Buat pertama kalinya dalam sejarah aku pergi trip bersama geng UniKL. Biasanya, kalau jenjalan jauh baik luar mahupun di luar kota biasanya aku keluar bersama keluarga sahaja. Kali ini, nak juga merasa keluar bersama member pula. Mak aku punya risau, setiap minit mahupun saat dia nak call tanya aku dekat mana.
Nak dijadikan cerita trip nak ke Pulau Pangkor ini memang dah dirancang awal lagi, konon nak pergi before masing-masing jalani latihan industri kononnya, masa tu pula kiteorang tengah sibuk packing barang ada yang nak balik negeri masing-masing, aku pula sibuk pindah rumah, duit pula tak cukup. So kiteorang plan la pergi lepas masing-masing tamat latihan industri. Alhamdulillah, apa yang dirancang menadi kenyataan, 22/1/2018 kami bertolak ke Pulau Pangkor, 3 orang bergerak dari KL manakala 2 orang bertolak dari Penang & Kedah berjumpa dekat jeti. Aku la orang paling excited sekali, mana taknya inilah kali pertama aku naik bas dari TBS, 2 tingkat pula tu. Sungguhpun perjalanan nak ke Amanjaya tu hanya memakan masa 2 jam lebih sahaja.
Dulu ada la juga bercita-cita nak belajar jejauh dekat negeri Kedah ke Perak ke, nak merasa suasana balik kampung kononnya. Alih-alih dapat belajar dekat KL naiklah bas dengan LRT sahaja. Bila aku nak balik kampung mesti kena perli punya, mana taknya rumah aku kira sepelaung jauhnya. hehehe..
See! Betapa excitednya nak naik bas sampaikan tiket bas pun nak snap gambar masuk blog. Yang gerak dari KL hanya 3 orang, aku, Dibah dan juga Aishah. Dua orang ini memang dah biasa naik bas dari TBS, aku pula first time nak naik, memang terujalah. Memandangkan kita pergi hari weekdays, memang sesak jugalah nak merempuh orang dalam LRT, tambah-tambah waktu tu orang bersesak nak pergi office. Orang kerja kita pergi melencong. Oops melancong! Gerak dari Bangsar nak ke TBS sekitar pukul 8.20 macam tu, nak kejar bas pukul 9 konon-kononnya, sampai TBS dah terlepas bas jam 9.00. Terpaksalah ambil pukul 10.00 pagi punya. Dalam padanak menunggu bas, kami lepak di KFC memandangkan masing-masing perut kosong lagi. Tak sampai 20 minit kami bergegas dapatkan bas. Serius besar weii TBS ini, kalau suruh aku sorang-sorang ke sana buat pertama kali boleh meraung gamaknya. Sekarang dah tahu, takdelah susah mana pun.
Aku memang spesis tak boleh bawa barang sikit-sikit, baik bercuti panjang mahupun cuti dalam jangka pendek. Semua benda aku rasa penting dan nak dipakai. Aku siap kena perli dengar member-member aku katanya, aku dah dapat job dekat Pulau Pangkor, packing macam taknak balik dah. Mak aku memang faham benor perangai aku, kalau boleh nak bawa satu almari, apakan daya beg baju yang ada sangat limited. Aku pun tak faham, macam mana member-member aku mampu packing barang hanya dalam beg sekolah je. Sikit gila barang, cukup ke barang keperluannya. hehehe,, Aku selagi beg tu tak berat dipikul, memang aku sumbat segala tok nenek yang aku nak bawa. Kawan aku cukup marah gaklah, memberatkan bahu je katanya.
Dijangka orang KL la yang akan sampai dulu di jeti, memandangkan kami gerak pukul 10.00 pagi. Dijangka dalam pukul 1 dah sampailah. Alih-alih orang dari Penang dan Kedah juga yang tiba dulu di jeti. Ini gara-gara abang bas bawa dalam suasana romatik, slow nak mampus. Pening kepala aku duduk dalam bas lama-lama. Tapi puas jugalah buat tahi mata, aku kalau masuk apa-apa kenderaan memang pejamkan mata memandangkan aku cepat pening kepala.
Sampai-sampai di jeti, kami semua berkumpul, ada aku, Dibah, Aishah, Kyla, Kak Nina dan juga Dhia. Dah jumpa, kami terus bergegas beli tiket ferry, nak kejar ferry yang akan bergerak pukul 4.00 petang macam tu kalau tak silap aku. Seronok juga bercuti time weekdays ini, sebab tak ramai orang bolehlah melihat keindahan alam dengan sepuas-puasnya. Perjalanan ke Pulau Pangkor menaiki ferry memakan masa dalam sejam jugalah. Siapa yang mabuk laut, bolehlah makan ubat siap-siap. Alhamdulillah kami berenam tiada alah itu semua.
Muka excited dapat pergi Pulau Pangkor. Dari kiri, Kyla, aku, Kak Nina dan Aishah. Kyla orang Perak, Kak Nina orang Kedah manakala Aishah orang Penang. Aku pula off courselah orang Selangor. Kyla yang duduk Perak pun tak pernah jejak Pulau Pangkor inikan aku pula orang Selangor.
Inilah sudut pemandangan nak ke Pulau Pangkor. Cantik air lautnya warna hijau jernih! Nasib baiklah cuaca waktu ini tak berapa panas tak juga berapa nak redup, sedang-sedang sahaja.
Welcome to Pulau Pangkor guys!! Sampai dah kita, untuk pengetahuan semua kami merancang ke sini hanya nak tengok pemandangan, bekalan makanan memang dah siap bawa dari rumah. Singgah kedai makan order makanan goreng semata-mata. Memang budget habislah percutian kami ini. Sampai-sampai sahaja, kami terus dapatkan orang menyewakan rumah. Yang mengatur semua benda alah ini semua off courselah Dibah. Aku tak reti handle ini semua, yang aku tahu aku sampai di Pulau Pangkor. Kira murah jugalah pakej yang Dibah cari ini, sewa homestay, sekali aktiviti snorkeling, pusing Pulau Pangkor, sewa motor 3 biji, menginap 3 hari 2 malam, total RM510 sahaja. Satu kepala RM85. Murah tak agak-agak?
Kami tiba di Pulau Pangkor kira-kira dalam pukul 5.00 petang macam tu, agak lambat jugalah tiba dekat sini. Nasib baik tiba di Pulau Pangkor, abang-abang tu dah tunggu dengan 3 biji motor untuk kiteorang. Kami pun berangkatlah ke rumah sewa dengan mengikuti motor abang Pulau Pangkor. Jauh jugalah tempat penginapan kiteorang iaitu di Telok Dalam. Nasib baiklah ada member sudi membonceng aku, kalau aku bawa memang tak bergeraklah motor tu.
Sampai-sampai sahaja di rumah sewa, letak beg kami terus pusing-pusing di keliling Pulau Pangkor menaiki motor. Memang syok wei, berangin sahaja, sambil menikmati pemandangan pantai dan dikelilingi pokok-pokok menghijau. Cukup sempurna keindahan Allah, dan kawasan ini juga masih belum tercemar lagi. Kalau diikutkan hari pertama ini memang takde aktiviti pun, buat aktiviti sendiri. Malam pergi makan dekat area situ juga, balik terus lepak tengok television.Hari kedua baru ada aktiviti.
Ini Dhia, orang Penang. Hobi dia kaki selfie, selagi gambar tak cantik memang kau kena bersabar tangkap gambar dengan dia. hahaha...Kali ini selfie takyah lama, dia dah pakai Iphone sekarang, cantik kualiti gambarnya.
p/s: Entry part 1 ini aku just nak kongsikan kegembiraan aku menaiki bas dari TBS dan jenjalan dengan member. Part 2 nanti aku kongsikan aktiviti kiteorang disana. Cukuplah setakat ini. Stay tuned!
Thanks you for reading!

cepat sambung part 2
ReplyDeletehohoho
awww seronoknyaaaa cecuti travel ke pulau pangkor. zati asal je orang perak, tak pernah p sana lagi... huhu
ReplyDeletegagah gila memikul beg macam tuu oii...hbs segala benda nak angkut! hahaha...akk tak pernah sampai pulau lagi...rasanya tahun 2018 ni nak teroka Malaysia la
ReplyDeleteBesaw nye beg dia.. x sabar nk baca part 2 pulak
ReplyDeletesib baik ada yg nk uruskan pasal pakej tu..murah tu 3hari 2mlm RM85..boleh share x..mcm mana nk booking pakej tu
ReplyDelete