Mana Sedap The Alley or Xing Fu Tang? - Azwar Syuhada

Sunday, 9 June 2019

Mana Sedap The Alley or Xing Fu Tang?

How your raya so far? Alhamdulillah, tahun ini raya sama je macam tahun-tahun sebelumnya. Cuma tahun ini, dah habis dah zaman kegemilangan aku colect duit raya atas alasan sudah bekerja. Never mind! Yang penting, mood makan ketupat, rendang still on.

Orang lain berpeluh ketiak tinggu jem nak balik kampung, aku first raya dah beratur depan Xing Fu Tang ini. Masa inilah dapat menikmati air ini dengan aman sekali. Dua tiga menjak ini banyak bebenor air bubble tea ini jual di pasaran beza jenama je. Dia adik beradik macam tealive jugalah cuma nama brand berbeza. Tengah hot ramailah orang pulun beratur p beli. Tunggulah 2 3 bulan lagi takde dah kot orang nak beratur panjang macam ini.

Cadangnya nak beli Daboba, memandangkan nak beraturnya lagi panjang, kami beli Xing Fu Tang jerlah. Bergasak-gasak air ini keluar, Daboba, The Alley, Xing Fu Tang la macam-macam lah. Nak tahu sedap ke idak, jom tengok!

Xing Fu Tang ini ada beberapa tempat je cawangannya. Aku pergi yang SS17 sana, area sini penuhlah dengan air bubble tea ini, sebut je nak air apa, The Alley, Daboba, Gong Cha semuanya ada area SS17 ini. Almaklumlah kawasan cina sini, air ini dari Taiwan memang target market dia area sinilah.
Sampai-sampai je dah beratur panjang macam ini, mujurlah serve nya cepat. Depan Xing Fu Tang ini ada Daboba, lagi panjang beraturnya.

Adik aku cengkelat, suruh aku turun kereta pergi beratur sekali, alih-alih aku pula yang kena bayar. Aku duduk KL pun jarang minum air cenggini, minum air suam je. Haritu pergi order sampai 3 jenis air;

1) Brown Sugar Boba Milk (RM13.50)
2) Mango Smoothie annd Rabbit Panna Cotta (RM14.50)
3) Brown Sugar Boba Black Tea Latte (RM12.50)

Service nya lagi cepat berbanding The Alley. Nak kata rasanya WOW sangat takdelah. Biasa jelah padaku. Ibarat orang duk kata kedai makan sini sedap, bagi 5 bintang bagai, walhal orang yang merasa tu bagaikan tiada deria rasa mungkin. 

Ketiga-tiga minuman yang aku order ini bolehlah rasanya. Aku rasa sama je macam tealive. hahaha..




The Alley vs Xing Fu Tang?

Bagi aku dua-dua sama je, takdelah wow mana. Tapi bagi mereka yang suka manis-manis bolehlah cuba try The Alley. 

bubble Milk Tea paling sedap setakat ini antara dua ini aku prefer Xing Fu Tang. The Alley manis sangat bak hempedu. Bubble dia tu The Alley dengan Xing Fu Tang lagi sedap jika nak dibandingkan dengan Tealive. Apa-apapun takdelah aku nak repeat lagi lepas ini, baik aku pekena Tealive macam biasa, diskaun pun ada.  Yang ianya, bukan elok sangat minum air memanis ini bebanyak, tak memesal boleh datang penyakit. Siapa yang nak cuba silakan, expectation aku air dorang ini paling wow la, bila dah rasa, hampeh sama je rasanya.

Kadang-kadang aku sendiri tak faham, apa yang korang dok share kata sedap sangat tu. Berbelanja RM4.50 untuk satu air macam segelas cawan  je. Done merasa, takdelah kempunan mana kalau tak merasa. hahaha


p/s: Esok aku cuti lagi, korang otw balik rumah ke tu? Bertabahlah mengadap jem. 

Thank you for reading!

5 comments:

  1. dedua tak penah try lagi hahaha on the way la.. kat tempat kite susah jumpa.
    tapi banyak sangat skrng jenuh nak kejar try mana sedap. balik2 tealive jele senang..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi dua-dua ni.

    ReplyDelete
  3. hai there! i'm blogwalking here^^

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try lagi bubble tea kea ape, yang Tealive punya pun tak minum lagi sebab lebih prefer minum kopi especially yang panas punya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!