Jumaat baru ini, aku singgah ke Bank Rakyat, Setapak untuk pengambilan kad siswa. Expectation aku, tak ramai oranglah hari Jumaat. Alih-alih sampai sana dekat pukul 10.00. Dari jauh, perghh dah nampak budak-budak dah berkerumun beratur untuk pengambilan kad siswa. Penuh beb!
Aku pun muka confident je pergi, padahal email tak dapat lagi. Yang buat aku berani pergi sambil mengajak geng kepoci aku pergi adalah disebabkan status permohonan melalui website bank rakyat sendiri. Malam sebelum hari kejadian, sempat baca twitter yang mengeluarkan kenyataan, seandainya telah menerima ucapan TAHNIAH permohonan anda telah lulus, diminta untuk collect kad di cawangan sekian-sekian. Ada orang dapat dua-dua, semakan lulus, email pun dapat. Situasi aku pula, semakan lulus email pula tak terima sungguhpun dinyatakan email telah dihantar.
Untuk membuat semakan status permohonan kad debit pelajar KADS1M 2017 boleh layari https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
Semakan Status Permohonan KADS1M 2017 secara Online;
1. Boleh layari https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
2. Kemudian masuk no ic korang
3. KLIK pada perkataan "SEMAKAN"
Kami berempat, isi permohonan bantuan kad pelajar ini bersama-sama, kesudahannya seorang lagi masih menunggu jawapan memandangkan status permohonan dia masih dalam proses. Lama gila, dari bulan 2 sampai la ini tak selesai lagi. Simpati sangat pada mereka yang sampai dah nak habis belajar macam dekat luar negeri dia, especially Sabah & Sarawak, bila balik kampung halaman masing-masing baru terima permohonan telah diluluskan. Dah terpaksa beli tiket semata-mata untuk pengambilan kad debit pelajar KADS1M 2017.
Rasanya, pembahagian baucer buku seperti tahun-tahun sebelum ini lagi okay jika nak dibandingkan pembahagian kad debit pelajar KADS1M 2017. Ini pandangan akulah, tak tahulah pula korang memang suka cara ini, duduk berjam-jam dekat bank. Panas punggung dibuatnya, pukul 10.00 pagi sampai 12.30 tengahari baru selesai! Tapi kalau dah namanya urusan dengan bank, kalau boleh selepas subuh tu korang dah kena terpacak depan bank okay! Bukan bank rakyat je penuh, mana-mana bank mesti penuh punya orang baik hari kerja mahupun hari minggu. Orang Malaysia kan kaya.
Benda penting yang korang wajib bawa semasa pengambilan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017;
1) Salinan kad pengenalan depan belakang [fotostat]
2) Salinan id kad pelajar depan belakang [fotosat]
*Make sure bawa IC dan ID pelajar sekali, nanti dia minta.
p/s: Kad dah dapat, tapi masih belum bawa duit keluar. Masing-masing nak pakai duit, almaklumlah tengah bulan lagu ini. =)
Thanks you for reading!
kad ni khas untuk student jak kah?
ReplyDeletehahahaha...kak Sally punya dapat lama gila dah..masa akak g tu ade akak sorang je yg nak collect...masa tu ramai belum dapat lagi rasanya
ReplyDeletekad ini pengganti baucer buku...
ReplyDeleteseronoknya sejak tak bergelar pelajar tak dapat dah nak beli buku...
sebelum ini bukan main seronok beli buku
Adik mai masih tak nampak jalan lg ni nak dapat, kesian dia. huhu, rasa lagi senang kalau pakai voucher mcm dulu.
ReplyDeleteMacam-macam masalah pasal collection untuk card ni yang kita baca online. I think my sister pun belum dapat lagi.
ReplyDeleteawak okay lagi, saya dari pukul 11 balik pukul 4.30 tau haha.. menyesal tak letak cawangan hulu-hulu ni
ReplyDeleteNEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger
so kalau tak dapat email tapi dah lulus boleh pergi ambik la ea?
ReplyDelete