Siapa sangkakan member-member zaman sekolah dah ramai yang mendirikan rumahtangga. Kejap sahaja masa berlalu, rasanya macam baru semalam kena jemur dekat koridor tak siapkan homework.
Harini dengar cerita...
.
.
.
.
.
Wei, kau tau seorang ini dah kawin dengan si polan ini..
.
.
.
Seorang lagi dah anak 3 beb..
.
.
.
Hujung tahun ini pasangan 2 sejoli nak kawen beb. Kau pergi?
.
.
.
Minggu lepas si polan ini kawen. Kau pergi tak haritu?
Apa-apa pun tahniah buat mereka yang dah naik pelamin. Selamat pengantin baru! Memang menjadi trend sekarang kawin pada usia muda kan? Kalau dah sampai seru, kawin jerlah kan. Baru-baru ini, kawan aku satu class masa form 4 & 5 telah mendirikan rumahtangga. Memandangkan aku tengah cuti time tu, pergilah weddingnya. Lagi pula, memang dah lama tak jumpa member sekolah. Teruja bukan kepalanglah!
Rata-rata member sekolah aku semuanya bekerja, hanya 2 3 kerat sahaja yang sambung belajar. Tak kisahlah awak kerja mahupun sambung belajar kita tetap kawan. Ada seorang member aku kira bestfriends la, lepas form 5 dia terus kerja alih-alih loss contact dengan aku. Padahal satu kampung kot! Aku juga yang terhegeh-hegeh cari dia, bila ditanya kenapa kita tak macam dulu yeah. Katanya segan, dia kerja aku pergi sambung belajar. Tak terlintas pun aku taknak kawan dia kalau dia tak pergi sambung belajar. Semua ada bahagian masing-masing, mana tahu tak dapat sekarang di kemudian hari kau akan dapat. Cuma lambat dengan cepat sahaja.
Ainin ini memang ramai peminat dari zaman sekolah lagi. Orangnya manis bila berbicara alahai manja sahaja bunyinya. Dia yang duduk sebelah aku waktu form 4 and form 5. Tapi kerap jugalah Ainin ini jadi biskut kejap ada kejap takde. Pantang takde guru dalam class, lesap memanjang. Aku pula suka buat tahi mata dalam class. Itu pasal zaman sekolah menengah badan aku gempal. hahaha.. Pergi sekolah tidur, balik sekolah bantai tidur lagi. Mana tak membesar bagaikan Johan!
Cantik sangat dekorasi pelamin si nanin ini! I'm so jealous okay! Impian si nanin ni memang nak berkahwin sebelum umur 25 lagi, masa form 4/5 dulu kiteorang rajin juga bergosip. Tarket kawen umur berapa, nak lelaki macam mana, anak nak berapa, nama apa, nak laki orang mana. Perghh, galak sungguh perangai masing-masing kan! Termakbul jugalah impian si nanin ni nak bersuami sebelum umur 25 tahun. Tahniah!
Dari kiri Yatt dengan pasangannya Shah, suami Ainin, Ainin, Zuera, aku!
First time aku pergi kenduri kawen sampai 3 jam, ini semata-mata nak jumpa my kesayangan. Yatt dah kerja tengah kumpul duit nak kawen. Zuera pula dah kerja dan diam tak diam dah jadi tunang orang. Tak cukup korum lagi ini. Siapa lagi tak mai ini!
Seorang lagi ini takde, pengantinnya sibuk melayan tetamu. Kami jerlah geng budak perempuan melayu dalam kelas 4pa1/5pa1 dikala yang lain adalah budak cina. PA means budak-budak class prinsip perakaunan. Rindu dekat semua, tapi budak lelaki melayu seorang pun tak muncul. Hampehh betul!
Baju hitam sesat, tapi dia member zaman sekolah rendah sampai menengah lagi. Dari kiri, Farah, Yatt, aku, Ainin, Zuera, Deeana, and Nelly! Masing-masing dah bekerjaya, next aku pula. Tak sabar nak habis belajar hujung tahun ini! Amin!
My classmate since 2010 & 2011. Berapa kerat sahaja yang aku jumpa. Mana yang lain pun tak tahu da. Maybe 10 tahun akan datang, kalau terserempak pun dah tak cam. Masing-masing dah lain. hahaha..
Kalau korang jumpa member lama, korang tegur ke tak? Aku tegur!
Kalau korang jumpa member lama, korang tegur ke tak? Aku tegur!
Hahaha same here mesti la tegur kawan lama hihi
ReplyDeleteTahniah untuk kawan Azwar. Kawan saya pun dah ramai yang mendirikan rumah tangga :)
ReplyDeleteTahniah untuk kawan Azwar. Paaaaling suka attend kenduri kahwin kawan kawan sebab boleh jumpa balik kawan sekolah dulu dulu.
ReplyDeleteseronok kan bila kawan- kawan kahwin..kawan2 akak semua dah kawin dah..cuma x dapat jumpa lagi dh..semua bz sejak dh berkeluarga
ReplyDeleteala seronoknya tengok kawan dah kawin ni. pastu boleh brkumpul mcm masa sekolah dulu. tahniah untuk kawan awak :D
ReplyDeleteWah syoknya sambil makan kenduri sambil jumpa kawan-kawan sekolah.
ReplyDeleteTahniah..selamat pengantin baru !
ReplyDeleteTahniah untuk kawan sis, Ainin. Rindu dengan kawan2 sekolah la plak. sob3. Kami kalau jumpa memang tegur ja. Hehe
ReplyDeleteLepas ni Azwar pula. Hee Aamiin :*
ReplyDeleteTahniah atas kawan yang naik pelamin tu ya
ReplyDeleteSemoga bahagia rumah tangga
Tahniah untuk kawan AZwar. inshaAllah hari Azwar akan sampai jua nanti.
ReplyDeleteTahniah untuk kawan Azwar, Ainin Sufiah. Selamat Pengantin Baru...
ReplyDeletetahniah untuk kawan azwar.. hee~ tka kisah la kawna naik pelamin ke hape kan.. kita sebagai tetamu tetaplah nak berselfie.. lantaksitu..
ReplyDelete