Resepi Beef Lasagna yang Enak dan Sedap di makan - Azwar Syuhada

Sunday, 11 October 2015

Resepi Beef Lasagna yang Enak dan Sedap di makan

Salam to all readers,

Lama sudah tak share resepi. Kali ini aku nak share resepi "Beef Lasagna yang enak dan sedap di makan". Lagsana ini mak aku yang buat ianya inspirasi dari blog Cik Epal. Aku tolong tengok dan sediakan bahan. Walaupun bukan aku yang buat, aku tetap nak share dengan hangpa semua. Suka tak? Ayuh kita mulakan aktiviti mengecahkan dapur!


google

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 labu bawang besar
6-7 bawang putih
Mozarella cheese dan Parmesan cheese (untuk bahagian topping)
Instant Lasagna (perlu celur sikit sampai lembut guna minyak dan tambah sedikit garam)


Dah sediakan bahan-bahannya, kita mulakan dengan membuat sos putih terlebih dahulu. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) 3 @ 4 sudu besar tepung gandum
2) Buttercup (gunakan setengah sahaja)
3) Keju (gunakan setengah sahaja)
4) Fresh milk ducth lady (600ml)
5) Jangan lupa, tambahkan garam secukup rasa

Cara mengadun atau pembuatan sos putih ini, dimulakan dengan;

1) Menggunakan suhu api yang paling perlahan/kecik
2) Cairkan buttercup, kemudian masukkan susu 600ml
3) Masukkan pula, 3 @ 4 sudu besar tepung gandum
4) Setengah keju, kemudian tambah sedikit garam lalu gaulkannya (pastikan ia tidak berketul-ketul)

 Ahaa.. yang ini pula daging bersosnya pula. Cara pembuatannya lebih kurang sama cara membuat sos spagheti. Panaskan minyak, tumiskan bawang sampai naik bau, kemudian masukkan daging ramlee, tuangkan tomato puree, garam, serbuk oregano (segala jenis bahan korang nak letak pun boleh), dua besar sos cili. Gaulkannya. Selesai!


google

Akhir sekali, pembikinan lapisan beef lagsana. Lapisan paling bawah, isikan inti daging terlebih dahulu, kemudian lapisan kedua letak kepingan lagsana, letak inti daging semula dan letak sos putih. 

Ulang semula caranya iaitu kepingan lagsana>>inti daging>>sos putih. Sebaik-baiknya, letak inti daging terlebih dahulu supaya ia tidak melekat dan mudah dipotong. Banyak mana nak isi? Ikut suka mengikut saiz bekas engkorang sendiri. 


Jangan lupa taburkan keju mozarella dan parmesan mengikut citarasa engkorang sendiri nak tabur banyak mana. Bila dah settle, membuat lapisan lagsana bolehlah masukkannya ke dalam oven. Pastikan engkorang semua dah panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180 darjah celsius! Bakarkan dalam masa 30 hingga 40 minit. Gunakan api atas bawah.

Nak tahu dah masak ke belum, tengoklah pada bahagian cheese dekat atas tu cair ke tidak. Dah nampak cair, masak la sudak lagsana nya!

Finally! Menjadilah beef lagsana.

Panas-panas dipotong, hasilnya akan jadi begini. Janji sedap!

Beef lagsana ini lagi sedap dimakan bersama sos cili. Lebih kurang macam makan pizza gitu..

Mak aku memang rajin masak, tapi dia tak berapa sangat nak makan. Nasib baik anak-anaknya suka makan. Bila dah tahu buat, tak payahlah nak menggedik buat tiap-tiap minggu nanti badan macam tong dram pula. Setahun sekali atau dua kali cukup kot. Yang pasti ia sangat berlemak tapi sedap dimakan. Kadang-kadang benda sedap dah ada depan mata, orang yang berdiet pun lupa dietnya ke mana. Aku tak berapa minat nak buat sebab ia agak melecehkan. hehehe..

p/s: Apa-apapun selamat mencuba, terima kasih pada Cik Epal kerana share resepi ini! Sedap sampai menjilat jari gitu..

17 comments:

  1. sedaaaappppnya azwar ! boleh try ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak. sy suka lasagna jugak. :D

    ReplyDelete
  3. Peberet nih..buat sndiri belum try lg.hehe

    ReplyDelete
  4. suka gila makan lasagna beef nie. biasa cod dengan mmber jee.. nak buat kang x reti . nak tgk resepi pulak malas wahaha ..

    ReplyDelete
  5. yummy.. sedapnya.. nak sikit boleh?

    ReplyDelete
  6. Lasagna la sayang..hihihi...kak sally dulu suka buat...tapi lepas tu surrender sbb barang mahal..kahkah :P

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaaa..... kuar ailio!! haih!

    ReplyDelete
  8. nyum nyum sedapnya lasagna ... terliur tengok :)

    ReplyDelete
  9. sedap... thanks for share... saya follow sini...

    ReplyDelete
  10. wahhhhhh...clap2...taper...mula2 tgok je....lpastuh slow2 cuba..lama kelamaan bole masuk master chef..hakhak :D

    ReplyDelete
  11. senangnya... azwar, tu bekas apa ye?? tahan panas ea sebab boleh masuk oven

    ReplyDelete
  12. OK NK NANGIS TEPI BUCU KATIL SBB SEDAP NAK MATI HAHA

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!