Baru-baru ini aku ke Boat Noodle area Avenue K. Memandangkan, kak Wan merangkap housemate aku tak pernah pergi aku bawa jelah makan sini. Boleh dibilang dengan jari berapa kali jerlah aku berkunjung ke kedai makan Boat Noodle ini. Walaupun sana sini, orang duk viral makan noodle dalam bekas bertingkat-tingkat banyak kali. Aku kalau pergi sini pun order 3 mangkuk je paling kurang.
Tekak aku memang tak boleh masuk dengan boat noodle ini sangat. Sekali sekala datang merasa bolehlah, kalau ikutkan ini kali ketigalah aku berkunjung ke Boat Noodle. Itu pun sebab ada misi, hehehe.. Kau ingat senang aku nak masuk restoran tanpa arah tujuan?
Sebab utama aku berkunjung ke Boat Noodle semata-mata nak join contest wei. Kak Wan tahu aku datang sini semata-mata nak join contest punya pasal berbulu gaklah awalnya, alih-alih dia ikut sekali join. hahaha.. Aku memang pantang kalau ada contest, semua nak masuk kalau boleh. Menang kalah belakang kira, tambah-tambah dah masuk bulan August ini berduyun-duyun contest berlangsung, al maklumlah ambang kemerdekaan bakal menjelang hujung bulan ini.
Ini antara pakej menu yang ada di Boat noodle, haritu aku pilih pakej sebelah kanan, disebabkan aku dah lama nak merasa Steamy Sankaya dekat sini. Orang kata super duper sedap!
Kalau taknak beli pakej, boleh juga order satu-satu makanan. Banyak juga hidangan. Dekat sini mee dalam mangkuk RM1.90 tulah yang paling famous sebenarnya. Tapi aku pula tak berapa gemar. Tak kena dengan tekak aku. hahaha..
Sambil menunggu hidangan sampai, kami pulun habis reka poskad ini. Dekat sejam jugalah main tampal lekat sticker. Kak Wan kalau contest mewarna or hias menghias memang laju, kalau ajak jogging dia slow sikit. Tengah bulan ini aku ajak dia join contest makan next month ajak dia join aktiviti lari pula, masak dia dapat budak gila contest and aktif keluar sana sini. Asal tempat cantik, kak Wan okay je katanya, dapat selfie!
Hampir sejam main tampal lekat sticker, ini hasilnya. Bajet macam cantik sangat kan. Yang penting kepuasan diri dapat sertai contest.
Ini menu Kak Wan order, aku nak gelak guling-guling gaklah bila menu ini sampai. Aku dengan kak wan ingat nasi ini banyak, alih-alih sampai adalah 2 suap masuk mulut habis dah. Mujur ayam dia sedap!
Inilah dia steam Sangkaya, sedap wei! Kalau rasa-rasa nak minum petang sambil pekena roti sangkaya bolehlah singgah ke Boat Noodle. Yang ini kalau repeat lagi sekali rasa berbaloi, sedap gila! Makan panas-panas memang lagi puas rasa keenakannya.
Disebabkan pulun main sticker tampal lekat tu, mee pun dah sejuk. Sejuk-sejuk pun habis juga semua jenis hidangan.
AVENUE K SHOPPING MALL
ADDRESS: LOT L2-17B & SAC 12-1,
SECOND FLOOR AVENUE K,
156 JALAN AMPANG,
50450 KUALA LUMPUR
CONTACT: +6011 - 21139232
OPERATING HOURS: 10AM - 10 PM (DAILY)
RATE: 3.5/5
Siapa rajin join contest? Kita geng!
xpernah mkn kat boat noodle..:)
ReplyDeletexpernah singgah boat noodle lagi...menarik juga ni kalau weekend ni g sana...
ReplyDeleteFav akak boat noodles..la ni dah ada Aroii Thai kat NuSentral plak..lagi la suka..hehehe
ReplyDelete