Pengalaman Pertama Jejak kaki ke Negeri Kelantan - Azwar Syuhada

Sunday, 24 February 2019

Pengalaman Pertama Jejak kaki ke Negeri Kelantan

Kalau diikutkan aku tak pernah sampai lagi ke Pantai Timur. Nak dijadikan cerita, housemate aku dah banyak kali mengajak datang ke rumah. Asal dia nak ke kampung, selit sepit dia mengajak aku balik kampung dia. Aku bukan taknak pergi, tapi bila dah cuti lama aku lebih selesa balik ke rumah aku sendiri. Kebetulan awal bulan 2 haritu, housemate nak tunang, dia ajak lagi datang ke kampung. Minggu terakhir bulan 1 tu aku tanyalah pada mak aku, boleh tak pergi kampung Wan dia nak tunang? Mak aku cakap, pergi jerlah orang dah mengajak. Kalau nak pergi sendiri, jangan harap dapat sampailah. Aku tak tahu nak pergi sendiri. Sambil tu dapatlah tengok adat Pantai Timur bertunang macam mana.


Bila mak dah bagi green line untuk pergi. Aku terus Whatsapp Wan nak pergi ikut dia balik Kampung. Terus dia suruh si Ayie (tunang dia) belikan aku tiket. Khamis malam Jumaat (31/1/2019) gerak pergi ke Pahang tidur rumah kakak Wan semalam. Pagi Sabtu baru gerak ke Kelantan. Perjalanan nak ke Kelantan dari Pahang naik kereta around 4 jam lebih jugalah. Tolak berhenti singgah makan dan makan. Wan cakap kalau balik dengan kakak dia sorang ini banyak persinggahan sikit, ada je dia nak beli. hahaha..Aku follow jerlah, yang aku tahu sampai Kelantan. Mak aku duk Whatsapp sampai mana dah? Aku pun tak tahu. Biasalah, masuk kereta je aku dah buat tahi mata, kereta berhenti je, mulalah terpisat-pisat dekat mana dah.



Kampung si Wan ini are Kubang Kerian. Sebelum nak ke rumah Wan, sempat singgah ke Pasir Putih untuk ambil cincin tunang dia. Misi utama aku datang ke Kelantan ini juga sebab nak beli seutas gelang emas juga. Mak aku kata, ada duit sikit belilah emas nampak sikit dah bekerja jangan takde langsung. Sampai-sampai kedai mas, aku pilih random je mana yang cantik pada mata aku tulah yang aku grab. 

Ikut Wan ini, takyah gaduh bab makan, mak dia memang kaki masak. Sebut je nak makan apa, teringin nak makan apa. Celik mata dah atas meja. Sebab tu bila aku balik ke KL orang pun pelik kenapa tiba-tiba badan aku macam belon. Bagai dipam-pam. Mula tu aku tak perasanlah, bila tengok depan cermin, Masyallah, this is me! Niat di hati pergi Kelantan nak tengok tempat-tempat yang Indahh la. Walhal, aku duduk rumah Wan melantak makanan. Aku balik KL dulu dari Wan, sebab Khamis aku dah masuk kerja. So hari nak balik tu, Wan sempat bawa aku jenjalan dekat Pantai Senok dan juga festival makanan. Okaylah tu, dapat jalan juga kan.



 Salah satu tempat memang aku teringin nak pergi dekat Kelantan iaitu Pantai Senok. Aku sampai sini around 10.00am. Panas lelit-lelit, gigih gak nak bergambar. Waktu ini ramai je orang tengah berkelah lagi. Dekat sejam lepak sini, kita terus berkunjung ke Festival makanan area stadium.

Orang Selangor buat festival makanan aku tak pergi. Negeri luar beriya pula aku pergi kan. hahaha..Banyak benor makanan, sampai tak tahu nak beli apa wei. Alih-alih aku beli kueh teow je. 






Mak aku kirim kain batik, tapi aku ikut orang terbatas sikitlah nak jenjalan tu. Alih-alih belikan tudung bawal yang ada batu ini. Murah wei, sehelai RM10 ringgit je, banyak batu lagi RM15 sehelai. Okaylah. Sempat beli 5 je haritu. Kalau beli dekat jalan tar ini mahu RM30 sehelai. Moral of the stories, kalau nak jalan puas datang sendiri tau dapat pergi banyak tempat. Apa-apa pun aku puas hatilah, perut kenyang hati banyak senang. 

Lepas magrib, aku bergerak pulang ke KL naik bas! Itu jerlah serba sedikit perjalanan bersiar-siar ke rumah Wan di Kelantan. hahaha..


Thank you for reading!

6 comments:

  1. nnt dtg kelantan lg. roger2 kita eh..:)

    ReplyDelete
  2. Banyak ke shopping tu .Murah2 Kan Kat sana

    ReplyDelete
  3. Best jalan-jalan kelantan sebab kat sana murah-murah belaka

    ReplyDelete
  4. Pheewiittttt..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi sampai sana. Rasa mcm jauh sgt. Haha

    ReplyDelete
  6. pernah pegi kelantan drive pun dah terasa punyalah jauh...naik bus berapa jam pulak perjalanan :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!