Model Van Terbaru View C2 4.8 & View CS2 6M Milik Foton Kini Tembusi Pasaran Malaysia - Azwar Syuhada

Thursday 20 December 2018

Model Van Terbaru View C2 4.8 & View CS2 6M Milik Foton Kini Tembusi Pasaran Malaysia


| Model Van Terbaru View C2 4.8 & View CS2 6M Milik Foton Kini Tembusi Pasaran Malaysia | Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran rasmi Pusat FOTON 3S eksklusif yang bertempatkan di  No. 2, Jalan Pemberita U1/49,  Taman Perindustrian Temasya, 40150 Sah Alam, Selangor. Bagi mereka yang meminati bidang automotif pasti mengetahuinya. Kalau nak tahu, FOTON ini dimiliki sepenuhnya oleh Mpire Asia Sdn Bhd (anak syarikat Mpire Group) yang memang terkenal sebagai peneraju pasaran kenderaan komerisal yang berasal dari China tidak terkecuali dengan kenderaantoplander dan juga truck.




YB Tuan Kok Wai bersama Duta Khas Malaysia ke China telah merasmikan pelancaran Pusat Foton 3S eksklusif sekaligus memperkenalkan van terbaru C2 4.8M & CS2 6M yang boleh mememuatkan 18 orang penumpang. Kau rasa? Dah macam naik bas ekspress pula. Bukan itu sahaja Mpire Asia komited untuk menawarkan pusat perkhidmatan sehenti yang cekap dan efisyen untuk pelanggan mereka serta mempamerkan keunggulan mereka dalam  menerapkan teknologi terkini yang canggih standing atau lebih baik  daripada  jenama lain.

Apa yang Menarik Mengenai Foton View C2 4.8 & CS2 6M ini?



1)      Panjang Van

Kalau dari pandangan mata kasar, lebar dan tinggi van adalah sama sahaja dengan van lain, yang membezakannya adalah panjang FOTON View C2 4.8M Panel Van adalah sepanjang 4.8 meter. Manakalan FOTON View CS2 6M Window Van adalah sepanjang 6 meter dan ia mempunyai 18 tempat duduk. Nak bawa jiran tetangga pergi bercuti pun okay gak ni. Di mana, kapasti untuk memuatkan penumpang lebih ramai jika nak dibandingkan dengan van yang ada.


2)      Enjin Kuasa Turbo

Menariknya, dengan revolusi teknologi terkini, View C2 direka khas dengan enjin berteknologi Isuzu 4JB1- Turbo Diesel, yang menyediakan pemanduan ekonomi dan menjimatkan. Siapa taknak jimat kan? Manakala, View CS2 adalah generasi ke-4 van yang telah diiktiraf dan merangkul  anugerah FOTON  di pasaran China. Ia bukan sahaja menawarkan reka bentuk yang menarik, malah ia juga digabungkan  dengan prestasi  dan keselesaan  yang sempurna. View CS2  dilengkapkan dengan enjin  diesel  Cummis  ISF  dengan kuasa  kuda dan  tork yang  tinggi (147Hp dan 330Nm). Kedua-dua enjin ini berteknologi canggih, mesra alam  dan mematuhi piawaian  EURO IV.

 3) Keselematan lebih terjamin dengan Brek Anti-Lock

Bukan itu sahaja, kedua-dua van ini telah dilengkapi dengan sistem Brek Anti-Lock Bosch 4-Channel terbaru dan  sistem Pengedaran Brek Elektronik untuk keselamatan yang lengkap semasa brek kecemasan.

4) Waranti

Kedua-dua model van View C2 & View CS2 ini akan diberi jaminan 5 tahun  atau 150,000km yang mana lebih awal dan menjadi satu-satunya di pasaran dengan tawaran insentif yang menarik.

Selaras dengan moto Mpire Group yang mementingkan kecekapan dalam jualan, perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti, Mpire Asia turut menjalinkan kerjasama dengan 15 pengedar sah di seluruh negara dan menjangka peningkatan kepada 30 pengedar menjelang akhir tahun 2019. Bukan itu sahaja, Mpire Asia turut melancarkan talian bebas 1300-22—3399 dan perkhidmatan servis pelanggan 24/7 semasa pelancaran. Jadi, para pelanggan amat digalakkan untuk menghubungi talian yang tertera jika mengalami sebarang masalah mengenai FOTON.



Dalam majlis pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan Mpire, Dato' Billy Goh menyatakan, "Sebagai peneraju pasaran di China yang juga merupakan salah satu daripada pasaran yang paling kompetitif di dunia, FOTON bersedia untuk menghasilkan kenderaan bertaraf dunia yang relevan dan memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, saya yakin bahawa kenderaan yang dihasilkan oleh FOTON yang dibawa ke Malaysia dijamin memenuhi piawaian, kualiti dan kecekapan bahan api yang tinggi dan serba canggih".

Berapa Harga FOTON View C2 4.8M dan FOTON View CS2 6M?

Agak-agak berapa? Kalau anda nak tahu, model van VIEW C2 dan VIEW CS2 akan berada dipasaran dengan harga RM83,888 dan RM143,888 (OTR tanpa insurans). Sangat-sanat berbaloi dengan spesifik kenderaan FOTON yang tersendiri ini.

Berita baik buat semua, Mpire Asia akan memberi ganjaran kepada 100 pelanggan pertama seperti GPS percuma, cukai jalan percuma untuk tahun pertama, kamera on-board, perkhidmatan percuma selama 2 tahun atau 50,000km (termasuk buruh dan bahagian yang dibekalkan) dan 4 tayar untuk tempoh 18 bulan pertama.


Untuk tempahan dan sesi pandu uji, atau maklumat lanjut mengenai model van FOTON VIEW C2 dan VIEW CS2, sila hubungi Mpire Asia Sdn Bhd di talian 03-5567 9858 / 012- 221 9111 atau boleh melawat pusat pameran yang terletak di No.2, Jalan Pemberita U1 / 49, Taman Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor atau lawati laman sesawang di https://fotonmalaysia.com.my

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!