Betul ke Lepasan FRESH GRADUATE sukar mendapat pekerjaan? - Azwar Syuhada

Sunday, 15 July 2018

Betul ke Lepasan FRESH GRADUATE sukar mendapat pekerjaan?

Salam to all readers,



Siapa sangka dalam masa 2 bulan ini sahaja, aku dah tukar kerja sekali lagi.
.
.
Dulu pernah juga terdetik dalam hati dan utarakan pada mak aku, bila dah habis praktikal cadangnya taknak kerja, nak rehat-rehatkan minda dalam beberapa bulan. Nanti dah puas berehat barulah kerja. Mak aku okay je katanya, siap pesan lagi kalau kau tak keje jangan haraplah aku nak bagi duit tiap bulan. Aku ini pun tak bekerja katanya..hahaha... 

Bila mak aku cakap dia tak dapat bagi duit tiap-tiap bulan, baru aku tersedar ya memang benar aku tak boleh buang masa. Lagi-lagi aku dah terbiasa ada duit poket tiap bulan. Bila wang saku mara dah tamat tempoh awal bulan haritu, maka nak taknak aku haruslah bekerja. Siapa sangka, pucuk dicipta ulam mendatang tempat aku jalani praktikal tawarkan aku bekerja di situ dengan jawatan "Junior Executive Digital Marketing". Mak akulah paling bangga aku tunjuk surat offer letter. First time, anak berjawatan executive mengaji tinggi siapa tak bangga yeah?

Pada awal masuk sebagai tenaga kerja, wahh punya semangat aku bawa perkakas hias meja, holder kertas, bekas isi kertas bintang, pen warna warni, macam-macam lagilah. Siapa kenal aku, tahulah dia perangai aku macam mana. Rakan-rakan kerja semua baik belaka macam family kedua. Masuk pertengahan bulan 4 aku hantar surat resign, memandangkan aku dapat tawaran kerja dekat salah satu butik glamour di Malaysia ini. Sana-sini orang kagum! Nak buat macam mana, aku hanya mampu bertahan hanya sebulan 1/2 sahaja. Dalam pada aku bekerja di butik glamour ini aku struggle juga cari tempat lain. Siapa sangka di mata orang ia nampak gah, dalaman dia indah habar dari rupa.

Dulu-dulu aku pikir gaji priority utama, tapi tidak sekarang. Bila kau kerja, hati kecik kau akan persoalkan balik adakah cukup apa yang kau persembahkan dengan hasil yang kau dapat. Kadang-kadang aku rasa tak cukup apa yang aku sumbangkan pada company aku. Sekarang yang menjadi keutamaan pada aku adalah kebajikan pekerja. Layanan majikan terhadap pekerja menjadi priority utama aku sekarang ini. Ini konsep akulah, lain orang aku tahulah.

Ada setengah orang, dia tak peduli sama ada kerja dia sesuai ke tidak ataupun hasil kerja dia memuaskan ataupun tidak tetap ingin mendapatkan gaji yang lumayan dari hasil yang caca marba. Aku juga tidak terkecuali mengimpikan gaji yang lumayan tetapi dengan mempersembahkan hasil yang memuaskan. Justeru aku perlu ada seorang supervisor yang boleh guide aku dari bawah untuk maju ke hadapan. Tambah-tambah, aku lepasan FRESH GRADUATE banyak benda aku harus pelajari dan praktikkan.

Sebagai FRESH GRADUATE kita janganlah terlampau demand dalam mencari pekerjaan. Tambah-tambah lagi, keadaan ekonomi negara kita tak berapa nak stabil. Mana yang dapat grab sahajalah dahulu, walaupun gajinya ciput. Kadang-kadang, gaji yang ciput itulah yang kena dengan jiwa kita. Ada pula tu, gajinya berdentum BESAR, tapi kerjanya bagai nak mati. Kadang-kadang, rakan kerja bagus, pengurusan pula macam CELAKA. Macam pekerjaan aku yang no. 2, masa interview tanya macam-macam, borang kaji selidik ibarat nak FRESH GRADUATE punya skills. Tapi bila aku start kerja situ, rasa HAMPEH. Baiklah kau hire budak menunggu keputusan SPM. Best lagilah perasaan aku masa kerja dekat salon. Walaupun, gaji kecik boss aku layan lebih baik lagi.

Rata-rata member aku yang balik kampung, masih tidak bekerja lagi. Apa yang boleh aku katakan bandaraya KUALA LUMPUR ini destinasi terbaik korang bina kerjaya. Banyak sahaja jawatan kosong, kemudahan awam pesat membangun, yang penting jangan sesekali berputus asa. Cari dan terus cari. Insyallah ada je rezeki korang akan datang.

Be proud of yourself for how hard you're trying
p/s: Next time, aku share portal yang boleh korang cari kerja k!

9 comments:

  1. sama la,BV pun rasa layanan majikan kepada pekerja sangat penting. :D
    kat tempat BV susah gila nak cari kerja sebab mostly banyak majikan chinese and mandarin language is a must (sometimes). tapi alhamdulillah, dapat kerja yg sesuai. pernah terfikir nak berhijrah ke kl sebab banyak kerja yg BV minat kat sana, tapi tu la, gerenti mak tak suruh :D

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat! Zaman sekarang tak boleh nak demand sangat, kalau dah ada peluang untuk kerja, pergi lah. Duduk rumah saja saja pun banyak buang masa, baik kerja dapat duit. Heheh.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah first job aku ni company bagus gila weh. Macam family. Takde membawang ke apa lgsung, maybe sebab majority lelaki hahah. Lepastu kebajikan memang terbaik. Aku kerja baru 4 bulan pun dah dapat bonus 4 angka weh. Alhamdulillah, sayang pulak rasa nak lompt lompat kerja.

    ReplyDelete
  4. While I agree that fresh grad shouldn't have unreasonable demands on salary, some of us are unfortunate to not have a good support system and have to bear the responsibility of taking care of their family and having a low pay job is totally out of the question.

    Just couldn't comprehend that there are companies that offer salary under rm2000 in KL/Selangor like how could the fresh grads survive?

    ReplyDelete
  5. bukan setakat utk fresh graduate, yg nak intern ni pun susah jgk nk dpt. hahah. sebab banyak competition dgn students universiti lain :(

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, rezeki mudah azwar..

    ReplyDelete
  7. setuju.. tak boleh nk demand sangat sebagai fresh graduate :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. InsyaAllah rezeki tak salah alamat

    ReplyDelete
  9. saya lepas graduate bekerja sbg guru tuisyen..penah keje kat kedai runcit. sijil degree, tp sy rela keje biasa2. walaupun gaji x seberapa, okay laa.. dpt la guna utk beli kfc.. skrg bila dah kerja, rasa rindu plak nak cari kerja mcm dulu2..

    https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/kehidupan-hantu-di-dunia-hantu.html
    https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/alkisah-pada-abad-ke-20-wujud-seorang.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!