| Beauty Review: Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Lately, makin banyak pula jerawat naik dekat muka, mungkin faktor hormon tak berapa stabil dengan factor cuaca yang tak menentu. Bila muka kategori sensitif dan berjerawat ini bukan sebarangan produk boleh guna. Ada baiknya tengok terlebih dahulu apa ingredients yang ada pada produk tersebut sama ada sesuai ke tidak dengan kulit kita.
Kalau dah pakai dan tidak
memudaratkan bolehlah teruskan penggunaannya. Kalau betul-betul skin ada
problem yang tak dapat dikawal ada baiknya, terima nasihat pakar terlebih
dahulu. Buat mereka yang mengalami masalah seperti aku iaitu masalah kulit
berjerawat + sensitif bolehlah cuba pakai pencuci muka Aloe AC Clean Bubble
Cleanser dari Hansaegee Nature. Menariknya, produk ini 100% Original Made in Korea. Siapa yang nak cantik macam Park Shin
Hye bolehlah try pakai.
Produk ini dihantar kepada aku
atas tujuan review. Ini pertama kali aku mencuba produk keluaran Hansaegee
Nature. So, I'm super excited to give a honest review to uoalls based on my
opinion. Sekiranya berminat nak cuba, pastikan check the ingredians, rujuk
nasihat docor ataupun healthcare partitioner sebelum membeli bagi mengelakkan
ketidaksesuaian dengan kulit muka kita. Ok?
Serba Sedikit Info Mengenai Hansaegee Nature?
Kalau nak tahu, Hansaegee
Nature ini merupakan satu jenama yang terkenal dengan penjagaan kulit wajah
yang bertapak dekat Malaysia dan kesemua produk jenama ini 100% Original Made in Korea. Banyak
juga aku baca feedback positif pengguna produk jenama Hansaegee Nature ini.
Hansaegee Nature mula ditubuhkan sekitar tahun 2011, start up with direct importing high & 100% Original skin care
produckt from Korea. Kau rasa?
Bertambah menarik lagi, kesemua
bahan-bahan yang terkandung dalam produk Hansaegee Nature legaly approved dan
dijamin selamat digunakan oleh pengguna. Ianya sejajar dengan tujuan utama
Hansaegee Nature dimana mereka akan memastikan untuk menyediakan sesuatu yang
berkualiti dan selamat penggunaan produk Korea kepada pengguna. Salah satu
produk yang terlaris setiap tahun adalah Gold Nano CC Cream. Masuk tahun 2016,
Hansaegee Nature keluarkan “Hansaegee Nature” Aqua Whitening Cream. DIikuti
dengan produk yang aku tengah pakai ini iaitu Hansaegee Nature by Aloe AC
Bubble Cleanser pada tahun 2018. All product of course 100% Original Made in
Korea.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature ini diperbuat
dari Aloe Berbandesis Leaf (daun lidah
buaya) dan tea tree leaf oil. Memang tidak dinafikan kedua-dua bahan ini
selalu digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ia membantu
memelihara kulit wajah.
Di mana, Aloe Vera adalah bahan
yang baik untuk kelembapan pada kulit
wajah dan mengatasi masalah kulit berjerawat. Manakala, Tea Tree Leaf Oil
bertindak untuk merawat masalah kulit berjerawat, jeragat, kurangkan infeksi
kulit, anti fungus, sekaligus memberi kelembutan pada kulit wajah. Selama hampir
seminggu lebih dah cuba produk ini, Alhamdulillah sesuai sangat dengan kulit
wajah aku yang tengah berjerawat sekarang ini.
Selain dari 2 bahan utama di
atas, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser turut kaya dengan Salvia
officinalis ( Sage ) Leaf Extract, Lavandula Angustifolia ( Lavender ) Extract,
Rosmarinus officinalis ( Rosemary ) Extract dan Jasminum Officinale ( Jasmine )
Extract.
Hansaegee Nature Aloe AC Clean
Bubble Cleanser ini hadir dalam bentuk botol sederhana besar yang bersaiz
150ml. Nak tahu boleh tahan lama ke tidak, bergantung pada penggunaan korang
juga. Kalau jenis yang suka pump banyak-banyak tak sampai sebulan dah boleh
habis.
Sekali pump dah
banyak buih keluar. Moist betul, bila start cuci muka memang bestlah!
Jangan terkejut bila pump
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini keluar buih. Yes, Hansaegee
Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini berbentuk foam. Kalau nak tahu lagi,
asalnya pencuci muka dalam botol ini adalah dalam bentuk cecair tapi bila kita
pump sahaja automatik dia akan bertukar menjadi buih yang banyak. Tak percaya
boleh scroll bawah tengok sendiri.
Jadi, buih-buih yang banyak
inilah yang akan membantu membersihkan pori-pori atau daki yang tersumbat dalam
kulit wajah kita. Lepas bilas dengan bersih, sure muka korang rasa fresh dan
bertenaga gitu!
Bagaimana Cara Penggunaan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble
Cleanser?
Caranya cukup mudah, sama seperti
pencuci muka yang lain. Basahkan muka korang dengan air terlebih dahulu,
kemudian picit cleanser pumb Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sehingga keluar
buih. Rata keseluruh wajah, dan urut perlahan-lahan dalam bentuk bulat dalam
masa 1-2 minit. Akhir sekali, bilaslah dengan air bersih. Senang kan?
Antara Perkara Menarik Mengenai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble
Cleanser?
·
Membantu membersihkan liang pori secara mendalam
dan menenangkan kuli wajah
·
Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
·
Merawat masalah jerawat + jeragat
·
Membantu mengeluarkan sebum dan minyak yang
berlebihan
·
Mengawal minyak
·
Memberi kelembapan + tidak mengeringkan kulit wajah
·
Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit
termasuk kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitive, kulit berjerawat,
blackhead/ whitehead
Kesan Penggunaan Selepas Mencuci Muka dengan Hansaegee Nature Aloe AC
Clean Bubble Cleanser?
Off course best! Tambah-tambah
sebelum pakai pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini
waktu tu pula jerawat berternak beramai-ramai, stress aku. Lepas pakai sehari,
keesokkan harinya jerawat makin mengecut. Setakat ini, pencuci muka Hansaegee
Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini tak pernah lagi memberi kemudaratan
pada kulit wajah aku.
Feeling confort skin
and moisture bubble
Paling syok sekali, lepas cuci muka itu kulit
wajah rasa lembap dan licin sahaja + kesan minyak yang berlebihan dah makin berkurang.
Rasa tak puas bila cuci muka dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble
Cleanser. Rasa nak pump banyak kali je.
Feel dia tak boleh
nak cakap. Rasa nak lumur satu badan. Lembut je bila dah apply dekat kulit
wajah.
Boleh tengok lebih dekat lagi
tekstur buih dia yang sangat soft, watery and moisture and tak terlalu dry.
Kalau pump banyak kali, buih akan keluar lebih banyak.
Bukan itu sahaja, teksture
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang mengeluarkan buih banyak
ini sangat lembut + ringan dan meresap jauh ke dalam kulit wajah sekaligus
dapat membersihkan segala kotoran degil, daki, kulit mati denan cepat. Paling pasti, kulit wajah rasa lebih segar,
lembut, lepas bilas dengan air bersih.
Bau pencuci muka ini ala-ala
herba gitu, tapi sedaplah baunya yang menenangkan. Buat korang yang kaki
makeup, seelok-eloknya cuci muka 2 kali kalau nak betul-betul bersih.
Bagi mereka yang masih
tercari-cari produk pencuci muka dari bahan-bahan semulajadi, aku syorkan
korang cuba pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini. Mana
tahu, ianya boleh mengatasi masalah kulit wajah korang!
Bagi mereka yang ingin mendapat
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ataupun produk Hansaegee Nature
AC Clean Bubble Cleanser ini boleh layari website di bawah;
Website :
www.hansaegee.com/shop
Instagram :
https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook page :
https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page :
https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Semakin mendapat perhatian produk hansaegee ni..alhamdulillah.
ReplyDeleteWahhh...ramai juga yang review positif produk hansaegee ni.. Menarik juga
ReplyDeletewah ramai jugak pakai brand ni. nak kena try ni
ReplyDeleteThanks for the Review and Sharing
ReplyDeleteAs salam. Produk yg bagus. Nampaknya abam kie kena beli utk anak2 dara di rumah ni. Done follow your blog. No 3266. TQ.
ReplyDeleteWow...
ReplyDeleteBerseri muka...
Done follow...
http://paanhealersblog.blogspot.com