5 Sebab Kenapa Anda Perlu Start Waxing dan Stop Shaving! - Azwar Syuhada

Sunday, 21 July 2019

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Start Waxing dan Stop Shaving!

Happy weekend guys! Buat apa hujung minggu ini? Aku baru siap kemas rumah, isi perut sambil tu prepare gak untuk menadah air. Memandangkan next week, akan dijangkakan tiada bekalan air. Air takde mengelabah cicak wei kalau tiada. Elektrik tiada boleh consider lagi, air takde tak complete hidup aku ni hah.

Sebenarnya aku nak sembang mengenai waxing. Waxing ini senang cerita salah satu kedah untuk menanggalkan bulu dari akar dan kulit secara semi permanet. So siapa sini tak berbulu? Apa punya soalah aku tanya ini. Kalau takde tu better korang pergi check. Nak tahu tak, sebelum wujudnya waxing, shaving, kaedah-kaedah moden ini, ada gak natural  product korang boleh gunapakai untuk cabut bulu.

Dulu mati-mati aku ingat kena sapu dekat muka. Cabut bulu ketiak memang sedap. Siapa pernah guna, tahu nikmatnya bagaimana.

Kalau baby ada bulu roma yang lebat waktu lahir, orang akan cakap sejuk baby ni. Itu kalau baby. Kalau kita yang dewasa ni mempunyai bulu roma ditempat yang tak sepatutnya memang rimas lainlah kalau kita sendiri tak peduli apa orang kata. Tapi dalam Islam memang digalak membuang bulu roma. Kalau tengok kat watson atau farmasi macam jenama dan macam-macam kaedah digunakan untuk membuang bulu yang tumbuh subur dibadan. Tapi yang paling biasa adalah shaving, epilate, twezeer. Tambah lagi, kaedah paling baru sekarang, adalah waxing.

Apa itu Waxing?

Waxing adalah salah satu cara untuk membuang bulu dari akar secara semi permanent. Sakit ke tak? Nak cantik haruslah sakit. Beauty is pain gitu. Biasanya, waxing ini dilakukan pada bahagian ketiak, misai, lengan kaki dan tangan termasuklah pada bahagian Miss V. 

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Start Waxing dan Stop Shaving!

1) Waxing menarik bulu dari akar manakala shaving hanya membuang bulu di atas permukaan kulit sahaja yang menyebabkan bulu tersebut cepat tumbuh semula.

2) Jika waxing, bulu akan tumbuh semula dalam jangka masa yang agak panjang iaitu 5 hingga 6 minggu. Shaving pula selepas beberapa hari saja dah start tumbuh balik. Jangka masa nak tumbuh bulu semula lepas waxing lagi lama, lagi syok gitu. Tak payah setiap minggu nak remove. Renyah tahu tak.

3) Waxing akan menghasilkan bulu yang lebih halus dan tidak kasar seperti shaving. Ini tak dinafikan, kalau dah biasa guna shaving, dan bertukar pada waxing korang boleh nampak perubahannya. 

4) Shaving akan menyebabkan luka dan gatal pada permukaan kulit. Manakala waxing jarang berlaku komplikasi tersebut. Bestnya, waxing membolehkan kulit lebih halus, licin, dan lembut. 

5) Waxing adalah kaedah yang sangat menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu waxing sebulan sekali sahaja manakala shaving setiap minggu. 

Secara kesimpulannya, waxing lagi berbaloi berbanding shaving. Shaving cepat benor tumbuh balik, tu yang jadi malas shaving. Better waxing je senang. Sebulan sekali pun dah memadai. Kalau malas nak buat sendiri, jangan risau boleh kunjungi SILKYWAX. Mereka ada melakukan perkhidmatan waxing. Untuk maklumat lanjut boleh layari;


  SILKYWAX
Lot PT 35399,
Dataran Austin Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
tel   : 018-903 4056
email : silkywax@gmail.com

Thank you for reading!

2 comments:

  1. setuju.
    kat melaka pun aida pernah attend beauty talk pasal ni.
    tapi tu la, wax sakit kot kan! ha ha ha ha ha...
    ada la dia tunjuk cara2.

    ReplyDelete
  2. Wahh nice Info. Btw sy follower br jemput follow my blog. Thanks 😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!