Beauty Review: My Beauty Mask by My Product Co - Azwar Syuhada

Sunday, 16 September 2018

Beauty Review: My Beauty Mask by My Product Co

| My Beauty Mask by My Product Co | Selamat berhujung minggu, bulan 9 ini bulan lambakan cuti nampak gayanya. Waktu cutilah masa unuk relax kan badan dan minda di rumah. Harini aku nak share salah satu routine skin aku iaitu berkenaan dengan mask. Siapa dekat sini suka pakai mask? Kita geng! 

Sebelum terlupa aku nak ucapkan terima kasih pada Tammy Lim a.k.a Mamasan kerana bagi peluang untuk aku review produk mask ini. Menariknya, mask ini 100% dari Korea. Bertambahlah koleksi barangan korea aku. Tidak lupa juga pada My Product Co kerana sponsor mask pada beauty blogger. Cantik ke?


Buat pertama kali aku pakai mask keluaran My Product Co ini, jom tengok best ke tidak?

My Beauty Mask by My Product Co ini 100% mask diperbuaProduct t dari Korea termasuk dari segi pembikinan, bahan-bahan yang dikilangkan lakaran termasuklah pembungkusan. Terdapat 3 jenis mask by My Product Co antaranya;




1) Red Ginseng Gold Hydrogel Mask
2) Ginger Gold Hydrogel Mask
3) Rice Sheet Mask


Dalam sejarah jugalah aku guna mask berbentuk hydrogel ini, rasanya lain macam tapi syok gila! Biasanya aku pakai sheet mask sahaja. Bagusnya, mask ini bebas daripada 8 bahan merbahaya antaranya Formaldehyde, Paraben, Sulfate Amine, Mineral Oil, Benzyl Alcohol, Silicone, COal Tar Dyes and Aminal-Derived ingredients dan diterima oleh Dermatology tested. Bukan itu sahaja, My beauty Mask ini juga mengandungi 12.5ppm iaitu 99% emas tulen, dimana ia dikenali sebagai antioksiden dan mencegah penuan kulit. Best kan bunyinya?

Bahan utama yang terkandung dalam mask beauty ini adalah madu tulen. Mesti ramai yang dah tahu, dimana madu kaya dengan vitamin, mineral, asid amino dan antioksidan semulajadi yang tinggi bagi membantu membersihkan serta melindungi kulit.

Mesti ada yang tak sabar nak tengok bagaimana rupanya hydrogel mask ini kan? Jom lihat di bawah!

 Inilah dia rupa sebenar hydrogel mask by My Product Co. Packaging hydrogel mask ini sangat rapi dalam menitikberatkan kualiti mask yang ada dekat dalamnya. Harus keluarkan dengan perlahan-lahan disebabkan hydrogel mask ini sangat lembik. Siap berlapik dengan pelapik putih sekaligus pelapik jernih bagi memelihara kualiti hydrogel mask ini. Warna kuning keemasan itulah rupa hydrogel mask nya. Nak pakai dekat muka kena apply elok-elok sebab ia mudah pecah.

Kalau tidak dilapik dengan pelapik putih jernih ini dah tentu-tentu hydrogel mask ini akan mudah terkoyak disebabkan hydrogel mask ini bersifat lembik (gel). Nak lagi best bila apply dekat muka, simpan dalam peti ais dulu, kemudian baru pakai. Lagi syok!! Sejuk sahaja pakai dekat muka.

Pengalaman Menggunakan My Beauty Mask by My Product Co.

1) Red Ginseng Gold Hydrogen Mask

Menariknya mask ini menggunakan 100% red Ginseng dari Korea lalu diproses untuk digunakan dalam My Beauty Mask bagi membantu melambatkan penuaan, mengecilkan pori-pori wajah, menghaluskan kulit sekaligus mencerahkan kulit seandainya memakainya dengan konsisten.

Macam aku cakap, better masuk dalam peti ais kalau nak rasa lagi best pakai My Beauty Mask ini. Mula-mula baru apply dekat muka, memang agak kuat jugalah bau ginseng nya. Lama-lama okay, bau tu hilang dengan adanya bau haruman madu campur ginseng. Hujung-hujung minggu rehatkan minda me-time dengan My Beauty Mask ini memang relax gila.

2) Ginger Gold Hydrogel Mask

Mask ini pula menggunakan 100% halia yang ditanam di tanah Korea sendiri. Kau rasa? Bertambah flawless la kulit kau lepas ini. Tambah-tambah, halia memang kaya dengan antioksidannya dimana ia membolehkan membantu melindungi dan meremajakan kulit kita. Bertambah remaja la wajah kita sungguhpun umur dah meningkat dewasa. 


Disebabkan aku ganas sangat buka hydrogel mask ini, terkoyak sikit bahagian hidung. Tempek jugalah dekat muka. Mask ini okay sangat apply dekat muka rasa tenang je,bau halia nya pun tak berapa kuat.Hujung-hujung minggu tak buat apa bolehlah apply mask ini dekat muka. Kulit rasa lebih segar dan lembut je bila selesai pakai.

3) Rice Sheet Mask

Rice Sheet Mask ini pula diperbuat daripada beras yang ditanam di kawasan Gyeonggi, korea kerana kualiti berasnya. Seperti sedia maklum, beras merupakan sumber karbohidrat danprotein yang sangat bagus, vitamin, serta sumber mineral. Dengan adanya nutrisi yang banyak secara tidak langsung dapat membantu mencerah dan menghidratkan kulit wajah.

Rice Sheet Mask ini macam sheet mask biasa cuma fungsinya lagi super duper okay. Senang dan mudah pakai dekat muka. Semua tahu kelebihan beras kan? Dah tentu-tentu membolehkan mencerahkan kulit muka yang tidak sekata tona kulit. Bila pakai rasa sejuk dan tenang sahaja. Hanya apply dalam masa 20 minit kemudian bilas dengan air bersih memang rasa segar sahaja kulit wajah. Tak caya boleh cuba!

Kalau ikutkan hati, ketiga-tiga My Beauty Mask by My Product Co ini aku suka.Kalau disuruh membuat pilihan, rice sheet mask menjadi pilihan aku sebab ianya tak mudah koyak rasa tenang bila apply. Tambah-tambah ia membantu mencerahkan kulit yang tidak sekata.

Keseluruhan harga My Beauty Mask yang aku dapat ini berharga;

Red Ginseng Golden Hydrogel Mask - RM100/ USD25 (5psc)
Ginger Golden Hydrogel Mask - RM100/ USD25 (5psc)
Rice Sheet Mask - RM28/ USD9 (3psc)

Apa tunggu lagi, kalau korang berminat untuk dapatkan My Beauty Mask by My Product Co layari sahaja www.myproductco.com ataupun di Instagram www.instagram.com/myproductco/

2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!