Siapa sini suka makan nasi lemak? Kalau nak tahu, nasi lemak merupakan salah satu makanan favourite aku. Asal balik rumah je, pasti aku suruh mak aku buatkan nasi lemak. Biasanya hidangan nasi lemak selalu dijamah pada waktu pagi sahaja, tapi zaman sekarang dah berubah tak kira pagi, tengahari mahupun malam orang still menjamah nasi lemak. Hebat kan, penangan nasi lemak di negara kita?
Biasanya, nasi lemak yang kita selalu makan hanya berlaukkan telor, sambal, timun, ikan bilis dan juga kacang tanah kan? Kali ini, wujud pula satu variasi baru di mana nasi lemaknya dihidangkan bersama makanan laut yang enak lagi segar.
Aku pun pertama kali merasa nasi lemak yang dihidangkan bersama makanan laut. Bagi yang belum pernah merasai nasi lemak beserta makanan laut, apa kata korang cuba Nasi Lemak Cajun yang boleh di dapati di Just Seafood, Sunway Giza. Sebelum ini, ada je Just Seafood menawarkan Nasi Lemak Cajun ini tapi amatlah terhad. Atas permintaan ramai, Just Seafood keluarkan kembali hidangan Nasi Lemak Cajun ini.
Jangan lepaskan peluang rasai Nasi Lemak Cajun, Just Seafood!
Harga Nasi Lemak Cajun di Just Seafood, Sunway Giza Mall
Tawaran harga Nasi Lemak Cajun di Just Seafood;
- RM119 (2 Pax)
- RM219 (4 Pax)
- RM429 (8 Pax)
Macam-macam korang boleh makan dekat sini kerana setiap hidangan Nasi Lemak Cajun ini disertakan dengan pelbagai jenis makanan laut seperti kepah, ketam besar, kerang, udang spesis baya lengan, sotong dan juga kupang. Turut disertakan sekali nasi lemak dengan ikan bilis, kacang, kentang dan juga lobak. Sedap wei!!
Malah, korang juga berpeluang untuk Add-On menu;
- Petai: RM8
- Broccoli: RM10
- Sotong Kembang: RM10 (150g)
- Siput Sedut: RM10 (300g)
- Kerang: RM10 (300g)
Memang padu Nasi Lemak Cajun di Just Seafood ini, sekali suap pasti nak lagi. Andai kata nak repeat nasi sepingan lagi pun boleh, panggil sahaja staff Just Seafood. Kalau tak reti kopek ketam? Jangan risaulah, panggil sahaja mana-mana staff Just Seafood, nanti mereka akan bantu anda pecahkan kulit ketam yang korang teringin nak makan. Kalau patahkan guna gigi, potensi nak rongak pula tinggi. Jadi, buatlah pilihan yang bijak.
Nasi Lemak Udang Karang/ Udang Galah
Kalau rasa nak tukar selera, boleh juga cuba CHEEZY nasi lemak udang karang atau udang galah ini.
Hidangannya pun dah nampak menyelerakan, masuk mulut apatah lagi kan?
Kalau nak rasai keenakan nasi lemak udang karang atau udang galah ini bolehlah kunjungi Just Seafood, Sunway Giza Mall. Untuk pengetahuan korang semua, hidangan nasi lemak udang karang atau udang galah ini hanya available pada pukul 12.00 tengahari hingga 5.00 petang setiap hari.
Muka bahagia aku bila dapat makan. Tambah-tambah aku memang kaki makan makanan laut.
Kalau korang nak tahu, makanan laut yang dihidangkan di sini terdapat dalam pelbagai variasi perisa. Dalam banyak-banyak variasi aku paling suka Golden Salted Egg Sauce Seafood. Keenakan telur masin leleh, memang padu bila dijamah dengan nasi lemak.
Bukan itu sahaja, korang juga boleh turut rasai menu terbaru mereka iaitu Creamy Durian Sauce Seafood. Menu terbaru makanan laut bersama sos terbaru berperisa durian yang boleh didapati hanya di Just Seafood bermula 15 April 2018.
Siapa yang kaki makan durian, bolehlah rasai menu terbaru Just Seafood ini!
Datang sini, jangan lupa rasai keenakan ais krim kelapa. Rasa serat kelapa campur pula dengan keranggupan biskut. Memang sedaplah rasanya!
Kalau korang nak tahu, restoran Just Seafood ini sudah mula beroperasi sejak tahun 2014 lagi dan ia dimiliki oleh Mr. Terence Ham. Aku first time berkunjung ke mari rasa nak datang lagi. Mana tidaknya, satu-satu restoran yang menawarkan hidangan nasi lemak berkonsepkan "Shell-Out".
Usah was-was sekiranya ingin makan di sini, kerana ia dijamin "HALAL" dan untuk pengetahuan korang juga rata-rata pelanggan mereka terdiri daripada kaum melayu. Harus diragui lagikah?
Andai kata korang teringin nak rasai keenakan Nasi Lemak Cajun, Just Seafood bersama keluarga, sahabat handai mahupun rakan sekerja bolehlah datang ke;
Just Seafood
Alamat: A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya, Malaysia.
Waktu Operasi : 12pm- 10.30pm (Isnin – Ahad)
No. Tel : 012-2290855 (Tempahan)
Facebook: Just Seafood
Instagram: Just Seafood
Thank you for reading!
We're a group of volunteers and opening a new scheme in our community.
ReplyDeleteYour web site provided us with valuable information to work
on. You have performed a formidable task and our entire community will probably be thankful to you.