Percutian 5 hari 4 Malam di Seoul, Korea [Part 2] - Azwar Syuhada

Saturday 20 April 2019

Percutian 5 hari 4 Malam di Seoul, Korea [Part 2]

It wrap!! Hari kedua pagi-pagi kiteorang dah berjogging. Besar rasanya kawasan kami berpusing untuk mencari bas rombongan. Walhal, bas tu di penjuru kawasan penginapan kami sahaja. Salahnya, kami pergi seberang jalan terlebih dahulu terus ke Seoul Station, kalau jalan terus dah selamat sampai naik bas. Tapi seronok juga, melihat gelagat penduduk korea yang berkejaran untuk naik public transport. Majoriti penduduk sini memang menggunakan public transport. Tak kira muda mahupun orang tua.

Jumpa sahaja bas, teruslah naik dan jalan. Rupanya, bas itu memang menuggu kami semata-mata. Seterusnya, pergi mengambil penumpang lain di perhentian lain. Punya sembang berlari bekejaran ini, sampai terlupa nak bagitau ke mana destinasi nak dituju. Hari kedua berada di Seoul, Korea kami mengunjungi salah satu tempat ala-ala Bukit Tinggi iaitu Petite France dan juga Pulau Nami.

Keindahan Bangunan di Petite France, Korea

Senang cerita Petite France ini ibarat taman tema dalam dunia kartun. Siapa ada layan cerita Kim Soo Hyun dalam drama "My Love from the Star" ada juga dekat sini. Cantik-cantik susun atur bangunan ini. Nampak klasik dan elegan. Tambah-tambah dengan warna-warni yang menarik.

Perjalanan dari Seoul Station Petite France kira jauh jugalah, agak-agak dalam sejam 2. Aku ini pantang naik bas mahupun kereta. Asal bergerak je, terus membuta. Celik mata dah sampai. Tahu-tahu sahaja dah sampai Petite France. Memang cantik weii!! Meyh sini aku belanja sikit gambar dekat sana.



Masa yang diperuntukkan di sini hanyalah dalam sejam sahaja sebab kawasan ini takdelah besar mana. Tapi memang cantiklah kalau nak photoshoot gambar dekat sini. Dah pulun bergambar sempat juga kami beli buah strawberry. Buah strawberry dekat sini memang segar-segar belaka memandangkan kawasan sini sejuk. Jual strawberry ibarat jual bawang dekat supermarket je.






Dah pulun bergambar di Petite France kami terus naik bas semula untuk bergerak ke kedai makanan halal. Mujur ada makanan Muslim disediakan. Ada juga orang Muslim yang lain turut serta dalam restoran ini. Janji dapatlah makan tanpa rasa ragu-ragu. Dekat KL tak kesampaian makan Kfry lagi. Pergi Korea terus lahap original punya. Memang padu habis rasanya.






Akulah orang paling bahagia dapat makan benda alah ini. Kenyang habis wei. Sampai sekarang terasa-rasa udang ayamnya. Perut kenyang hati pun jadi senang. Sambil makan, sis Yoyo a.k.a pemandu pelancong brief kami sesudah makan bolehlah bergerak ke Nami Island dan berjumpa di sini sekitar pukul 3.00pm semula. Moksu aku guna khidmat klook untuk berjalan-jalan ke Petite France dan Pulau Nami ini. Agak freedom jugalah kami berjalan-jalan. 

Perut kenyangan, hatipun berlagu riang. Kami terus bergerak menaiki bot untuk ke Pulau Nami. Restoran ini takdelah jauh mana dari tempat menaiki bot. Hanya sekangkang kera sahaja perjalanannya.

Belah kanan sakit kaki, yang tengah control macho yang kiri sudah semestinya gembira perut kenyang. 

Berkunjung ke Pulau Nami, Korea

Pulau Nami atau nama yang cukup sinonim dengannya iaitu 'Namisoem" merupakan pulau kecil yang berbetuk bulan separa yang terletak di sebatang sungai. Pulau Nami ini terletak di daerah Chunchoen dan tidak dapat disangkalkan pulau ini memang cukup popular dan cantik sekali sehingga menjadi tumpuan pelancong dari luar. Ada juga orang repeat beberapa kali datang ke sini untuk melihat keindahan Pulau Nami.

Rata-rata orang Malaysia berkunjung ke Pulau Nami ini disebabkan pengaruh cerita korea yang cukup popular satu ketika dahulu. Tak lain dan tidak bukan sudah semestinya cerita "Winter Sonata". Kalau ikutkan Pulau Nami ini cukup special dimana dia boleh membuat perubahan yang mempersonakan dengan kehadiran 4 musim. 








Jika anda diberi peluang datang sini, nikmatilah keindahan alam di sini. Cantik dan tenang sahaja tempatnya. Banyak lagi aktiviti menarik yang boleh buat dekat Pulau Nami ini seperti aktiviti berbasikal, flying fox kalau taknak naik bot. Sungguhpun jauh beribu batu daripada Malaysia tapi percakapan Melayu tetap juga didengari di sana. Mana tidaknya, setiap kali berselih pasti kami berselisih dengan orang Melayu. Tambah-tambah musim cuti sekolah, memang ramailah pakai melancong ke luar.

Setakat ini sahaja part 2 yang aku boleh share. Next time aku share another part. 

Thank you for reading!

3 comments:

  1. tak sabar nak tunggu next part...

    ReplyDelete
  2. i miss all those places :D

    ReplyDelete
  3. Wahhh seronoknya lah melancong.

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!