Lawatan ke Muzium Telekom & KL Tower bersama anak yatim - Azwar Syuhada

Saturday, 5 December 2015

Lawatan ke Muzium Telekom & KL Tower bersama anak yatim

Salam to all readers,

Harini aku nak berkongsi cerita mengenai aktiviti sukarela yang telah aku sertai. Kali ini aku berkesempatan menyertai "Misi menemani ank-anak yatim melawat Muzium Telekom". Seolah-olah rombongan sekolah, seperti guru membawa anak-anak murid berjalan. Jelas wajah teruja pada setiap para peserta rombongan ini. Aku yang dah hidup 1 tahun ni pun, tak pernah lagi menjejaki Muzium Telekom. Jelas sekali, aku pun teruja rombongan ini!

Kami bergerak sekitar pukul 9.00 pagi menuju ke Muzium Telekom. Perjalanan nak ke sana hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja dari Kampung Baru.Rombongan ini disertai 5 orang sukarela, 30 orang anak yatim (lingkungan 16 tahun), dan 3 orang guru. Sesampai sahaja di Muzium Telekom kami disambut oleh pegawai Muzium Telekom sendiri. Sepanjang berada di dalam muzium, pegawai itu sendiri yang menjadi guide pada kami semua. Tujuan lawatan ini sudah semestinya mendedahkan sejarah Muzium Telekom Malaysia sendiri kepada kami semua. Sedikit sebanyak dapatlah ilmu pengetahuan am. Lebih kurang 2 jam jugalah kami berada di Muzium Telekom Malaysia ini. Lepas satu ke satu telefon diperkenalkan, setiap jenis ada cerita tersendiri.

Info mengenai Muzium Telekom

Budak-budak diberi serba sedikit info mengenai Muzium Telekom






Setelah selesai melawat muzium, kami bergerak pula ke Menara Kuala Lumpur (KL Tower). Benda inilah yang aku nanti-nantikan. Sudah sekian lama aku tak naik, last aku naik masa aku sekolah rendah kalau tak silap aku. Akhirnya, doa aku dimakbulkan! Bukan aku seorang sahaja teruja, budak-budak tu pun seronok. 

Yeahh, naik KL Tower tanpa perlu bayar apa-apa



View dari KL Tower. Nice shot! Segala benda kau boleh teropong dari atas menara.

Sempat bergambar sebahagian anak yatim dari asrama kasih serendah! Mereka memang best!

Akhir kata aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja iaitu syarikat Telekom Malaysia yang telah menaja sepenuhnya lawatan anak yatim ini. Terima kasih daun keladi, kalau boleh tajalah lagi! 

p/: Kali ini entry bergambar, malas nak menaip panjang!

2 comments:

  1. Allhamdulillah... dpt mereka menikmati keindahan Allah:)

    ReplyDelete
  2. lamanya tak singgah sini. Kalau dpt tidur situ satu malam, mesti dpt dengar macam2. Hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!