Percutian ke Padang, Indonesia [Part 3] - Azwar Syuhada

Sunday, 9 October 2016

Percutian ke Padang, Indonesia [Part 3]

Salam to all readers,

Aku bukanlah seorang blogger travel yang reti membicara negara orang secara terperinci. Memandangkan, aku diberi peluang ke negara orang rasa excited nak kongsi dalam blog. Nak berborak dengan orang akan keterujaan aku melihat negara orang, memang susahlah lagaknya. Tambah-tambah aku jenis berat mulut. Jadi, kalau aku punya entry ini kurang sikit rencahnya, janganlah dikecam ya. 

Untuk destinasi hari kedua sebelum ini, sebenarnya belum habis lagi perjalanannya. Setelah, berehat-rehat sambil menikmati kopi yang ummm tu, kami terus menyusul ke "Jam Gadang". Jam Gadang  adalah nama untuk menara jam yang terletak di pusat Kota Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Untuk pengetahuan korang, menara jam ini memiliki jam dengan ukuran besar di empat sisinya sehingga dinamakan Jam Gadang.


Jam Gadang ini selesai dibangunkan pada tahun 1926 sebagai hadiah dari Ratu Belanda kepada Rook Maker. Sekarang, tempat ini dijadikan tempat rekreasi, orang ramai boleh datang beriadah, mana-mana pelancong yang datang sudah semestinya tidak lepaskan peluang untuk mengabadikan gambar kenangan dihadapan Jam Gadang ini. 

Kalau orang mengunjungi Bukit Tinggi, Indonesia sudah semestinya tempat ini akan dilawatinya terlebih dahulu. Terutamanya kaum wanitalah beb! Kerana, dibahagian Jam Gadang ini wujudnya Pasar Atas lebih kurang macam dekat padang besarlah. Dimana yang nak shopping telekung, kain sulam bolehlah datang sini memborong. Sampai dua kali jugalah kami singgah ke sini sebelum turun ke Padang.


[Day 3]

Hari terakhir di Bukit Tinggi sebelum turun Padang kami dibawa ke kelok 9. Kelok sembilan adalah ruas jalan berkelok yang terletak sekitar 30km sebelah timur dari Kota Payakumbuh, Sumatera Barat menuju provinsi Barat. Jambatan ini pernah runtuh tapi ia dibangunkan semula. Kami sempat berhenti untuk mengambil gambar. Jom tengok !


Di sana ada juga orang menjaja makanan, jadi pada sesiapa yang lapar atau kehausan bolehlah beli sambil menikmati pemandangan kelok 9!

Daripada kelok 9, kami bergerak ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau atau lebih dikenali PDIKM yang merupakan salah satu muzium di Sumatera Barat. Ianya terletak di Kelurahan Silaing Bawah, Kecamatan Padang Panjang Barat, Kota Padang Panjang. Di sini, kita akan diberi informasi secara terperinci lagi mengenai kebudayaan Minangkabau tidak kiralah dokumentasi ataupun visual.

Kenapa anak perempuan jadi keutamaan masyarakat Minang, apa beza perpatih dengan temenggung, semua akan diterangkan. Best okay, macam lawatan sejarah pun ya juga! Kami pergi sampai dua kali, yang first ketika baru sampai ke Bukit Tinggi, kami terlewat sikit PDIKM dah tutup. Yang kedua, barulah boleh masuk.


 I and adik I, bila bergambar menyengih sampai ke telinga. Masa suruh pakai, muka tak rela je! Tapi disebabkan nak naik bende (jam gadang) punya pasal, dia kena ikut juga aku pakai. hahaha..

Di PDIKM ini juga, kita boleh menyewa pakaian rasmi mereka. Spoi betul, bila pakai sport shoes. Sewa baju ini kalau ditukarkan duit Malaysia hanya RM10 seorang. Berbaloi x? Okaylah, dapat juga merasa jadi anak gadis minang. Untung siapa dapat kawin dengan anak gadis minang, semua kaya-raya okay! Kalau nak merasa pakai pakaian ini bolehlah singgah PDIKM ataupun Istana Basa Pagaruyung pun ada juga!

Memandangkan keesokkan harininya nak bertolak ke Padang, Abang Dayat bawa kami shopping kain lagi. Kali ini dekat kedai Aswan, banyak koleksi kain sulam yang cantik-cantik dekat sini.



Rambang mata masuk kedai macam ini, mahunya berjam-jam. Rasa nak borong semua sahaja, sebab semuanya lawa-lawa belaka. Kedai Aswan ini ada juga menghantar barang-barang di area KL. Kira popular jugalah kedainya, makin banyak beli dapatlah harga kurang. Best kan? Jadi, aku seru kaum wanita yang tidak sampai ke Bukit Tinggi, cepat heret husband korang ke mari. hahaha...

Lupa pula nak bagitau, waktu jam dekat sini tidak sama dengan Malaysia tapi tak jauh beza. Lambat satu jam dari Malaysia. Kalau Malaysia pukul 7.00 petang, Bukit Tinggi baru pukul 6.00 petang. Bila tulis entry, rasa rindu pula suasana di sana! Selesai shopping, aku turutkanlah permintaan adik aku yang berhasrat nak naik kereta kuda (bende), jadi Abang Dayat dengan rela hati turunkan kami di Jam Gadang, mak dengan makcik aku balik hotel. 


Kemain balik hotel naik kereta kuda, ingat "Cinderella" ke. Seorang kepala naik kereta kuda bersamaan 45 ribu rupiah. Nama kuda ini "Sofea", padahal kuda jantan! hahah.. Balik hotel tak sampai 15 minit keluar semula, untuk menikmati hidangan makan malam. Dah kekenyangan, apa lagi balik tidurlah jawabnya! Pelancong yang paling malas jugalah kiteorang ini. Masuk kereta tidur, terjaga bila dah sampai destinasi dan makan. Mana tak membesar bagaikan Johan!

p/s: Insyallah ada lagi sambungan untuk entry percutian ini. Tengok kerajinan aku nak menaip! hehe..

11 comments:

  1. Akaka x sampai lagi kat sini...bestnyaaaa

    ReplyDelete
  2. bestnya g melancong
    menarik dpt tgk budaya negara org lain :)

    ReplyDelete
  3. Gadang = godang (dialek nismilan) = bosar

    haha.. saya rasa jam gadang tu jam bosar la

    ReplyDelete
  4. Enjoy la baca entry ni. Sebab ada additional info sekali ^^ Keep writing ❤

    ReplyDelete
  5. bestnyaa.. Harga barang dekat sana murah-murah tak berbanding Malaysia?

    ReplyDelete
  6. cantik awk pakai baju tu.. :)

    #fly dari solehahkahaku.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Seronok kan dpt tgk negara org. Btw, rambang mata sis tgk kain sulam! ohmaiii serius cntik belaka semuanya =).

    ReplyDelete
  8. dah kalah pengantin minang dah ni hehehehe

    ReplyDelete
  9. Cantik sangat ni...akak belum sampai lagi Padang..takat Bandung redah 4-5 kali dah..tak tau la ape motif g banyak kali

    ReplyDelete
  10. walaupun saya kerap travel, tapi indonesia tak sampai sampai lagi

    ReplyDelete
  11. Salam pada Admin

    Mohon maaf saya iklan sikit di blog ini. Kami dari PT. MENARA HOLIDAY menawarkan pakej Percutian Bukittinggi – Padang. Banyak tempat-tempat indah yang dapat kita lawati. Sekiranya tuan dan puan ada rancangan untuk datang kesini, sila coba perkhidmatan dari kami, karna dalam perjalanan tuan dan puan kami siapkan juga insurance untuk memberi kenyamanan dalam perjalanan tuan dan puan. Untuk info tempat-tempat lawatan dan haraga pakej sila contack kami
    Whatsapp : +6285658236999
    Email : menaraholiday88@gmail.com
    Facebook : https://www.facebook.com/menara.holiday.9 ( Menara Holiday )

    Insya allah kami akan memberikan pelayanan yang memuaskan dengan harga yang berbaloi.
    Jom datang Bukittinggi – Padang

    Trims
    Wassalam

    PT. Menara Holiday

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!