| Jom dapatkan Membership Card Benang Hijau! | Dah alang-alang aku hebahkan Benang Hijau Warehouse Sale pada korang semua, baik aku pengaruh korang join membership card Benang Hijau sekali. Apa guna kalau pakai sahaja koleksi Benang Hijau tapi tak jadi ahli kan? Siapa yang addicted kumpul card macam aku ini hah, wajiblah daftar jadi ahli.
Ada berita gembira buat peminat tegar koleksi Benang Hijau. Terutama buat semua pemegang kad Member Benang Hijau yang dilahirkan pada bulan March! Benang Hijau nak kasi surprise pada hampa semua. Kebetulan, bulan March adalah bulan kelahiranku. Bertuah badan!
Kepada semua March baby dan pemegang kad Member Benang Hijau, korang boleh redeem free shawl korang dimana-mana lokasi Benang Hijau yang berdekatan dan dapatkan diskaun 20% untuk semua produk Benang Hijau (tidak termasuk promosi). Best kan? Siapa yang suka potongan harga macam ni, ayuh serbu ke Benang Hijau sekarang!
Promosi ini hanya sah sepanjang bulan March sahaja! Kalau datang bulan April, Mei, Jun, memang tak dapatlah jawabnya. Terdapat pelbagai jenis koleksi busana muslimah yang cantik, material pun best, selesa dipakai, harga pun berpatutan di Benang Hijau ini seperti shawl, instant shawl, jubah, dress, blouse, palazzo yang amat sesuai digayakan ke mana sahaja. Kalau nak tahu, Benang Hijau sekarang tengah buat sales gila-gila di beberapa buah negeri, kalau nak tahu negeri mana Benang Hijau jelajah boleh baca di SINI.
ANTARA KOLEKSI BUSANA MUSLIMAH BENANG HIJAU
BLOUSE
Nina, Dolly, Layla Midi, Elle, Fabulous, Rika, Azalea
DRESS
Anisa, Luna, Sophie, Sophia, Leia, Maia, Lana, Marissa 2.0, Sakura Blossom, Autumn tree, Arianna, Hana, Medina, Innara, Zaria, Mikayla, Suraya Plain, Suraya Polkadot
SCARVES
Inner Sofya, Wide Shawl, Maira, Naura, Laura Plain, Laura Printed, Ashley Plain, Asyley Printed, Lily Plain,Wonderlily (M), Wonder Asyley, Lily Lace, Lily Kayla
Dan macam-macam lagi koleksi korang boleh dapatkan di Benang Hijau ini. Kesemua koleksi keluaran Benang Hijau memang superb awesome. Cantik-cantik sehingga membuatkan, aku sendiri rambang mata haritu nak beli yang mana. Bukan aku sorang je haritu rambang mata, ramai kakak-kakak yang tak menang tangan memilih koleksi Benang Hijau di warehouse sales di Selangor minggu lepas.
Semuanya excited dan gembira bila dapat tahu Benang Hijau buat julung kalinya buat warehouse sales. Semua koleksinya boleh dapat dengan harga yang sangat-sangat murah gitu.
Banyak-banyak blouse, aku paling berkenan dengan blouse Azalea ini sebab nampak elegant gituw sesuai sangat dengan tagline Benang Hijau "Inspirasi Wanita Anggun". Aku suka sebab ada dua tone warna dekat blouse tu, disebabkan size aku dah habis stok haritu mampu pandang sahajalah. Harganya hanya RM20 dari RM129 di warehouse sale.
Kalau korang ada membership card lagi untung beb, semua barangan korang boleh dapat potongan sebanyak 10% gitu. Itu pasal aku suruh korang join membership card Benang Hijau. Banyak benefit korang dapat akan datang.
KELEBIHAN DAFTAR MEMBERSHIP CARD BENANG HIJAU
Yuran Pendaftaran sekali sahaja hanya RM20 dan Yearly Renewal hanya RM10 sahaja. Antara kelebihan yang korang boleh grab, selepas menjadi ahli adalah;
1. Diskaun 10% untuk semua produk Benang Hijau.
2. Automatik menjadi EJEN DROPSHIP Benang Hijau dan boleh promosikan produk Benang Hijau secara online.
3. Diskaun 20% pada hari jadi pemegang card.
4. Preview produk baru dan promosi khas untuk Member yang akan diadakan dari semasa ke semasa. .
Banyak benefit yang korang boleh dapat kan? Siapa yang kaki berniaga, inilah peluangnya untuk mulakan bisnes. Kalau dah buntu tak tahu nak jual apa, Benang Hijau kan ada! Tak payah keluar modal banyak pun, hanya perlu daftar membership card Benang Hijau sahaja. Simple right?
Bagi mereka yang tiada card Benang Hijau, tapi teringin sangat nak join membership card Benang Hijau bolehlah kunjungi Benang Hijau yang berdekatan. Mana yang frust tak dapat berkunjung ke Benang Hijau warehouse sales di Bangi haritu, jangan bersedih sebab minggu ini iaitu harini Benang Hijau jelajah negeri Johor pula.
Hai warga Johor!! Jangan lepaskan peluang ini untuk grab koleksi Benang Hijau dengan harga runtuh. Kalau tak berkesempatan juga, cecepat hubungi personel shopper Benang Hijau untuk dapatkan koleksi yang korang nak tu.
Untuk ketahui update terkini mengenai "Benang Hijau Warehouse Sale" bolehlah layari terus;
Instagram: https://www.instagram.com/benanghijau/
Fanpage: https://www.facebook.com/BenangHijau
Thanks you for reading!
cantik nya corak shawl tu..
ReplyDeletemudahnya! btw kad benang hijau cntik!
ReplyDeletecantik2 la color blouse Azalea 😍
ReplyDeleteBenang Hijau ni memang cantik koleksi dia. nanti tunggu kalau2 ada dorang buat warehouse sale dekat alor setar. boleh serbu
ReplyDelete