Orang tua-tua pernah berpesan kalau suka jangan terlalu gembira, karang menangis! Begitulah nasib aku, dimana dalam keterujaan menunggu parcel dari korea, bila sampai dekat tangan rasa nak menangis bila tak dapat kotak limited edition ramadhan box. Punya gigih aku shopping walaupun tengah pulun nak exam waktu tu, alih-alih kesemua barangan yang dipurchase dapat dalam wrapped bubble paper je. Huarghhh!! Haru rasanya.
Jealous jugalah pada orang-orang yang bertuah dapat limited edition ramadhan box Althea. Tapi tak mengapalah, bukan rezeki aku nak dapatkan. Yang penting barangan dalam parcel tersebut cukup. Jujurlah aku cakap, aku memang tak pernah bermakeup, baru tahun inilah aku berjinak-jinak bermakeup + bergincu, tu pun aku tadah muka pada kawan aku. Kalau pakai sendiri karang, tak memasal sepesen badut.
Anyway, barangan yang aku beli dekat Althea adalah basic yang nak kena pakai hari-hari. Sungguh aku tak pernah pakai sunblock mahupun moisturizing. Lepas makcik aku cakap, sunblock kena pakai hari-hari sungguhpun muka kita problem or berjerawat tau! Sebab kita selalu keluar dan sering juga terdedah pada cahaya matahari. Nak taknak kena pakai, tengah muda inilah kena jaga nanti dah tua lagi payah nak dirawat.
1. Etude House [Sunny Side Up] Sunprise Leports Waterproof SPF50+ PA+++
2. Etude House Correct & Care CC Cream
3. Mineral Cover Fit Concealer [color 02. Natural Beige]
4. Macaron Cream Filling Cheek
Kalau beri makeup ataupun skincare aku selalu rujuk housemate aku. Dia punya skin cantik bakk hang. Jealous okay, dan dia juga ada berbundle-bundle koleksi skincare, makeup keluaran korea! Etude House [Sunny Side Up] Sunprise Leports Waterproof SPF50+ PA+++ ini pun dia yang syorkan aku pakai. Sebab semua keluaran Etude House boleh tahan bagusnya. Lepas cuci muka bersih-bersih, apply toner, then sapu moisturizer, baru apply sunblock ini. Sunblock ada banyak jenis. Yang aku beli ini jenis cecair, pakai sikit sahaja dah menyerap keseluruh muka. Rasa glowing pula lepas pakai. Kalau nak pakai sunblock etude house ini, dinasihatkan shake terlebih dahulu baru apply dekat muka. Harga asal RM64.00, sekarang tengah ada sales sebanyak 26%. Boleh dapatkan dengan harga serendah RM47.00 sahaja.
Etude House Correct & Care CC Cream
Selain sunblock, aku beli Etude House Correct & Care CC Cream juga. Nasib baik parcel ini sampai sehari sebelum nak raya. Dapatlah pakai. Lepas apply sunblock dekat muka, baru boleh pakai CC cream. Aku lebih suka CC cream berbanding BB cream. CC cream dalam pada nak bagi kulit nampak smooth dia sedikit sebanyak mampu merawat kulit sekali.
Althea Says: Whoa, 8-in-1? Talk about a CC cream that's hard to beat! Etude House's Correct & Care CC Cream hydrates, brightens, evens out, smoothens, prevents aging, relieves skin stress, protects from the sun and creates a lumimous canvas for a flawless complexion (wow, that's a mouthful). This works great under foundations as a primer or worn on its own for natural coverage. Take your pick between Silky for a fresh, satin finish or Glow for lovely, dewy skin.
Alhamdulillah, sepanjang aku pakai takde pula kulit aku rasa panas atau menggelupas. Rasa lembut je lepas apply. Dah pakai cc cream baru boleh apply compact powder. Ini jerlah skincare yang aku pakai hari-hari. Etude House Correct & Care CC Cream ini ada 2 jenis tau, #1 Silky dan satu lagi #2 Glow. Aku guna #1 Sliky, texture dia pekat dan bila pakai nampak natural je. Nak nampak lagi cun, after pakai cc cream ratakan dengan compact powder. Aku pakai loose face powder body shop memandangkan compact powder mahupun bb cushion sekalipun memang tak sesuai pakai.
Mineral Cover Fit Concealer [color 02. Natural Beige]
Bila dah apply cc cream dan loose face powder sekalipun, lingkaran gelap bawah mata masih nampak juga kan? Kadang-kadang bekas jerawat yang tinggalkan bekas hitam pun jelas kelihatan. So haruslah ada concealer. Aku baru pakai sekali, tak berapa berkenan sangat texture dia pekat, kalau nak pakai sikit je. Disebabkan duta Innisfree ini boyfriends aku jadi aku belilah concealer keluarannya. Candangnya nak beli sunblock keluaran jenama Innisfree juga, alih-alih dah habis stok. Kalau beli dekat store Innisfree yang ada dekat Malaysia ini boleh tahan jugalah harganya. Better beli direct dekat Althea. Harganya hanya RM26.00 sahaja masa aku beli ini. Kalau nak tutup cela bolehlah apply ini before pakai loose face powder. Kalau nak tahu mineral cover fit concealer ini ada 3 jenis texture, 01 untuk putih melepak, 02 Natural Beige tak putih dan tak gelap, 03 untuk tampak lebih gelap. Aku pilih 02 sesuai dengan warna kulit aku. Tak berapa gelap dan tak berapa nak cerah. Harga pun affordable, jika nak dibandingkan dengan jenama lain.
Macaron Cream Filling Cheek
Tengok orang muka blushing tang pipi, kita pun nak juga. Macaron Cream Filling Cheek ini tengah sales dekat Althea.kr, harga asal RM54.00 ada discount 42% jadi boleh dapatkan harga serendah RM31.00 sahaja! Jimat sikit. Macaron Cream Filling Cheek ada 6 jenis colour, iaitu Cassic Berry, Cherry Blossom, Apricot Gem, Coral Choux, Rose Caramel dan satu lagi Apple Cinnamon. Semua warna cecantik, banyak-banyak warna aku pilih Rose Caramel, warna dia tidak terlalu cerah tak terlalu gelap. Warna soft, tak berkesempatan lagi memandangkan brush makeup takde. Tengah tunggu barang dari SG shop sampai baru boleh pakai. hehehe..
Sebenarnya, aku tak pandai nak review produk makeup memandangkan aku pun jarang guna. Aku share apa yang aku guna pakai sahaja. Sekarang baru berjinak-jinak nak pakai, masih bertatih belajar dekat youtube. Sekarang semua benda dihujung jarikan, nak dengan taknak sahaja. Kalau awak kulit sensitif macam saya janganlah berani-berani pakai local product, better terus tanya pakar dan guna barangan di farmasi. Okay? ;)
Kalau nak dapatkan barangan skincare dan makeup keluaran Korea boleh direct beli dekat https://my.althea.kr/ Dijamin selamat yang bestnya semua item tu direct dari Korea okay. Bukan ciplak punya. Yang bestnya bila shopping dekat Althea mesti dapat box yang cantik-cantik. Nasib aku je kali ini tak berapa nak luck. hahaha.. See you next entry!
Laa naper jadi gitu.. heran.. selalunya kalo limited box tu abis dia akan masuk dalam box pink.. cer tanya Tammy pasal kes azwar ni..
ReplyDeletemacaroon nampak macam real jer
ReplyDeleteharitu pun macam terfikir nak beli yg macaron tu. tapi dok fikir takut melekit tang pipi xD
ReplyDeletewahhh...dah nak jadi dewasa la macam ni...dah start dah nak mekap dah dia..hehehehe...honestly kak sally tak ok dengan Etude punya product..tak tau la kenapa kulit tak sesuai...tapi brg dia semua comel! LOL
ReplyDeletebestnyaaa dpt produk comel ni.. altheaaa!
ReplyDeleteBrg mekap kt Althea memang best..murah2
ReplyDeleteramai puji produk ini. mesti produk ni bagus.
ReplyDeleteDah lama tak shopping dekat Althea ni.
ReplyDeletebagus ke produk dia nih..
ReplyDeletefirst time dengar pasal Althea. Hana pun baru nak belajar mekap. Ini pun baru beli night cream, harap sesuai dengan kulit. Compact powder dah nak habis, rasa nak cuba yg FCC punya sebab senang tanggal dengan air aje. Malas nak guna make up remover
ReplyDeleteSyoknya ada barang make up macam-macam. Selamat ber make up :)
ReplyDeleteBestnya shopping skin care product. Kak ana selalu beli dekat Watson atau Guardian je. Tp bila tgk entri ni rasa nak cuba juga lah brg dr althea :)
ReplyDeleteAlahai comelnya macaroon tu. Mai tak pernah try cosmetic dari korea, takut tak sesuai dgn kulit meleis :P
ReplyDeleteLahai x dpt box ke.. x pe mungkin ada rezeki lain nanti tu.. janji brgnya cukup.. selamat bermake up azwar.. :)
ReplyDeleteAfter looking at a number of the articles on your blog, I honestly like your technique of writing a blog.
ReplyDeleteI saved as a favorite it to my bookmark webpage
list and will be checking back in the near future. Take a look at my website too and tell me how you feel.
Hi there, every time i used to check blog posts here in the early hours in the
ReplyDeletedaylight, as i like to learn more and more.