Semenjak dua menjak ini, aktiviti rutin harian aku semakin padat dengan kerjanya lagi, sertai event blog ke sana ke mari memerlukan pergerakan yang banyak. Sampai satu tahap badan rasa letih gila! Nak dijadikan cerita, dalam pada masa badan rasa sakit-sakit ada seorang member bagitau pergilah satu spa ini urutan dia memang padu kalau badan rasa sakit dan tidak bermaya. Mungkinlah, aku pun dah lama tak berkunjung ke spa.
Satu hal lagi, mujur spa ini terletak di area Klang. Lepas kawan aku bagitau mengenai spa tu terus aku booking. Kebetulan, minggu tu aku nak balik Klang, rumah aku ada buat kenduri doa selamat. Selesai sahaja kenduri, aku terus berdezupp ke Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanic. Aku yang duduk Klang ini pun, baru tahu kewujudan spa ini. Betapa sibuknya aku, pembangunan area kawasan sendiri pun tak tahu. hahaha...
Kalau korang sesat ke sini, set je waze siap-siap pasti jumpa punya. Sampai-sampai sahaja di sini mereka terus hidangkan aku dengan air minuman herba (serupa teh yang takde gula). Siapa biasa pergi spa, tahulah air apa yang mereka bagi. Dalam pada menunggu giliran untuk sesi urutan sempat jugalah aku melilau keadaan sekeliling. Besar dan nyaman sahaja persekitarannya lagi best ada alunan muzik yang menenangkan.
Sebenarnya banyak sahaja pakej urutan yang korang boleh cuba dekat sini. Sini aku kongsikan pakej yang terdapat dekat spa ini. Haritu, pakej yang aku ambil adalah Organic Signature Indulge Back, Shoulder dan Head Massage Therapy with Acupressure & Herbal Compress selama 75minit. Memang berbaloi pakejnya. Harga pun bagi aku berpatutan.
Inilah minyak yang digunakan untuk urutan badan. Boleh pilih which one yang korang nak try.
Banyak tempat untuk korang boleh lending dekat sini. Lagi mahal pakej, lagi selesa tempat korang menginap.
Inilah aktiviti pertama aku buat di sini, iaitu treament cucian kaki. Perghh, dah macam orang ada-ada pula hulur kaki orang datang cuci siap berus lagi. Memang lega dan segar rasanya. Nak tengok video boleh tengok dekat instagram aku nanti.
Inilah tempat urutan bahagian perempuan. Besar, nyaman, tenang sahaja rasanya. Semua pekerja di sini adalah orang Thailand. Urutan Thailand memang tidak asing lagilah, memandangkan kehebatan seni urutan mereka memang power.
Sepanjang proses pengurutan di sini aku rasa amat selesa dan tenang sekali. Hilang segala stress yang ada sekaligus setiap urutan dari kak Hong memang best sangat-sangat. Rasa fresh gila bila dah selesai urutan badan dan kepala. Di sini, bukan sahaja kaum wanita sahaja boleh kunjungi, kaum lelaki juga boleh. Jangan risau buat kaum wanita kerana korang akan ditempatkan di bilik yang berasingan. Privacy gitu!
Pantang jumpa cermin, asal sikit nak bergambar sekarang. Ini bilik persalinan/ toilet. Memang selesa ya ampun.Besar pun besar, nak berzumba pun boleh rasanya. hahaha..
Inilah pekerja Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanic Klang yang layan aku dengan baik sekali dekat sini. Rasa nak datang lagi bila nak dekat raya nanti. Bagi mereka yang tercari-cari spa yang menawarkan pakej urutan badan di sekitar Klang, aku syorkan korang datang ke mari iaitu Eco Wellness Sanctuary. Bukan sahaja pakej berbaloi-baloi, layanan juga bagus dari pekerja Eco Wellness Sanctuary sendiri.
Untuk membuat tempahan atau ingin ketahui makluman lanjut boleh layari;
ECO WELLNESS SANCTUARY
Rate: 5/5
Alamat: No. 8, Jalan Jasmin 8/KS6, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor
Website:https://www.ecowellness.me/
Waktu operasi: 11.00am sehingga 11.00pm
Thanks you for reading!
Ini kalau masuk, rasa tak mau keluar dah. :D
ReplyDeleteTeringin juga nak pergi ke spa dan berurut. I'll consider this place in case I want to go to a spa in the future :)
ReplyDeleteDah lama tak pamper diri ni, lepas baca post ni rasa nak pegi esok hehe :D
ReplyDeleteLenne Zulkiflly Blog
bestnya, bila urut badan akan jadi segar.
ReplyDeleteCool you write, the information is very good and interesting, I'll give you a link to my site. viaggi del benessere
ReplyDelete