Wanita memang cukup sinonim dengan bau wangian yang mempersonakan. Ada ke yang dekat sini suka menghidu bau busuk? hahaha.. Orang kentut pun kita dah tutup hidung kalau boleh. Kalau korang nak tahu, ada kajian mengatakan wanita yang suka memakai haruman dilihat lebih nampak sensual dan menarik. Aku ini pula suka juga bau wangi-wangi ini, tapi tak boleh juga bau wangian yang terlampau wangi. Boleh sakit kepala dibuatnya.
Wangian yang kita pakai dekat badan ini ibarat macam makanan jugalah. Seperti kek, kalau kita bakar kek, selang beberapa minit kita bakar, dah boleh dapat hidu aroma kek itu. Wangian pula kita sembur, tempek dekat tapak tangan dah boleh hidu wangian yang mempersonakan.
Sebut pasal wangi-wangi ini, aku nak perkenalkan produk keluaran terbaru Enchanteur! Enchanteur yang cukup popular dengan tagline "serlahkan aroma keanggunan mempesona". Produk Enchanteur ini kira salah satu produk favourite aku dari shower, sapu ketiak, losyen, dan juga perfume. Semua produk keluaran Enchanteur memang best bau dia, belum pernah mengecewakan lagi!
ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood.Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.
Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.
ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.
ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
mesti wangi kan
ReplyDeletemesti wangi gila bau dia..nk cari!
ReplyDeleteSuka bau dia... dulu ada awek orang lain pakai bedak ini.. wangi hahahah
ReplyDeletebig fan dari dulu sampai sekarang. still pakai lotion pink tu. memang wajib la kiranya
ReplyDeleteteringin nak try bau ni pulak
Assalamualaikum Wrmbth
ReplyDelete.
Salam pagi isnin yang produktif :) Apa khabar sis azwar
Wangian enchanteur ni memang dah lama
Dari dulu iklan konsisten di tv
Sebelum keluar jenama minyak wangi tempatan
Bau dia pun sedap
complete set....
ReplyDeletemesti wangi ni, bestnya :) Hana suka wangiang floral and fruity camtu, yg penting bau tak kuat sangat
ReplyDeleteDah lama x guna produk Enchanteur...curious nak try Stunning sbb akak suka haruman Turkish Rose.
ReplyDeleteNina pun suka Enchanteur Stunning ni... Wangian mewah! Botol nya pun cantik
ReplyDeleteKalau dah enchanter confirm wangi kan
ReplyDeleteramai review kata best dan wangi. best kalau dpt pakai
ReplyDelete