Selamat Hari Raya Aidilfitri! - Azwar Syuhada

Sunday, 23 June 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Raya Aidilfitri ualls!!

Masih dalam bulan syawal kan, jadi bolehlah wish Selamat Hari Raya lagi. Aci tak? Dulu kami beraya berenam sahaja plus moksu aku. Tapi tahun ini, ada penambahan ahli baru iaitu baby Arora, anak abang aku. Kejap je masa berlalu aku dah anak buah. Ko rasa? Sekaligus, raya kali ini juga kami dapat Uncle Zul a.k.a pak usu. Moksu aku kawen wei! 

Macam biasalah pakaian raya kami tak pernah seragam pun warna. Akan-akan sahaja sudah memadai, tapi adik aku tak tahu datang dari planet mana pakai kuning. tiba je.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, mak aku akan buat ketupat, rendang, kari ayam, kecuali kuah lodeh (mak itam aku akan buat). Dan semua makanan mak aku buat tak pernah lagi mengecewakan, kecuali time bulan ramadhan baru ini ada 1 hari dia baru nak testing masak nasi jagung kot, kuah ayam dia termasin plak. Dahlah masa tu masak satu lauk je, nak taknak kena makan gaklah. hahaha...

Perghhh minyak dia boleh buat mandi jugalah, yang penting rendang daging mak aku paling sedap!

Tak complete kalau makan ketupat takde kuah kari/gulai ayam. Baru nikmatnya makan ketupat di pagi raya. Begitu juga dengan kuah lodeh. Mak aku memang suka buat ketupat lebih, nanti raya kedua ketiga boleh panaskan balik semula.

Kuah kacang pun sedap! Tapi aku tak boleh makan kacang tanah, jadi aku tak makan pun kuah kacang. Kuih raya rumah aku hanya ada tart sahaja, rumah kami ini memang limited sikit kuih raya, lebih kepada makanan berat di hari raya pertama. Bilamana rumah dah takde orang tua-tua (atuk dengan nenek)-jadi tak ramai mana pun singgah datang beraya. Kecuali adik beradik mak, jiran-jiran.


Raya kedua, baru kami berjalan ke rumah tok-tok saudara area Klang & Shah Alam.


Macam biasa jugalah, selesai kunjungi semua rumah kami akan melepak mana-mana mall. Time raya ini bolehlah berjoget di sekitar KL ini. Tak ramai orang, jalan pun tak sesak mana. Lagi-lagi Shah Alam, takde kereta wehh..Lenggang habis..


Ini sempat bergambar dengan sepupu sepapat belah atuk aku. Kebetulan masa ini pergi rumah tok cik dol (adik atuk). Ramai pula ada waktu tu, bergambarlah terus.

`Last sekali ke rumah tok itam (aka adik beradik atuk aku). Tiap-tiap tahun, memang tak sah kalau tak singgah rumah dorang ini. Ini je kot gambar raya yang ada. Tak banyak mana pun.

p/s: Ada beberapa hari lagi bulan syawal ini, jangan lepaskan peluang untuk puasa 6 ya!

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin.
    Dah hujung-hujung raya ni..semakin banyak orang buat rumah terbuka..meriah.

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri... tahun nie lum merasa ketupat lagi... huhuhuhu... nasi impit sajer...

    ReplyDelete
  3. wuuuuu lapau terus bila tengok menu-menu raya dia hahaha.. selamat hari raya azwar maaf zahir batin :")

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!