Aku tak tahu kenapa aku perlu mengambil masa yang lama untuk update blog sekarang ini. Padahal, banyak juga masa terluang, masa terluang dengan aktiviti tak berapa faedah seperti tidur sepanjang hari. Pantang ada masa terluang sikit, mulalah rasa nak tarik bantal. Jangan kau ikut perangai tak semengah aku ini, memandangkan dah nak dekat final exam. Doa yang baik-baik moga dapat dean list gitu...
Siapa dekat sini suka aktiviti lasak? Kalau korang minat aktiviti lasak bolehlah cuba pergi Escape, Penang. Syok weiii! Sampai sekarang rasa tak puas main, nak repeat lagi sekali boleh tak? Last, aku main aktiviti-aktiviti lasak macam ini masa pergi kem kotex kalau tak silap aku, waktu tu form 1 rasanya. Punya lama aku tak join aktiviti sihat macam ini. Sekarang banyak join larian juga, konon boleh kurus, habis lari berpingangan juga aku mencekik. Kau rasa boleh kurus ke? `
Welcome to Escape Penang! Kami bergerak dalam pukul 8.00 pagi macam tu pekan Penang. Sungguh pun Penang, jauh juga perjalanan untuk sampai ke Escape ini, kerana ia terletak di hujung tanduk area Teluk Bahang kalau tak silap aku. Makan masa dalam 1 jam juga untuk sampai ke sini. Yang penting, kawasannya cantik sangat. Hutan-hutan masih terpelihara. Nyaman sahaja hirup udara dekat sana!
Sebenarnya, Escape ini pun ada banyak tempat, macam Escape Shah Alam. Macam biasalah, yang dekat pun aku tak pernah berkunjung, nak juga pergi yang jejauh. Nasib baiklah, kelab Marketing tahun ini rajin buat aktiviti, dapatlah aku join sekali. Bukan senang, aku nak join aktiviti-aktiviti macam ini okay. Bila tahap kemalasan menguasai diri. Aku taknaklah markah kokurikulum aku corot, atleast nampaklah effort sikit bila join aktiviti. Ya tak?
Pergi hari Jumaat pun ramai orang, rata-rata pergi under rombongan sekolah, universiti, company trip, family pun ada. Seperti biasalah, sampai-sampai kena beratur beli tiket, yang paling sibuk off courselah orang kuat yang anjurkan aktiviti ini, Presiden club marketing, dialah yang nak kena settlekan kemasukan kami semua. Sebelum masuk, akan diberi penerangan terlebih dahulu.
Memandangkan kami pergi under rombongan club dan ramai pula tu, dapatlah special layanan sikit, apabila dah masuk ke dalam Escape, kiteorang diminta berkumpul dekat kawasan lapang sikit, dekat situ ada beberapa staff Escape, Penang akan beri sedikit penerangan tentang peraturan bermain, berkenaan locker, khemah, makanan dan macam-macam lagi informasi. Memandangkan yang join dalam lingkungan 40 orang, maka kiteorang buat keputusan share duit beli khemah tersebut dengan makan tengahari sekali. Berbaloi jugalah rasanya!
Sebelum bergerak pergi bermain, kami buat aerobik sikit dengan tunjuk ajar daripada salah seorang staff Escape yang bernama Abang Ali. Kalau tak buat, nanti lepas main mulalah tergeliat semua urat sendi korang nanti.
Muka excited nak lenjan main Escape sampai lebam.`Sebelum bermain, haruslah berselfie puas-puas terlebih dahulu, memandangkan kami dinasihatkan untuk tidak membawa handphone, atau kamera, takutlah terpelanting nanti sendiri mahu tanggunglah. Memandangkan aku sayang kamera dan smartphone aku, maka kutinggalkan sahaja dalam khemah. Jangan risau, khemah tu dijamin selamat sebab dimangga. Ada je bawa phone senyap-senyap untuk ambil gambar masa bermain.
Atas tu salah satu permainannya, selalu tengok ahli Running Man main dalam kaca television. Ini kali kita main, stage pertama pun mengah, ada hati nak naik stage 3. Gayat owhh!!
Selfie lagi!
Cantik sangat persekitaran di Escape, Penang ini. Bersih pun bersih, teratur pun teratur. Staff pun baik-baik belaka.
Ini pun menyeramkan, apatah nama permainannya. Nampak dari bawah rendah je. Sekali naik, ketar juga lutut. Macam-macam permainan korang boleh main, paling best flying fox la. Kami masuk dalam pukul 11.00 pagi sehinggalah 6.00 petang. Kau rasa? Mainlah sampai lebam, ada satu permainan yang aku tak sempat naik disebabkan kena beratur panjang. Lagipun, permainan tu makan masa dalam setengah jam untuk 4 orang main.
Sekitar pukul 2, hujan dah mula turun, tapi orang yang ada berada dalam Escape still main sampai lebam. Rugilah kan, bayar mahal-mahal mainnya tak kan? Makin lebat hujan, makin rancak orang bermain. Syok sangat, jangan sangka tempat macam ini anak-anak muda je join, warga emas pun boleh okay.
Antara permainan menarik yang terdapat di Escape, Penang adalah seperti permainan flying lemur, kite flyer, tubby racer, atan's leap, gecko tower, monkey school, tots trail, a-maze, foxy burrow, discovery dig, zoom bug, balance beam, jungle swinger, go ape, aerobat, jumping jack, coco climb, 3 sixty, go bananas, serambi, dunk tank dan macam-macam lagilah ada.
Nama permainan ini adalah "Monkey Business" ada 3 stage, boleh pilih nak naik yang mana. Aku ambil stage kedua, medium. Syok juga, nasib baik selamat sampai ke garisan penamat.
Kenalkan ini Abang Ali, salah seorang staff Escape Penang yang rajin melayan kerenah kami semua. Yang pasti rajin gila bantu orang panggang ayam dan jagung. Dah puas bermain, kami sudahi dengan makan tak ingat dunia. Yang pasti naik bas, semua bau masammm...
Sungguhpun trip ini hanya satu hari sahaja, ianya mampu mencipta 1000 satu kenangan kot. We enjoy, fun, strees pun hilang, dapat kenal kawan baru, yang penting berbaloi dengan apa kita bayar. hahah... Kalau club korang buat aktiviti macam ini, jangan lepaskan peluang pergilah weiiii. Nanti esok-esok menyesal, nangis tepi bucu katil.
Untuk maklumat lanjut mengenai ESCAPE, boleh layari;
Thanks you for reading!
bestnya azwa. echa tak pernah lagi buat aktiviti lasak mcm ni. mmg semua jenis tinggi2 n panjat2 eh? :o
ReplyDeleteAnis yg ddk penang ni pun tak sempat lagi nak pergi situ T_T
ReplyDeletebestnya... Insya Allah ada plan ngan en.suami untuk ke Penang tahun ni...bleh try ni
ReplyDeletemai sini kena explore n enjoy sungguh2.. dua kali pi.. monkey business x brani sampai stage 3 hahaha.. stage 1 pun ketaq..
ReplyDelete