Want to be Ugly Betty - Azwar Syuhada

Saturday, 17 October 2015

Want to be Ugly Betty

Salam to all readers,


Ini entry sepatutnya di publish sebelum Maal Hijrah, memandangkan aku terlewat post. Baca jerlah yer.. =)

4 hari lagi kita akan menyambut tahun baru "Maal Hijrah". Ini sambutan dalam Islam, pelbagai aktiviti yang akan diadakan setiap tahun oleh umat Islam untuk memeriahkan sambutan Maal Hijrah ini. Sebagai umat Islam, memang patutlah kita semua meraikannya dengan lebih meriah dan lebih mudah kita berpuasa. Memandangkan negara kita tak berapa nak stabil, tambah-tambah masalah global dunia yang semakin meruncing, lebih baik kita mendekatkan diri kepada Allah. Tenang dan lapang sahaja dada kita.

Setiap kali menyambut Maal Hijrah dan tahun baru, sudah pasti setiap orang akan memasang azam baru. Memacam benda dia nak minta, tercapai atau tidak itu semua belakang kira. Tidak terkecuali, aku juga tidak ketinggalan untuk memasang azam setiap kali tahun baru. Kalau tak dapat tahun ini, aku harap benda yang aku nak tu, akan dapat tahun akan datang pula. Aku kalau nak sesuatu, aku akan usahakan sehabis mungkin. Janji aku puas! hehehe.. Kalau engkorang semua nak tahu, aku mula pandai memasang azam ini, sejak di bangku sekolah menengah lagi. Dari hajat nak lulus SPM, aku lulus. Nak sambung tingkatan 6, aku berjaya tamatkan tingkatan 6. Nak masuk U, aku dah masuk UniKL. Syukur tak terkata, hajat aku termakbul jua! Walaupun, ada beberapa perkara yang masih belum tertunai.

Kini, salah satu azam aku tercapai jua tahun ini. Akhirnya aku berjaya memakai pendakap gigi atau lebih dikenali dengan nama "brace". Macam tak caya pula aku dah pakai brace. Hajatnya yang ini, aku dah pasang sejak tingkatan 5 lagi. Tak sangka pula, aku boleh memakainya secepat ini. Tambah-tambah, aku pakai brace ini menggunakan duit aku sendiri. Duit elaun mara yang aku dapat tiap-tiap bulan aku bahagikan untuk duit brace, campur sekali saki baki duit gaji sewaktu aku bekerja dahulu. Syukur Alhamdulillah... Baru sekarang, aku rasa betapa azabnya memakai brace. Seminggu juga aku tak dapat makan nasi. Insyaallah, ada masa nanti aku share pengalaman aku memakai braces pula! heheeh..


Aku pakai pendakap gigi pun ada kelainannya. Kalau orang lain cabut gigi dulu, baru pakai besi. Aku pula, pakai besi dulu baru cabut gigi.

p/s: Daripada aku bazir duit beli handphone, lebih baik aku pagarkan gigi aku yang bersepah! 

8 comments:

  1. nak jugak pakai braces. tapi tak berkesempatan lagi. hehe. nanti share pengalaman pakai braces eh. :D

    ReplyDelete
  2. Waaaahhh.. mula2 ingat mak andak tadi

    ReplyDelete
  3. saya pon pemakai pendakap gigi...mmg azab wehh pakai braces.....nak cantik kena sakit..hakhakhak :D
    tapi lama kelamaan tak rasa sakit daaaa....

    ReplyDelete
  4. Saya pun teringin nak pakai braces tapi buat masa ni kena hold dulu sebab susah nak buat appointment dengan doc

    ReplyDelete
  5. Sampai sekarang saya tk berani pakai bracess pfft .

    ReplyDelete
  6. pehhhh mesti makin lama makin cun oooh kak azwar peh peh peh

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!