Coklat Ruby Semula Jadi Keluaran terbaru dari KitKat. Dah Rasa ke Belum? - Azwar Syuhada

Saturday, 19 January 2019

Coklat Ruby Semula Jadi Keluaran terbaru dari KitKat. Dah Rasa ke Belum?


| Coklat Ruby Semulla Jadi Debut di Asia Tenggara dilancarkan di KITKAT Chocolatory Store Baharu| Minggu sudah aku berkesempatan hadiri majlis pelancaran COklat Ruby di KITKAT Chocolatory Mid Valley. Ada sesiapa peminat tegar coklat dekat sini? Kita geng! Berita baik untuk penggemar coklat terutama keluaran KITKAT, kini anda boleh menikmati wafer bersalut coklat serba baharu dengan kemunculan KITKAT Ruby di Malaysia.
Waktu berada di majlis ini, aku dapat sedikit input bagaimana dorang ini memproses coklat. Ingat senang nak buat coklat. Banyak step rupanya, selama ini aku tahu makan sahaja kini dapatlah tahu serba sedikit mengenai KITKAT sebenar.



Can’t imagine coklat berwarna PINK wei! KITKAT Ruby dengan empat jejari yang tersendiri dan dengan merah jambu yang semula jadi ini pasti menyerlah. Sebagai varian coklat baharu pertama di dunia yang dicipta dalam 80 tahun menyusuli coklat gelap, coklat susu dan coklat putih, coklat Ruby dihasilkan tanpa sebarang perasa, pewarna aditif atau penggubahsuaian genetic. Menarik sekali, KITKAT adalah yang pertama di dunia menggunakan sensasi coklat Ruby, yang dihasilkan oleh pemproses coklat dan koko Barry Collebaut dari Switzerland, daripada biji-biji koko terpilih yang terdapat di negara-negara tanaman koko termasuk Ivory Coast, Ecuador dan Brazil.



Proses pembuatan coklat Ruby sangat unik, dimana untuk menghasilkan warna dan perisa yang memang sudah pun wujud secara semula jadi dalam biji-biji coklat. KITKAT sentiasa ingin mencipta waktu santai yang sempurna, dan dengan perisa buah-buahan yang terdapat secara semulajadi dalam coklat Ruby serta teksturnya yang lembut dan keenakannya yang menambat selera mini.”enikmati coklat Ruby.

Encik Sachin Goel, Pegai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestle Malaysia, menyatakan “Kami teruja untuk membawa KITKAT Ruby ke Pasara Malaysia! Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan sensasi coklat  baharu yang hebat.



Makin kreatif orang sekarang, tak terfikir dek akal nak buat inovasi coklat yang pelbagai perisa. KITKAT memang terbaiklah buat pembaharuan dan kelainan. Ini antara coklat terbaru dari kitkat.



Pelancaran KITKAT Ruby ini berlangsung di majlis pembukaan KITKAT Chocolatory Store baharu di Mid Valley, KL. IA dibuka kepada pelanggan pada 2016, KITKAT Chocolatory menawarkan peluang kepada pelanggan untuk membuat gubahan KITKAT mengikut citarasa mereka sendiri daripada 10,000 kombinasi coklat dan hias atas (topping) buatan tangn yang berlainan untuk dibungkus mengikut pilihan kita sendiri!

Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Chef Andy Van den Broeck, Penasihat Teknikal Kanan, Pembangunan Produk Barr Callebaut di Asia Pasifik. Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran yang cukup meluas dalam proses membuat coklat sehingga dapat memukau orang ramai dengan pertunjukan membuat coklat Ruby daripada inti ganace coklate putih berseduh saffron. Malah, beliau turut memperlihatkan proses pengolahan coklat termasuk tempering, pengacuan kulit, inti, penutupan dan pengacuan semula, satu per satu.

 Kami sempat merasa flavour terbaru KITKAT masa majlis pelancaran haritu. Kesemuanya, sedap-sedap belaka.


 Cantikkan warna Coklat Ruby ini! Pink colour, my favourite colour!


 
Menarik, kalau singgah sini korang boleh lihat sendiri proses mencipta produk KITKAT khusus mengikut citarasa anda ataupun cuba menghasilkan coklat anda sendiri.

Dah alang-alang berkunjung ke store KITKAT di Midvalie nanti jangan lupa bergambar di sudut Ruby Kitkat. Cantik gila!!





Berminat untuk mencuba produk inovatif daripada KITKAT? Bolehlah datang ke KITKAT Chocolatory di Malaysia yang pertama di Asia Tenggara iaitu di F048, Floor 1 Mid Valley Megamall. Nak lagi senang, boleh sahaja order menerusi pesanan atas talian (Lazada, Shopee & 11Street) untuk penghantaran terus ke depan pintu anda.

Nak tahu lebih lanjut mengenai KITKAT & Chocolatory, boleh terus layari website ini;

Thank you for reading!

3 comments:

  1. OHMAIIIIII SEDAPNYAAA! Saya memang peminat coklat. Kita geng! hahahha. kreatif dan inovatif nya keluaran kitkat yang baru ni. very nicee! :D

    ReplyDelete
  2. Oo.. alahh rugi tak try cari

    ReplyDelete
  3. terbaik la.
    pink karer.
    aida ni peminat cadbury, kitkat, segala coklat la.
    kreatif. memikat peminat coklat utk cuba!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!