Beauty Review: Safi Rania Gold BEETOX TECHNOLOGY - Azwar Syuhada

Sunday, 26 November 2017

Beauty Review: Safi Rania Gold BEETOX TECHNOLOGY

Salam to all readers,

Seperti biasa, aku sekali lagi berpeluang untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran Safi Rania. Pada pandangan aku, produk kali ini lebih sesuai bagi golongan wanita yang berumur 30-an dan ke atas. Terutama bagi mereka yang kerap berada di luar dan sering terdedah pada cahaya matahari. Orang kata makin meningkat umur kita, makin terserlah kecantikan seseorang tu, nak lagi cantik kalau pakai produk jenama Safi Rania Gold BEEFOX TECHNOLOGY. 

Belum pakai lagi aku dah suka, sebab dia didatangkan dengan kotak emas sebatu dah menarik perhatian. Bila buka pula lagilah bersinar-sinar melihat packaging setiap barangan yang ada dalam kotak emas ini. Cantik kalau dijadikan hadiah atau barangan hantaran.

google
Inilah produk keluaran terbaru Safi Rania Gold BEEFOX TECHNOLOGY, rangkaian antipenuaan yang diperbaharui dengan formulasi TEKNOLOGI BEETOX dan BIO NANO GOLD 24K, agar anda boleh tampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja.
Mengambil insprirasi daripada gabungan teknologi dan keajaibab alam semulajadi, teknologi Beetox dicipta dengan gabungan kandungan bisa lebah, madu, jeli diraja, propolis untuk menguatkan struktur dalaman klit untuk menghalang penuaan.

Inilah rangkaian produk Safi Rania Gold BEETOX TECHNOLOGY terbaru.

google
 Pembersih Wajah Royal Jelly

Formulasi micro foam dan agen antioksiden membersih secara mendalam. Mak akulah orang paling gembira bila dapat stok terbaru dari Safi Rania Gold. Memandangkan dia salah seorang Safi Rania Gold Lover dan kulit mak aku memang sesuai pakai jenama ini. Bila cuci, muka jadi segar dan lembut je lepas cuci.

google
 Esen Emas Keremajaan bersalut Honey

Nak cantik kenalah rajin kan? Fungsi esen emas keremajaan bersalut honey ini pula adalah untuk mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hydurania Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya.

Eliksir Keremajaan- Beetox & Propolis

 Diperkaya dengan BEETOX, Nano Gold 24K & Vitamin C bagi meningkatkan keanjalan 3x, merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan.

Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR

Mampu melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVS & InfraRed (IR). Benda ini penting, kena pakai hari-hari, kalau tak kulit muka kita kusam. Tak biasa kena biasakan memakainya. Kebanyakan krim yang terdapat dipasaran, lepas setengah jam kita pakai menyebabkan kulit kita berkilat, kadang kala berminyak. Tapi dengan memakai krim pelembab Safi Rania Gold menyebabkan kulit muka kita sentiasa lembab dan tidak berminyak, yang bestnya haruman krim ini rasa smooth sangat.

Teknologi BEETOX berfungsi seperti suntikan yang mendorong sel kulit memilih muda agar kulit kekal anjal dan tegang secara semulajadi. Diperkaya dengan Propolis + Bee Venom dan Nano Gold sebagai agen antipenuaan dan antibintik hitam.


Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.

3 comments:

  1. i love your watermark hehe

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. jenis yang rania gold ni memang nampak eksklusif sangat ^^

    ReplyDelete
  3. Menarik...kak PC pun antara pengguna produk Safi...alhamdulillah serasi dengan kulit muka...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!