Mask Herbalife memang deboomm! - Azwar Syuhada

Friday, 14 October 2016

Mask Herbalife memang deboomm!

Salam to all readers,


Diam tak diam dah masuk tahun kedua aku berada di UniKL. Maigadd, tak sabar rasanya nak habis belajar. Tinggal 3 sem sahaja lagi sebelum aku intern. Ada tak company korang, ambil budak-budak intern ya? Kalau ada, habak mailah bolehlah aku hantar resume. Sem kali ini, aku ambil 7 subjek, tujuh-tujuh subjek ini aku beli buku dekat senior. Kalau tak score juga, memang nak minta kena marah jerlah. 

Anyway, dalam kesibukan belajar jangan lupa penjagaan diri. Yes, kena cari masa menjaga kecantikan bajet ratu in the world gitu. Kau ada? Kali ini, bukan produk review ke apa, ini produk memang aku gunapakai. Buat masa ini, aku tak pernah lagi pakai dekat rumah sewa. Aku biasa pakai bila balik rumah telok. Karang, tak pasal-pasal ada yang pengsan tengok muka aku. Lebih baik, aku pakai dekat rumah sendiri. Nak bergerak ke sana ke mari pun mudah. Paling-paling adik aku gelakkan. 

Mask ini memang bagus buat kulit sensitif, berjerawat macam aku. Aku biasa pakai mask yang tampal buang yang jual dekat Watson itu. Tetapi sejak aku diperkenalkan dengan produk Herbalife lover ini oleh Coach Peeka, memang rasa taknak tukar dah pakai mask lain. Mask ini hanya boleh didapati daripada coach herbalife sendiri. Tak dijual dimana-mana kioks or farmasi. Buat masa ini memang aku pakai mask dan juga consume shake herbalife. Produk skincare dia aku tak pakai. 

*Disclamer: Produk ini tidak bertujuan mengubati mana-mana penyakit. Keputusan individu berbeza.

Okay, yang bestnya mask ini purifying mint clay mask, masque D'argile, purifiant a la methe. Membantu merapatkan kulit yang lubang-lubang kecik dekat muka, menghilangkan bekas jerawat yang hitam-hitam tu, tidak menghakiskan kulit, dan sesuai untuk semua jenis kulit. Seminggu, 2 atau 3 kali bolehlah manjakan diri dengan mask herbalife ini. Pakai memalam memang seronok, lagi-lagi sebelum tidur. Andai kata, korang ada seketul jerawat besar, bolehlah letak mask dekat tang jerawat itu, insyaallah boleh kecutkan jerawat itu dengan kadar segera. Cara pemakaiannya cukup mudah, basuh muka bersih-bersih, keringkan, colet sedikit mask dekat jari then sapu dekat muka dari bawah dagu, pipi, hidung, kemudian dahi. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal. Pakai dalam 15 minit, kemudian cuci dengan air suam. Settle, rasa fresh je wei!

Nah! Kita belanja satu gambar coach kita. Dia lagi kritikal dengan problem skin sejak zaman u. Hampir setahun lebih jugalah dia mengambil masa untuk recover balik kulit dia. Kadang-kadang punca kulit problem bukan setakat hormon, malah dari sudut pemakanan juga boleh mendatangkan masalah jerawat. Kadang-kadang makanan yang kita makan dan rasa sedap tulah yang effect muka berjerawat. Itulah pentingnya berkawan dengan coach kesihatan ini, rajin memantau apa kita makan. Kalau ada masa nanti aku share pula meal plan. Kalau nak tahu kisah coach aku bolehlah baca sini--afeeqazizan.wix.com/beautycoach

*Disclamer: Produk ini tidak bertujuan mengubati mana-mana penyakit. Keputusan individu berbeza.

Setiap kali apply mask ini, rasa nak selfie je. Coach Peeqa yang aku kenal ini dah rasa macam kakak sendiri, banyak tips kecantikan dia share, dari segi pemakanan mahupun luaran. Pada mereka yang tak kenal, memang kata aku ini gedik. Nak makan pun nak tips bagai, but yes you need to do something for get the best result in your healty lifestyle. Masalah skin ini kekadang boleh menyebabkan low confident level, jadi kalau taknak lost confident level berkawanlah dengan orang-orang yang positif. Tawakal + doa, Insyaallah Dia mendengar doa kita. 

p/s: Pada mereka yang berminat nak mencuba mask herbalife ini, bolehlah email dekat I! Sepantas kilat gua, reply =)

Thanks you for reading!

10 comments:

  1. pakai mask yg sama jugak, yes sangat suka dengan result nya

    ReplyDelete
  2. Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  3. boleh cuba nanti, hehe. Thanks for the review.
    Azwar, good luck for your study =D

    ReplyDelete
  4. Wuish memang berkesan ye tengok coach awak :) nice share
    Singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia
    Done follow
    jemput join
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  5. Wuish memang berkesan ye tengok coach awak :) nice share
    Singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia
    Done follow
    jemput join
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  6. Licinnya muka u lepas guna mask. I pun nak beli 1 untuk try.

    ReplyDelete
  7. berapa harga nie? BV sekarang breakout, bekas jerawat ada. T^T sedih tengok muka sekarang.

    ReplyDelete
  8. hahahaha...akak tak mampu nak guna Herbalife dah skrg..terpaksa beralih ke barangan Korea pulak..muahahaha...#alasan

    p/s : sampai dah ni haaaaaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!