Percutian 5 hari 4 malam di Seoul, Korea [Part 4] - Azwar Syuhada

Sunday, 5 May 2019

Percutian 5 hari 4 malam di Seoul, Korea [Part 4]

Aktiviti hari kedua terakhir di Seoul, adalah menggayakan hanbok di kota Seoul. Hanbok ini merupakan pakaian tradisional orang Korea,ala-ala Princess Hour gitu. Dah datang sini rugilah tak menggayakan pakaian tradisi mereka. Tapi, azabnya adalah nak menapak ke kedai hanbok ini punyalah jauh walaupun cakap je dekat Seoul.

Seoul ini besar wei, nak pergi semua tempat dalam masa 5 hari memang tak cukup. Paling-paling dua minggu kot tak pun 3 minggu. Tu pun kalau singgah kejap-kejap. Tempat sewa hanbok ini banyak tempat ada, tapi guna perkhidmatan "Oneday Hanbok".

Oneday Hanbok ini terletak di 2nd Floor, Bukchonro5-gil, Jongno-gu (Seoul)-berdekatan dengan Anguk Station. Katanya berdekatan, tapi agak jauh juga nak menapak dari lrt ke kedai One day ini. Bestnya, dorang ada khidmat kaunter pertanyaan dekat station lalu lintas (pandai berbahasa Melayu lagi sikit-sikit). Aku yang bertahun layan drama korea, benak benor nak cakap koreanya. Tahunya, Saranghae je.

google
Satu selfie dulu dari kami sekeluarga. hahaha..

 Masa kiteorang sampai, dah ramai orang dekat atas tu. Misi hanya nak pakai hanbok semata-mata and bergambar dua 3 keping, janji ada gambar pakai hanbok. Takde mood nak bergambar waktu ini, sebab panas jalan jauh wei. Sungguhpun aku jalan kaki dari LRT ke tempat kerja hari-hari, tak larat dia lain macam dekat Korea ini. 

 Masa ini, kami dah siap-siap pakai hanbok tinggal nak bergambar dekat luar je. Lambat sikit mesti lagi penuh dan sesak. Masuk kena tanggal kasut, terus pergi kaunter pertanyaan berapa orang nak pakai. Nanti dia bagi satu beg, kau kena simpan handbag barang berharga dalam beg tu kejap. Dekat dalam kedai ini dilarang bergambar. First, dorang akan carikan size yang padan dengan kita, dah jumpa size baru boleh design mana. Tu pun bergantung pada size yang ada sahaja. Dilarang memakai hanbok sendiri. Dah jumpa design and size terus bawa pada staff One Day ini, nanti dorang yang pakaikan.

Aku tak ingatlah sewanya berapa tapi agak expensive juga. Kalau nak pakai handbag ke aksesori dekat kepala tu semua kena additional price. So kami decide sewa hanbok semata-mata. Pun dah cun juga! Adik aku tambah cap dekat kepala sahaja. 

 Tempat sewa hanbok ni dekat tengah-tengah town. SO senanglah jalan-jalan kononnya awal tu. Tapi baru satu tempat persinggahan iaituNational Museum of Korean dah mengah. Tak dapat disangkalkan kawasan sini besar. Sungai ke mana, Hanok Village ke mana. Lama-lama asal bolehlah asalkan ada bergambar menggayakan hanbok sudah memadai.

 Ini dekat Unyeonggung Palace. Cantiklah sama cantik dengan cuaca dekat sana.

 Mak borek anak rintik. 


Tu je kot gambar dekat area Istana. Kami tak jumpa pun main place nak pergi tu. Salah jalan kaki. Masing-masing dah kelaparan, peduli apa kat tempat orang jalan kaki pakai hanbok pergi cari makan. Alih-alih kami stop dekat Halal Kitchen. Agak famous juga kedai ini. Nasib baik masa sampai tu tak tunggu lama dah boleh masuk. Tempat makan sini agak limited, so kalau penuh korang kena tunggu luar.



 Stew ayam dia sini memang padu. Sebelum makan, owner kedai ini sendiri terangkan siap jenis makanan yang kiteorang order. Tak rugilah kalau makan dekat sini. Staff dia pun hensem. hahhaha..


Mak aku paling excited dapat makan stew ayam tu. Kalau nak tahu, sejak balik korea, kalau aku balik rumah rajin pula dia buat kimchi, stew ayam. Nasib baik aku boleh makan okay. Kalau abang aku memang dia tak makanlah benda ini semua. Tu pasal aku terlebih sihat. 

Perut dah kenyang, hati pun senang. Mulalah nak balik apartment tidur je. Konon jalan-jalan lagi area sini, tapi masing-masing dah penat jalan. Alih-alih pulangkan baju dan g shopping. Bila cakap nak pergi shopping, muka masing-masing terus bercahaya. Aku dengan mak aku hilang rasa sakit kaki. Hilang terus wei! Adik aku muka bengang je. 

Selamat shopping, berhempas pulas pula nak mengemas bagasi kemas barang yang dibeli pula. Masa shopping tak ingat dunia. Bab nak kemas bagasi azab juga rasanya. Mujurlah muat dan tak menjahanankan bagasi aku baru beli.

Ok, maka tamatlah perjalanan di Kota Seoul, Korea. Next entry maybe aku cerita pengalaman aku menaiki pesawat Korean Airline pula. Kalau aku rajinlah. Sebelum terlupa, selamat berpuasa buat semua, jangan lupa niat sebulan terus malam ini. Bye!

Thanks for reading!

3 comments:

  1. hanbok Korea lawa lawa.. tapi x penah pakai lagi hihi..
    rajinnya panas2 pakai tapi iyalah da sampai kenala cuba kan =)

    ReplyDelete
  2. artikel yang bagus, jangan lupa mampir untuk bermain
    Judi Online PM Slots
    Beragam hadiah kemenangan dari permainan Slot, terdapat lebih dari 100 jenis permainan slot HTML5 yang sudah terbukti.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!