Eversoft | Pembersih Wajah yang diformulasikan 100% daripada Ekstrak Organik - Azwar Syuhada

Friday, 7 July 2017

Eversoft | Pembersih Wajah yang diformulasikan 100% daripada Ekstrak Organik

Salam to all readers,

Dari zaman mak kita jenama Eversoft ini memang cukup popular. Ada sorang member ini memang peminat tegar jenama Eversoft, sampai sekarang muka dia sentiasa bersih, seketul jerawat pun takde. Memang padanlah kulit wajah cantik berseri kerana pencuci muka Eversoft ini berasaskan formulasi Jepun dan ianya 100% daripada Ekstrak Organik.

Kalau nak tahu jenama Eversoft ini dah mula berada di pasaran lebih dari 30 tahun tau! Betapa hebat penangan jenama Eversoft ini di negara kita. Benda kalau dah bagus mahal macam mana sekalipun orang akan setia punya tambah-tambah produk Eversoft ini berasaskan 100% ekstrak organik. Siapa tak suka kan?

Eversoft memang cukup popular dalam kalangan remaja Malaysia di mana pembersih wajah Eversoft mampu membersihkan wajah secara menyeluruh, minyihatkan kulit, kekal remaja serta cantik berseri!Kalau nak tahu, membersih wajah merupakan perkara paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat samada korang menggunakan alat solek ataupun tidak. 

Yes! Membilas air semata-mata tidak mencukupi, kini Eversoft hadir dengan lebih manfaat untuk lebih kebaikan. Produk  ‘jimat masa’ ini menggabungkan langkah pembersihan yang pelbagai dalam 1 produk - EVERSOFT™ 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water yang bertindak menanggalkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit; manakala EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner sangat sesuai bagi individu yang tidak menggunakan solekan. Menggunakan formulasi berasaskan bahan dan teknologi dari Jepun, pembersih baharu ini bebas daripada paraben, SLS, alcohol serta minyak mineral. 

Dua pembersih wajah baharu EVERSOFT™ ini memberi lebih dari sekadar pembersih asas.


EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner 

EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner terhasil daripada formula gabungan 2 langkah pembersih kepada 1. Manik-manik merah jambu diperkaya dengan Tea Tree Oil dan Vitamin E yang membersih jauh kedalam kulit untuk menarik kotoran, manakala ekstrak organik buah Yuzu membantu meredakan kemerahan kulit, mengurangkan pembentukan jerawat, dan membuang cela pada wajah. Pembersih ini membersih dan mencerah dalam satu langkah tanpa meninggalkan sebarang kotoran. Langkah ini boleh diteruskan dengan penggunaan serum serta pelembab sebagai pelengkap kepada rejim penjagaan kulit wajah.


EVERSOFT™ yakin EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water 

EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water merupakan pembersih wajah yang lembut dan berkesan untuk menanggal solekan dan membuang kotoran. Diperkaya dengan ekstrak organik Tomato yang tekenal dengan ciri-ciri antioksida bagi melawan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran, pada masa yang sama menyegarkan kulit serta mengecilkan pori. Produk ini turut mengandungi Bio-Hyaluronic Acid bagi mengekalkan lembapan dan mencegah nyahidrat. Ia menjadikan kulit wajah terasa bersih dan lembab sentiasa. Dengan pembersih solekan yang tidak memerlukan bilasan air ini, pengguna boleh melangkau langkah membersih wajah dengan buih pembersih serta penggunaan toner. Korang hanya perlu memakai pelembab setelah menanggalkan solekan dan siap!

EVERSOFT™ Cleansers diperbuat daripada formulasi yang lembut pada kulit wajah dan berkesan untuk membersih jauh kedalam tanpa mengeringkan kulit sambil mengekalkan keseimbangan lembapan secara semula jadi. Setiap bilasan membekalkan kulit anda dengan nutrien agar kulit semakin cerah dan sihat sentiasa.

Pembersih dan pembersih dengan air EVERSOFT™ ini sangat sempurna untuk membersih dengan cepat, pada harga yang berpatutan dan hasil yang menakjubkan. EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 150ml pada harga RM17.80 (Semenanjung)/ RM18.70 (Sabah & Sarawak)* manakala EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water juga hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 300ml pada harga RM22.90 (Semenanjung)/ RM24.00 (Sabah & Sarawak) dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar dan farmasi seluruh negara.

Thanks you for reading!

5 comments:

  1. wow packaging pun da makin lawa dah sekarang..

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. boleh cuba ni :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/07/giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete
  3. wowwwww harga tak mahal sangat mampu milik..

    ReplyDelete
  4. Hi ucing singgah sini .Selamat Hari Raya (^_^).

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!