Pengalaman Menaiki Pesawat Korean Air- Memang Best! - Azwar Syuhada

Sunday, 26 May 2019

Pengalaman Menaiki Pesawat Korean Air- Memang Best!

Salam to all readers,

Bila sebut sahaja kapal terbang, kita mesti membayangkan semua kapal terbang adalah sama sahaja kan. Walhal, kapal terbang ada kelainannya dari segi brand dan servisnya juga. Setakat ini, kapal terbang yang aku dah naik adalah Air Asia, Malaysian Airline, Malindo dan Firefly. Masing-masing ada pro and contra. Siapa yang dah biasa naik tahulah macam mana kan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, masa pergi Korea haritu rupanya makcik aku guna perkhidmatan Korean Air. Hulamak, dengan pakej naik kapal terbang korea lagi tu. Ko rasa tak teruja? Semua pramugarinya orang Korea, kulit flawless. Paling best ada yang pandai cakap Melayu. Aku yang bertahun-tahun layan Korean drama pun, tak reti cakap bahasa sana pun. hahaha...


Penerbangan kami ke Korea sekitar pukul 11 lebih (waktu malam) kalau tak silap aku. Waktu malam nampak lampu sahaja.Biasanya pengumuam dalam kapal terbang kita selalu dengar orang cakap English sahaja, naik pesawat Korean Air dapat dengar bahasa Korea. Setiap penumpang akan dibekalkan selipar, selimut dan juga earphone.

Sekitar pukul 4.00 pagi kami dibekalkan pula dengan makanan. Lepas makan sambung balik tidur. Majoriti dalam fly ini adalah orang Korea. Riuh sekampung dalam fly. Nasib baik kapal terbang dah jalan senyap. 

 Sempat juga layan movie korea. Ada juga movie English, muzik-muzik. Tengok sekeratnya, sudahnya aku sambung buat tahi mata sampailah ke Korean Airport.

 Ini gambar pemandangan sekitar pukul 5 pagi. Cantik kan, sempat rakam buat kenangan.

Selagi kita masih bernyawa, ada rezeki lebih pergilah melihat pemandangan tempat orang, melihat keindahan ciptaan Tuhan. Nikmatnya tak tahu nak cakap macam mana. Apa-apa pun, Korean Air memang best. Boleh bagi 5/5 bintang!

Thanks for reading!

6 comments:

  1. Wahhh bestnya! Hopefully dapat pi Korea dalam a few years later ;)

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya..pengalaman g korea..:)

    ReplyDelete
  3. ada makanan, ada screen, di bagi selimut, selipar...uyooo! dah sangat terbaik tu... Pernah naik airasia je...haram semua atas tu tak ada..huahuahua

    ReplyDelete
  4. seronok !! ni antara airlines yang teringin nak naik.
    insyallah one fine day. makanan tu option halal ke vegetarian ?

    ReplyDelete
  5. I love Korean Airlines cuma yang macam tak best sikit sebab in-flight entertainment dia macam tak banyak sangat and diaorang selalu bagi curry kalau requested halal meal.

    ReplyDelete
  6. Sama lah bertahun-tahun layan drama Korea, cakap bahasa Korea pun tak reti lagi haha tapi serious ah cantik sungguh gambar permandangan pukul 5 pagi tu ❤❤❤

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!