Progress dan Perkara yang Patut Korang Kena Tahu Kalau Nak Pakai Braces =) - Azwar Syuhada

Saturday, 4 February 2017

Progress dan Perkara yang Patut Korang Kena Tahu Kalau Nak Pakai Braces =)

Salam to all readers,


Semenjak aku pakai braces ini, banyak pula orang bertanya perihal braces. Rata-rata soalan lebih kurang sama sahaja seperti "Sakit tak pakai braces?" "Berapa batang gigi kena cabut?" Mahal tak kosnya? Biasalah, aku dulu pun pernah tanya benda yang sama pada member-member aku yang pakai braces ni hah. Jadi, tak boleh nak kecam sangat, tambah-tambah orang kita memang fobia asal suruh pergi klinik gigi kan? Selagi gigi tak kronik, seboleh mungkin nak rawat gigi di rumah. Itulah orang kita!

Lantak p la semua tu. Yang penting harini aku nak share pengalaman aku dengan engkorang semua tentang liku-liku kehidupan apabila bergelar gadis bergigi besi/ braces. Acecece klise sangat tajuknya. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza, begitu juga aku. Pengalaman juga tidak mampu di jual beli kerana aku yang merasainya sendiri malah tidak boleh sesekali diwarisi oleh jiran sebelah rumah kau! hahaha.. Mulalah nak merapu entah apa-apa ini, jomlah baca pengalaman aku yang worth ini! Poyo kan?

Kononnya, setiap bulan nak snap gambar gigi. Namun, itu semua hangat-hangat tahi ayam kau jah! Asal teringat baru nak ambil, lagi-lagi aku bukan kaki selfie. Kalau sebelum ini, aku share struktur gigi pada bulan 10 2015, bulan 3 2016 dalam entry INI. Kali ini aku share, struktur gigi bulan 8 dan bulan 10 2016 terus. Nampak tak, berapa bulan aku miss. Never mind, asalkan ada juga.

Alhamdulillah, Azwar Syuhada telah memakai braces selama setahun setengah. Kalau dulu, nak senyum kalau boleh tak nak nampak gigi, kini mampu menyengih sehingga ke telinga 24 jam. Pakai braces disebabkan ada gigi taring + tak tersusun, boleh baca entry sebelum ini. Warna braces (elastic band) pink / hijau turquoise warna favourite. Tinggal tunggu gigi belah depan nak rapat baru bukak. 

SAKIT KE PAKAI BRACES?
Tipulah kalau aku cakap tak sakit, nampak sangat aku menyeru korang semua pakai braces secara berjemaah gitu. Awal-awal pakai sahaja sakit, lama-kelamaan dah tak sakit. Bagi aku sakitnya masih boleh dikawal. Kalau korang pakai braces, secara tidak langsung korang akan bakal menghadapi 4 jenis kesakitan ini.

1) SAKIT APABILA PAKAI SEPARATOR: Separator ini sejenis getah untuk menjarakkan gigi. Pakar orthodontic akan letak separator ini dekat bahagian between gigi geraham korang yang kuat kiri dan kanan supaya ada space untuk pergerakan gigi akan datang. Separator ini dipasang sebelum orthodontic pakaikan braces dekat engkorang. Namun, boleh tahan azab jugalah pakai separator ini. Time pakai memanglah tak rasa apa-apa, bila balik rasa nak menangis jugalah nak makan pupun rasa tak selesa. Kesakitannya ambil masa dalam 5- 7 hari macam itu!

2) SAKIT BILA ADA ULSER: Yes, bila pakai braces korang akan kena ulser atau dalam erti kata lain mata ikan. Alhamdulillah, aku ada juga kena ulser tapi tak banyak dan lama sangat. After dah pasang braces/ besi dalam mulut barulah ada ulser. Paling banyak ulser aku terima ada 4 dalam satu masa. Tapi azab ada ulser tak mampu menandingi azab pakai separator la. Sakit lagi pakai separator! Macam mana boleh timbul ulser bila pakai braces? Seperti semua tahu, braces adalah besi, bila besi dah dimasukankan ke dalam mulut bersatu pula dengan gigi, sudah semestinya dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Terjadi lagi apabila bracelet braces berlanggar-langgar dalam mulut kita. Tahap kesakitan: Hampir 1 minggu atau lebih ianya bergantung pada diri kita sendiri a.k.a tuan punya mulut.

3) SAKIT BILA KENA CABUT GIGI: Off course sakit, bila kena cabut gigi yang masih utuh, sihat dalam mulut kita. Depend pada struktur gigi kita sendiri, kalau terlalu banyak dan tiada space banyak juga gigi korang kena cabut, minimum 4 batang gigi. Alhamdulillah, aku cabut sebatang gigi sahaja. Apalah sangat cabut sebatang gigi untuk meraih kecantikan yang abadi ye tak? Kalau asyik dok pikir-pikir sakit memanglah rasa sakit sepanjang hayat. Cuba cekalkan diri tu, rasa nikmat bila cabut gigi takde rasa sakit sangat. Yang penting jangan sesekali berani tengok injection sebelum cabut gigi tu. Sebenarnya, dalam gusi aku belah kiri kalau tak silap ada gigi tak keluar, kalau nak keluarkan kena buat operation. Jadi, orthodontic bagi kata dua proceed sahaja ataupun buat operations. Selagi tak menganggu apa-apa tak payahlah buat operations. Yang penting, mohon bertabah okay!

4) SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP UNTUK KETATKAN WIRE: Engkorang akan alami kesakitan ini setiap kali anda balik dari klinik gigi (sebulan sekali macam tu). Kadang-kadang 2 bulan sekali baru aku follow up semula. Pakar orthodontic akan ketatkan wire bracelet braces tersebut supaya gigi korang rapat dengan cepat. Sakitnya bergantung pada berapa ketat orthodontic tu buat pada gigi korang. Kesakitannya rasa macam gigi nak luruh pun ada. Aku sampai berdoa, supaya gigi aku tak ngongak kalau pakai braces ini. hahaha.. Tahap kesakitan: 2 hari sahaja!

MAHAL KE KOS BUAT BRACES?
Aku kurang arif pasal ini sebab aku buat dengan pak cik aku. Kalau buat dengan saudara bukan 100% percuma okay, cuma kos membuatnya kurang sikitlah jika nak dibandingkan buat dekat klinik lain. Rata-rata, member aku yang pakai braces dorang buat sampai RM5k dan ke atas. Lecture aku sampai 2 kali braces sampai RM9k. Tapi semua bergantung pada struktur gigi korang juga, kalau banyak problem, kos rawatannya tinggi sikitlah. Follow up every month ataupun 2 bulan sekali, RM50 RM150 setiap kali pergi. Semua bergantung pada orthodontic nak ganti apa samaada wire/brackett/band/cuci gigi so on. Mula-mula pakai tu, mengalir jugalah duit dalam kocek aku ini hah kalau setiap bulan kena follow up. Now, follow up dalam 2 bulan sekali sahaja, sebab tinggal nak tunggu gigi depan aku yang satu tu rapat sahaja. Kalau nak lagi murah dan jimat duit buatlah dekat government, waiting list 2-3 tahun macam tu. Member aku seorang buat dekat government, cantik dah gigi dia sekarang. Kalau buat dekat goverment dorang focus pada budak sekolah. Kenapalah aku tak tahu selama ini dari kecik, boleh mak aku daftarkan awal-awal lagi.

SUSAH TAK JAGA GIGI BILA PAKAI BRACES?
kahkahkah... Soalan ini aku pernah tanya pada member aku yang pakai braces sebelum aku bergelar "gadis bergigi besi". Bagi aku tak susah mana pun, bila dah pakai braces. Yang penting jangan sesekali miss follow up okay. Follow up ini penting untuk kita tahu progression gigi. Ada peningkatan ke idak. Memandangkan aku pakai braces, jadi aku ada 2 berus gigi. Satu berus gigi sama sahaja macam korang "soft brush" satu lagi "interdental brushess" yang boleh didapati di watson/guardian. Cuci gigi kena cuci betul-betul, interdental brushess tu memudahkan kita berus bahagian celah-celah gigi yang terlekat makanan. Aku kalau boleh nak elakkan makan kat luar, sebab lepas makan nak sengih tak berapa nak confident lagi kalau makanan ada sangkut-sangkut dengan bracket braces. Member serumah aku kadang-kadang bengang juga kalau aku duk lelama dalam bilik air. Aku gosok gigi boleh dikatakan lama jugalah nak pastikan ia bersih. Kalau kita tak cuci gigi bersih-bersih, progression gigi kita akan jadi lambat tau! 

MALU TAK PAKAI BRACES?
Pehal pula nak malu, bangga adalah. Buat memahal takkan nak malu kan? Tayang satu kampung pun boleh. Over kau jah! Awal-awal balik rumah haritu, aku kena ejek jugalah dengan mak aku, dia kata aku jonggang! Kau rasa? Berbulu jugalah aku dengar, biasalah awal-awal pakai braces jonggang ke depan, belum serasi dengan cik mulut. Now, bila align gigi dan kemas dan cantik itulah detik terindah wei, nak senyum sampai ke telinga pun confident! Awal-awal pakai, mesti korang akan jadi perhatian sikitlah pada orang lain, sebab jarang orang pakai braces. Korang jangan pula rasa janggal pula, dorang pandang pun sebab keunikan pada diri kita. Pemakai braces dikatakan seorang yang unik gituw.. Unik lah sangat, now berlambak sudah orang menggila pakai braces. Aku harap korang buat dekat tempat yang betul okay, jumpa orthodontic yang betul. Jangan pakai beli yang bersepah dekat pasar malam or online seller. Bahaya kot!

________________________________........................................___________________________

Okay, ini sahaja pengalaman yang aku boleh sepanjang aku pakai braces. Aku follow up dengan klinik setiap hari Sabtu memandangkan pakcik aku bertugas pada hari Sabtu sahaja. Macam biasa, aku memang blur setiap kali menyesuaikan diri dengan benda baru. Lambat loading sikit, jadi mula-mula nak pilih colour untuk braces pun doctor yang suggest kan. Second time, baru aku buat pilihan sendiri. Aku baru perasan, banyak kali aku tukar getah warna pink, yang latest ini pun pink dan hijau turquoise. Warna apa cantik selain pink ya? Sebab 18/2 ini aku check up, sudah semestinya nak tukar warna punya. Kalau ada cadangan bolehlah share dekat komen.

Harap dapat membantu korang serba sedikit yang loss confident nak pakai braces. Wat chills and relax je okay! Bagi aku takdelah sakit mana pakai braces, sakit kejap jerlah lama-kelamaan dah okay. Tengok aku mampu tersenyum dengan penuh confident sekarang! Ulser pun takdedah. Mungkin 5 bulan yang pertama korang rasa tak selesa nak menyesuaikan diri dengan benda baru dalam mulut. Pengalaman ini hanya dirasai oleh pemakai braces sahaja dan yang pasti akan diingati sampai bila-bila wei, sampai rasa sayang nak bukak braces nanti. Justeru, pada mereka yang berniat nak pakai braces teruskan sahaja niat korang. Jangan sesekali berundur sebelum peperangan. Kalau niat kita baik, insyallah Allah sentiasa ada dan menolong kita. Tak mampu? Pasti ada rezeki Allah datangkan nanti. Tak esok lusa, tak lusa tulat, tak tulat tonggeng. hahaha..Bye!

Inilah geng braces UniKL (UBIS), masing-masing muka bangga tayang gigi. Insyallah, ketiga-tiga gegurl ini akan bukak braces dalam tahun ini juga kalau tiada aral melintang. Sekarang, selfie puas-puas dengan gigi besi okay!

Thanks you for reading!

17 comments:

  1. waaa akak memg nk info psl gigi besi ni...ank akak tu naik gigi kekal xbrapa cantik susunan nya

    ReplyDelete
  2. nice entry! kita geng lah si gigi besi kehkehkeh. fieyqa boleh tolerate lagi sakit ulcer dengan sakit separator tapi sakit lepas cabut gigi rasa paling azab kot haha T_T

    ReplyDelete
  3. Dah lama teringin nak pakai braces tapi simpanan belum mengizinkan lagi. Tunggu la dah ada income sendiri.

    ReplyDelete
  4. Azwar.. kak D tgk org pakai braces ni suka kacau gigi dorg.. is it sebab x selesa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..taklah, maybe ada makan tersangkut kot. Awal-awal pakai suka la usik, lama2 menyampah juga nak belek. =)

      Delete
  5. Salam perkenalan... blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  6. nak dekat sebulan pakai braces.alhamdulillah...x pernah lg rase sakit amat.
    nak tanya la..skrg ni kite pakai braces ad kemungkinan ke kene cabut gigi???

    ReplyDelete
  7. bru rietta tahu pkai braces siap kena cabut gg bagai...hehehe....

    ReplyDelete
  8. saya dalam waiting list government. Takut gila nak tunggu pasang braces nanti hahahaa

    ReplyDelete
  9. Wah lepas ni leh snyum lebar2. Hee

    ReplyDelete
  10. my daughter pun sibuk nak pasang braces..

    ReplyDelete
  11. best la gigi dah cantik pasni...^^

    ReplyDelete
  12. teringin nak pakai tapi rasanya biar jelah gigi ni mcm ni je hee =D

    ReplyDelete
  13. teringin jugak nak pakai braces nie. tapi takut nak cabut gigi T^T

    ReplyDelete
  14. salam kenal sis. dulu pernah pakai braces masa usia remaja. tapi tak sabar.. huhu

    ReplyDelete
  15. nak gigi cntik kena btabah =D xpa, xlama juga tu =)

    ReplyDelete
  16. Oo cam tu rupanya org pkai braces ye :) Tapi mek belum ade keberanian lg ntuk pkai braces. Kwn mek pun duk tengah usha usha jugak pasal braces ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!