Ibarat kata pepatah jauh perjalanan, luas pemandangan. Best pergi tempat orang dimana kita dapat melihat sendiri cara dan budaya kehidupan mereka. Hari ketiga berada di negara orang iaitu di Seoul, Korea kami sehari suntuk menghabiskan sepenuh masa dan tenaga di Everland, Korea. Macam biasalah adik akulah paling seronok sekali pergi sini.
Everland Korea merupakan satu taman tema, tempat permainan kanak-kanak. Sebut je nak naik apa, semua ada. Everland ini terletak di Everland Resort in Yongin, di bandar Gyeonggi-do. Untuk ke Everland ini moksu aku guna perkhidmatan klook. Berkumpul around pukul 9.00am di area Seoul Station.
Majoriti yang nak ke Everland ini semua adalah orang Melayu. Memandangkan masa pergi Seoul haritu waktu cuti sekolah, memang orang kitalah penuh. Macam biasa, masuk bas aku dah membuta. Tup-tup dah sampai Everland. Aku pantang naik benda bergerak mesti tidur memanjang. Dari Seoul nak ke Everland lebih kurang sejam lebih jugalah.
Taman tema Everland ini bukan kecik wei, besar nak mati. Belum tentu sehari suntuk kau duduk sini boleh pulun main semua benda. Setiap permainan dahlah jauh-jauh. Tempat utama yang kami tuju adalah roller coaster di Everland ini. Kalau nak tahu, roller Coaster dekat sini merupakan salah satu antara 10 yang famous. Kira rugilah kalau tak naik. Kalau dah naik rasa mimpi nger jugalah.
Mengucap jugalah aku naik roller coaster dekat Everland. Macam biasa naik dengan takde perasaan. Sepanjang naik aku pejam mata, ini pun gara-gara adik aku paksa naik. Punya awal sampai pun, beratur panjangnya tak boleh nak cakaplah.
Betapa ramai orang excited nak naik roller coaster dekat sini. Budak-budak paling excited wei. Siapalah yang cipta benda alah ini. Kalau nak tahu, roller coaster di sini diperbua dari kayu dan ketinggiannya 46 meter. Kau rasa? Betapa ngeri dan tingginya tahap gegaran dan ketarannya. Menakutkan, budak-budak naik semua menjerit, aku naik hilang suara, tak dapat menjerit sebab takut ya amat. Dekat Singapore pun aku kena paksa naik binatang ini. hahaha..
Dalam takut-takut, kira berani jugalah dah naik kan. Takdelah rasa rugi sangat. Mak aku takdelah naik, dia berjaya bergambar je depan roller coaster. Adik aku duk mengutuk aku penakut, lagi ajak naik sekali lagi. Memang taklah nak naik sekali lagi. Sepenuh kudrat juga naik benda alah ini. Selesai permainan roller coaster ini, kami menuju ke Safari. Safari di Everland ini menarik juga. Naik bas kelilingi haiwan ciptaan Tuhan.
Nak naik bus pun kena beratur, bas ini takdelah besar mana tapi boleh memuatkan lebih kuran 20 orang kalau tak silap aku. Setiap perjalanan kita dihiburkan dengan penjagaan haiwan yang menceritakan haiwan yang ada di situ. Paling best tengok beruang dekat sini, boleh mendengar kata. Boleh bergerak seperti makcik nak pergi pasar.
Pasangan Swanyang paling romantik sekali.
Selesai pergi Safari, kami mencari ruang untuk makan. Sini payah nak cari makanan halal. Jadi, dengan berbekal nasi goreng dengan sambal belada kami makan bersama-sama. Dah kenyang makan, singgah ke ruang pameran bunga tulip. Masyallah cantiknya, ya ampun. Ini bukan cubaan, inibetul-betul. Lawa ya amattt..
Dah puas melihat keindahan bunga tulis, naik kabel car untuk turun ke bawah. Nak jalan jauh benor rasanya.Adik aku pergi main tempat lain, mujur tak sesat. Turun bawah, sempat juga menyaksikan perarakan di Everland. Cantiknya bak dunia fairy tail.
Kami stay sampai pukul 6.00 petang sahaja jadi tak dapat menyaksikan bunga api. Lama-lama dekat sini kebas juga bontot nanti. Asalkan dapat main bergambar sikit-sikit pun dah best ok!
Dah puas bermandi peluh dekat Everland, kami pun pulang ke bandar Seoul, Station and sambung makan sebelum pulang ke apartment.
Bagi parent yang ada anak kecik bolehlah bawa pergi sini, meluangkan masa bersama family. Cantik pun cantik, cuma azab dia 1 jerlah kena jalan jauh sikit. Bagi umat Muslim, tak perlu khuatir sebab dekat Everland ini turut menyediakan surau untuk kita menunaikan solat (kongsi lelaki & perempuan). Main-main juga, solat jangan tinggal.
Happy Labour day semua!
Thanks you for reading!
tengok structure roller coaster dengan kayu tu memang dah ngeri, tak boleh bayangkan kalau naik ride roller coaster tu macam mana pulak :D
ReplyDelete