadi bitter gila. Aku pun kadang-kadang tak boleh nak masuk jugalah dengan dorang punya tahap bitter. Kalau tak suka ayat depa ini kadang-kadang tak boleh nak control. Bila tekan profile tengok-tengok baru belasan tahun. Setiap orang ada opinion masing-masing. Tapi mungkin cara gadis ini menyampaikan pendapatnya tulah yang menyebabkan orang angin.

Aku ada gak tengok video menular yang dekat twitter itu. Pada pandangan aku sendiri, hantaran tu biarlah ikut kemampuan lelaki tu sendiri dan dipersetujui dua-dua belah pihak. Tak kisahlah kau ada Degree, Master or PHD sekalipun. Habis gadis yang takat SPM takkan hantaran 200 ringgit je.

Kalau ya pun nak tengok tahap lelaki tu berusaha bekerja keras kumpul duit nak meminang kita sekalipun biarlah berpada-pada. Nama pun nak hidup bersama, kumpullah duit bersama untuk kawen. Takkan nak mengharap sebelah pihak. Tambah-tambah, majlis kawen orang kita kena gempak, pelamin kena letop, buat dekat dewan, makeup siap malam pagi petang, bridemaid nya lagi, malam berinai, kad kawen. Paling-paling RM20k dalam tangan. Itu baru cerita majlis kawen.

Belum lagi cerita kehidupan lepas kawen macam mana, rumah, anak, keperluan harian, kereta, utiliti. Jadi, sama-samalah berganding bahu bersama pasangan korang tu kumpul duit. Takkan lelaki je nak kena struggle cari duit, kita yang perempuan ini pun buatlah apa-apa kerja yang boleh mendatangkan hasil. 

Cuba reflect balik diri kita ini. Kita ni sebagai perempuan minta hantaran mahal-mahal boleh ke  kita mengurus rumahtanga. Contoh paling mudah boleh ke kita siapkan sarapan pagi sebelum pergi kerja, bangun pun lambat mcm mana nak menguruskan rumah. Tak kiralah hantaran mahal atau murah kalau pandai menguruskan rumah tak pe juga. 

Tak cerita lagi yang duduk dengan parent lepas kawen. Ada orang kata boleh berbakti kepada keluarga juga, dalam pada jimat. Tapi betul ke kita berbakti kepada keluarga kita once kita duduk sekali? Tak guna juga duduk sekali dengan parents kalau makan pagi, petang siang malam, mak gak yang kena hidangkan. Tepuk dada, tanya tekak.

Aku sendiri sekarang ini nak kerja kuat lagi, kalau boleh nak beli rumah, kereta sendiri, dengan duit aku sendiri. Sebab zaman melinium sekarang ini lagi banyak pancaroba orang kata. K lah done membebel di malam hari.

Thank you for reading!

6 comments:

  1. Wasalm. ignore jer. nama pun media massa.

    ReplyDelete
  2. Kemampuan dan persefahaman..kedua-duanya kena ada sedari awal membuat keputusan nak serius dalam perhubungan.Mas kahwin(mahar) itu wajib sedangkan wang hantarn itu hadiah dan bonus.Jangan membebankan dan jangan sampai beban itu terpalit pada orang lain..

    ReplyDelete
  3. Pada ai, soal hantaran ni perlukan perbincangan dan persetujuan antara pasangan tu sendiri. Usaha dulu, mana yang mampu itulah kita proceed. Kalau pasal hantaran pun dah ribut taufan, macam mana nak jalani hidup selepas berumah tangga tu sendiri kan.

    ReplyDelete
  4. Tak kisahla nak letak hantaran berapa, tapi tengok juga jenis pompuan tu, letak hantaran sampai RM8,600.00 tapi apa yang dia boleh buat, kangkang! Umur dah masuk 3 series,Lesen motor takde lesen kereta takde, kerja takde, hutang ptptn tak start bayar lagi. Harap muka je lawa.
    Habis laki tanggung! betul, memang suami yang akan tanggung nafkah itu ini, tapi, seorang perempuan pun jangalah membebankan bakal suami dengan letak hantaran bukan-bukan.

    ReplyDelete
  5. ikut keputusan mak ayah jelah senang cite heheheh

    ReplyDelete
  6. hi, ekin follow sini ya 🙆🏻‍♀️ #3271

    https://asyiqinroslee.blogspot.com

    jemput singgah

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!