Beauty Review: Safi Balqis OxyWhite Hydration Lotion - Azwar Syuhada

Sunday, 7 July 2019

Beauty Review: Safi Balqis OxyWhite Hydration Lotion

Jenama Safi ini dah terkenal sejak aku dibangku sekolah lagi, sebut je ko nak pakai yang mana, timun, gamat, tomato macam-macam ada. Nak dijadikan cerita, bila aku dah start kerja dan hari-hari keluar sekaligus sering terdedah dengan cahaya matahari serta pencemaran udara yang tak berapa elok ini menyebabkan kulit muka jadi kusam dan berjerawat.

Kau rasa tak segan ke? Bila muka dah berjerawat keyakinan diri pun kurang nak berdepan dengan orang ramai. Kalau boleh nak sorok bawah meja je tau. Siapa yang taknak kulit mulus tanpa sebarang cela kan? Semua mesti nak punya, tapi disebabkan nak jaga kecantikan ini agak renyah dan banyak benor stepnya sampai ada yang terpaksa kena skip. Awal-awal memang rajin, lama-lama mesti malas punya. hahaha..

Mujurlah time malas ini, Safi perkenalkan 1 lagi produk keluaran terbaru dorang iaitu Safi Balqis OxyWhite Hydration Lotion. Senang cerita toner a.k.a pelembab muka. Boleh google kelebihan Hydration lotion ini untuk apa. Ianya sememangnya bagus untuk kulit wajah.


Apa itu Safi Balqis OxyWhite Hydration Lotion?

Safi Balqid OxyWhite Hydration Lotion merupakan produk keluaran terbaru jenama Safi yang bertindak untuk menyegarkan dan melembabkan kulit wajah kita. Hanya perlu sapu atau dap2 je pakai jari lepas cuci muka. Senang cerita ia merupakan gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum.


Bukan itu sahaja, Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak:

• Memberikan 2x penghidratan*dan kesegaran dengan satu penggunaan.
• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu Macro Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid, Bio-Hyaluronate, Oligo-Hyaluronic Acid dan Super Nano Hyaluronic Acid
• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

See, tekstur Safi Balqis OxyWhite Hydration Lotion ini jernis je. Tak rasa melekit langsung bila apply dekat muka. Kalau nak tahu benda tu elok ke tidak, boleh try dekat leher and tangan dulu. Kalau takde effect apa-apa baru apply dekat muka. Okay?

Yang bestnya, Nano Oxygen ini bertindak membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna. Katakan tidak pada kulit berjerawat. 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Safi Balqis OxyWhite Hydration Lotion ini bolehlah kunjungi drugstore seperti Watson dan Gurdian yang berdekatan. 

Thank you for reading!

1 comment:

  1. X pernah try la awk produk Safi nie. Nanti kita tgk2 eh kat drugstore tu. Kalau sesuai dgn masalah kulit kita nie. Hiks

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!