Biasanya Korang Letak Pakaian Terpakai dekat mana ya? - Azwar Syuhada

Friday, 15 September 2017

Biasanya Korang Letak Pakaian Terpakai dekat mana ya?

Salam to all readers,

Dah masuk pertengahan bulan September, barulah ada masa sikit nak update blog. Lately, memang sibuk sikit dengan final exam lagi, serabut cari tempat intern dan dalam pada masa yang sama serabut mencari rumah sewa/ bilik untuk disewa. Barang-barang aku takdelah banyak mana pun dekat rumah sewa sekarang ini, memandangkan aku dah suruh abang aku datang ambil hampir separuh. Sebelum-sebelum ini, dah banyak juga aku angkut naik bas. Takkanlah baldi, bantal, toto semua nak angkut naik bas pula kan? Serupa bangla mari pula.

Syukur alhamdulillah, tempat praktikal dah dapat, rumah sewa pun dah selamat dijumpai. Aku pindah barang naik grab sahaja dari rumah sewa lama. Taklah jauh manapun, sekitar bandaraya Kuala Lumpur lagi. Lepas pindah barang, aku terus balik kampung yang sekangkang kera ini. Tak lain dan tak bukan balik Kuala Langat je pun.

Balik-balik, terus mandi segarkan badan, dan terus terbongkang. Balik kampung pun serabut lagi hakikatnya, bila barang-barang yang aku bawa balik haritu tak berkemas lagi terutama pakaian-pakaian akulah. Aku pakaian memang banyak, yang aku balas hari-hari hanya beberapa helai je.



Kalau nak tahu, rata-rata pakaian dalam almari aku adalah pemberian dari akak saudara, dan juga makcik aku, asal cantik je aku ambil, tak kisahlah pakaian tu size kecik sekalipun. Kononnya, 4 tahun akan datang size pinggang aku dari L boleh bertukar size S bolehlah sarung pakaian tu. Hakikatnya, itu semuanya angan-angan belaka.

La ini almari baju aku dah muntah dengan lambakan pakaian yang tak tahulah datang dari mana. Mak aku kata, bagikan jerlah orang yang mana kau taknak lagi tu, daripada kau perap dalam almari. Aku pula jenis sayang nak bagi orang benda yang aku berkenan walaupun aku tak boleh pakai. Tamaklah katakan! Mak aku kata, bagikan sahaja orang, 10 benda kau bagi, akan datang 15 datang balik tanpa kita sedar. 

Biasanya, aku bagi pada jiran sebelah rumah mana-mana pakaian yang aku rasa taknak pakai. Memandangkan mereka sudah berpindah, tak dapatlah nak memberi lagi pada dia. Kata nenek aku, kalau nak bagi barang pada orang, bagilah benda yang elok. Janganlah bagi taraf tong sampah pula pada orang. Bagi orang yang menerima barang ini, seperti pakaian, makanan atau apa sahajalah janganlah pula ditunjukkan sangat yang kita tak suka. Misal kata, ada orang bagi kita baju pakaian dan kita pula tak suka akan pakaian tersebut. Janganlah pula dibuatkan kain buruk, manalah tahu masa korang duk lap-lap tu, tuan yang bagi baju ini pula ternampak. Apa pula perasaan yang dirasakan bila korang buat sebegitu rupa? Mungkin akan datang, jangan harap aku nak bagi lagi. kahkahkah...

Banyak-banyak pakaian, uniform pengawas perpustakaan zaman sekolah kebangsaan jugalah aku sayang nak buang. Sampai la ini aku simpan, aku nak tunjuk dekat cucu aku nanti!

Tapi syukur juga, bila sekarang ini ada tempat charity pakaian dekat SEGI area rumah aku ini. Area KL pun banyak juga, salah satunya dekat sekolah kebangsaan Jalan Raja Muda Abdul Aziz tepi bus stop. Selain pakaian, boleh juga letak kasut, atau apa sahaja yang korang rasa perlu diberi bagi meringankan beban orang yang lebih susah dari kita. Harini kita tolong orang, esok lusa Insyallah ramai yang menghulurkan tangan membantu kita. 

Yehaa!! Sekarang almari aku dah clear, bukan setakat pakaian tudung pun aku nak sedekahkan. Hopefully orang yang menerimanya dapat melawa macam aku. Lawa ke?

Thank you for reading!

10 comments:

  1. Azwar gak keseorangan. Barang kita mmg sayang sikit nak bunag/bg orang hehe. Tp hritu since ada kawasan dkt rumah banjir and dorang perlukan baju, so dgn rela hati bg jugak la baju2 yg mmfpg dah tak oakai tpi still elok

    ReplyDelete
  2. Bagi kak PC setiap baju yang kita ada tu,,ada sentimental value..tu yang walau nak sarung lengan pun tak muat tetap la nak lipat...simpan macam esok nak pakai gayanya...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. Saya hantar dekat H&M. Satu bag kite bagi, dia bagi kite voucher 15% off untuk 1 item

    ReplyDelete
  4. mcm rin slalu jual pakaian tpakai dkat pasar :)

    ReplyDelete
  5. Kalau baju tu elok lagi boleh hantar kat rumah pengasih warga prihatin

    diorang takkan buang baju lama ni

    pakai sampai rosak

    ReplyDelete
  6. hari tu ada lebih 20 helai tudung tak pakai..tapi semuanya masih lawa dan ada yang baru.. masa tu just bagi kat kak ipar suruh bagi kat kawan2 office dia..

    ReplyDelete
  7. ada gak tudung waktu zaman kerja dulu2 masih elok lagi duk tinggal di kelantan...

    ReplyDelete
  8. bukadang beli then tak pakai2.. haha
    bila nak raya selalu asingkan baju baru yg tak pakai untuk bagi org..
    bila tgk almari berkurang so buat lagi aktiviti membeli dan benda tu rotate jelah... muahaha

    ReplyDelete
  9. oh, pengawas perpustakaan dia ek...

    ReplyDelete
  10. saya mencari baju2 terpakai yang masih elok dan boleh di pakai, saya di klang selangor dan wasap saya 0192981549 jika ada yang nak menderma

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!