Beauty Review: Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea X Titi Kamal - Azwar Syuhada

Saturday, 5 January 2019

Beauty Review: Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea X Titi Kamal

| Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea X Titi Kamal | Siapa pengikut blog ini pasti tahu produk Althea tak pernah surut dalam catatan. Mana tidaknya, lepas satu ke satu produk terbaru Althea keluarkan. Tambah-tambah, Althea kini telah dikenali di serata dunia sebagai salah satu E-Commerce Online Shopping untuk mendapatkan barangan K-Beauty product. Siapa yang addicted nak cantik macam artis korea bolehlah dapatkan barangan K-Beauty di Althea. 

Kalau dulu Althea hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan kulit dan kosmetik, kini tidak lagi. Kini, Althea membawa satu produk terbaru iaitu sejenis wangian dalam bentuk body mist. Senang cerita Spray badan!


Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea hadir dalam botol eksklusif yang bersaiz dalam 100ml. Size yang sederhana kecil memudahkan untuk masuk dalam handbag mahupun travel. Paling aku suka botolnya dihiasi dengan bunga-bunga warna pink, dahlah pantang tengok warna pink sebab ianya salah satu warna favourite aku.
Kalau nak tahu, Stay Fresh Body Sparkling Mist ini merupakan produk wangian hasil kolaborasi Althea bersama Titi Kamal. Who Titi Kamal? Titi Kamal ini pula merupakan artis tersohor di Indonesia dimana ia terkenal sebagai seorang fashionista, pelakon dan penyanyi yang berjaya. Bukan itu sahaja, dengan memiliki rambut yang panjang dan gelap serta memiliki kecantikan yang mempersonakan. Justeru Althea memperkenalkan Body Mist ini sesuai untuk kegunaan harian yang elegan, segar, dan manis sebagai kerjamasa bersama Titi Kamal.

Menariknya boleh masuk dalam handbag dan bawa sahaja kemana-mana. Kekalkan kesegaran anda gitu!

Fragrance Fresh Floral Fruity

Kalau korang nak tahu, salah satu keistimewaan semburan Stay Fresh Body Sparkling Mist by Althea ini apabila ia diformulasikan dengan wangian bunga dan buah-buahan iaitu Sweet Orange dan juga Fresh Peach serta bunga rose yang harum semerbak.


Antara bahan utama yang terkandung dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist by Althea adalah;

1) Damask Rose Water: Menghidupkan kulit terhidrat & memberikan aroma yang lembut dan menenangkan.

2) Sweet Orange Oil: Menyegarkan deria dan rasa fresh!

3) Elder Flower Extract: Menyejukkan, melegakan kulit dan memberikan aroma yang feminin.

Bukan itu sahaja, terdapat juga bahan-bahan lain seperti Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantiunm Dulcis ( Orange ) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin.



Menariknya, Stay Fresh Body Sparkling Mist ini tak rasa melekit langsung bila pakai malah badan rasa lebih fresh dengan semburan wangian yang menenangkan. Caranya cukup mudah, lepas sahaja mandi, lap badan sikit terus sembur benda alah ini dekat badan. Yang pasti tahan lama jugalah aroma wangiannya pada badan.

Harga sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist by Althea ini hanya serendah RM35 sahaja. Bagi mereka yang ingin mendapatkannya boleh sahaja order di website Althea >> https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist

Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!