Pengalaman Makan Meatballs di IKEA, Cheras - Azwar Syuhada

Sunday, 17 March 2019

Pengalaman Makan Meatballs di IKEA, Cheras

Salam to all readers,

Jujur aku cakap sepanjang aku pergi IKEA baik dengan family mahupun kawan-kawan, tak pernah pun merasa makan meatballs dekat IKEA. Semalam lepas habis kerja aku and Ain (officemate) aku ke IKEA Cheras. Ain dah biasa makan meatballs dekat sini, so dia tahulah cara nak beli macam mana.

Dalam pukul 2.15pm sampai IKEA, kena beratur panjang mak kau nak makan meatballs punya pasal. Speciall juga aturan nak beli makanan di sini, macam dekat kantin sekolah rasanya. hahaha.. Aku JAKUN! Tambah-tambah ada trolley nak ambil hidangan. Semua makanan nampak sedap okay!



Alih-alih aku order Pasta with Meatballs, memandangkan dekat skrin iklan dia tu nampak begitu menyelerakan. Harganya hanya RM10.40. Ain macam biasa sudah pasti order meatballs if dia singgah ke mari katanya. If nak air buah boleh ambil gelas boleh topap-topap lagi. Air serendah RM2.10.

Kegigihan orang kita sedang beratur untuk mengisi perut. Aku pun tergolong dalam kalangan mereka. Gigih kau! First time kot, so nak tahu sedap ke tidak kenalah beratur demi sesuap Pasta with Meatballs. hhahaha..


Ini baru beratur nak ambil makanan, belum beratur nak bayar dan cari tempat duduk nak makan. Tambah-tambah pergi hujung minggu, memang ko kena struggle sikitlah nak cari tempat duduk.

Finally, dapat juga tempat makan. Nikmatnya dapat makan, segala masalah pun hilang. Kau rasa? Ain ada order ayam telur masin tak silap aku. Maigad!! Sedap nak mati, tapi ghasak laaa aku lepas ini kalau jerawat naik. 

 Dah puas makan, aku dan Ain beransur pula masuk IKEA sambil cuci mata. Datang sini, macam terapi jugalah bagi aku. Tengok decoration setiap bilik, ruang tamu, dapur. Macam-macam idea wei. Tambah best kalau dah ada rumah sendiri. hahaha

 Sambil tu usha katil bujang juga, tengah plan nak menyewa bilik single tahun depan. Doakan ya! Aku datang sini nak beli benda bawah ini, nak datang sini bukan ada masa. Dah alang-alang datang beli terus. Satu jerlah aku tak suka masuk IKEA ini, kita dah tahu nak beli apa, nak dapatkan benda alah ini, satu kerja plak kena round dia punya direction tu untuk dapatkan barang.



Finally jumpa pun! Dapat ini terus balik rumah dengan muka bahagia sekali!

p/s: Dalam pada kita bergembira, ada orang tengah dalam berduka lara. Jom sama-sama kita doa untuk #Christchurch Dalam sekelip mata kita kehilangan 49 umat Islam. Al-Fatihah.

Thank you for reading!

5 comments:

  1. Alhamdulillah dapat makan.Dapat beli apa yang dihajati.
    Betul.Kasihan dengan saudara-saudara kita yang terkorban.Allahu.Al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Saya pun first time makan meatballs IKEA few years ago. Itu pun kakak yang order dan belanja because I don't know how the system works. Even sampai sekarang pun.

    ReplyDelete
  3. meatball ikea tak pernah mengecewakan kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!