Keterujaan Terserlah Bila Mana Buat Pertama Kali Dalam Sejarah Pergi Mengundi - Azwar Syuhada

Friday, 11 May 2018

Keterujaan Terserlah Bila Mana Buat Pertama Kali Dalam Sejarah Pergi Mengundi

Salam to all readers,


Diam tak diam umurku dah mencecah 24 tahun. Ini bermakna aku layak untuk mengundi. Tahun lepas dah siap-siap mendaftar sebagai pengundi di pejabat pos. Tahun ini merasa sendiri pergi mengundi. Excited habis!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, dimana setiap kali nak pilihan raya pasti kemeriahan setiap kawasan dibanjiri dengan pelbagai bendera, tapi tahun ini dia punya semangat lain macam. Bila aku balik kampung sahaja, pesta bendera, banner, kain rentang menghiasi setiap jalan. Memang meriahlah kali ini ibarat nak balik beraya. Hari Selesa sebelum hari mengundi office tempat aku kerja bagi perlepasan balik awal. Aku ingat office aku je, rupa-rupanya semua office dapat balik awal.

Malam tu pula, sempat lagi aku sekeluarga pergi ke Jusco makan-makan celebrate harijadi mak. Sepanjang jalan tak boleh nak cakaplah, penuh warna warni bendera setiap parti berkibar megah. Dalam perjalanan pulang kami sempat berselisih dengan penyokong pakatan harapan berarak menuju ke Klang. Riuh betul dengan lagu mengundi yang dipasang dengan pembesar suara. Bila sampai pekan Telok Panglima Garang penyokong barisan pula sedang bersiap sedia untuk berarak. Adik dengan mak akulah paling excited sekali setiap tunggu tepi jalan.

Kesungguhan orang-orang kampung memang tak dapat disangkalkan lagi, anak muda tak kurang hebatnya. Kadang-kadang mereka sanggup bersengkang mata demi negara. Sebenarnya, setiap parti yang bertanding mempunyai matlamat yang sama iaitu nak yang terbaik untuk negara. Tak perlulah bertikam lidah sesama sendiri, mengata orang sebagai macai, padahal orang yang kita bertekak itu golongan kita sendiri. Bak kata orang, kerana mulut badan binasa. 

Dari jauh, terserlah kemeriahan mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang dengan kibaran bendera-bendera setiap parti. Sekitar pukul 9 pagi, aku, mak, dan mak itam aku dah bersiap sedia nak pergi mengundi cuma menunggu orang datang ambil sahaja. Kami bertiga mengundi di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang. Bila dah sampai di pekarangan sekolah baru datang aura semangat nak mengundi. Aku dalam saluran 5, mak aku saluran 3 sementara mak itam aku saluran 4.

Ingat tak ramai orang lagilah waktu itu, sekali masuk orang dah beratur panjang. Orang-orang tua yang berkerusi roda diutamakan terlebih dahulu. Nasib baik kawasan aku tiada berlaku pergaduhan. Aman dan tenteram sahaja.

Sekitar pukul 2.30 petang aku dah bersiap-siap nak balik KL, disebabkan HR aku kata siapa yang mengundi sekitar lembah Klang kena kerja Khamis tu awalnya. Sambil menunggu keputsan PRU14 sempatlah kemas apa yang patut dalam rumah. Sekitar pukul 6.00 petang sempat jugalah pekena ayam penyet dekat KL Sentral dengan housemate aku. Tup-tup, sekitar pukul 8.00 malam aku dapat tahu Barisan Kuala Langat kalah dan banyak memihak pada pakatan harapan.



 Aku tak menunggu sepenuh keputusan pru14 malam tu. Pada keesokkan harinya barulah aku tahu barisan kalah teruk. Banyak menteri yang tumbang. Apa-apa pun yang penting Tun Mahathir kembali memerintah semula. Semoga Tun dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik supaya beliau dapat membetulkan keadaan negara kita Malaysia.

Kekalahan barisan nasional kali ini mungkin ada hikmahnya. Mungkin kekalahan kita dapat membetulkan kepincangan yang berlaku samada kita sedar ataupun tidak. Aku aku, sedari aku kecil sehingga ke harini Barisan Nasional terutama UMNO banyak membantu kehidupan kita semua. Barisan Nasional tak salah tapi disebabkan pemimpin tak disenangi oleh rakyat maka rakyat terpaksa menjatuhkan. Bak kata pepatah melayu kerana nila setitik habis rosak susu sebelangga.
Kita bagi peluang pada orang lain untuk mengubah corak Malaysia ke arah lebih baik. Jaga mulut jaga hati. Apa-apa pun tahniah sekali lagi kepada Tun Dr. Mahathir kerana dipilih menjadi Perdana Menteri ke-7 semalam. Selamat kembali bertugas! 

Kredit: Denaihati Network

Thanks you for reading!

#PRU14 #MalaysiaMengundi

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!