Homeless - Azwar Syuhada

Sunday, 25 October 2015

Homeless

Salam to all readers,

Apa perasaan anda bila tiada tempat tinggal, hidup berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah? Rupanya dalam era milinium ini, masih ada orang yang tidak bernasib baik. Bila kita tengok diri kita susah, rupanya masih ada orang lagi susah dari kita. Syukurlah dengan apa yang kita ada. Kali ini aku nak share aktiviti yang aku join di universiti aku iaitu "bagi makan pada orang gelangdangan". Ini aktiviti pertama yang aku join pada mula-mula aku masuk sem 1. 

Gelangdangan ini dengan erti kata lain merujuk kepada orang yang tiada pekerjaan dan tempat tinggal tetap. Ingatkan di bandar Kuala Lumpur ini tak wujud orang gelangdangan, rupa-rupanya ramai juga baik yang muda mahupun orang tua. Aktiviti ini bukan sepenuhnya universiti aku buat, hanya menghantar beberapa orang wakil pelajar untuk membantu NGO Pertiwi Soup Kitchen. Aku bergerak dengan team uniKL around 8.00 malam menuju ke Jalan Chow Kit. Sampai-sampai sahaja, keliling penuh dengan orang gelandangan (dinasihatkan untuk meletakkan barang-barang berharga dalan van). Kami menunggu ketibaan NGO Pertiwi dan juga pelajar dari universiti lain. Sekitar pukul 8.45 malam baru mereka tiba. Skuad pasukan perubatan juga turut ada. Apa yang aku dapat lihat adalah mereka-mereka ini semua orang berdisplin.




Makanan belum sampai mereka semua dah siap beratur panjang. Masyallah, betapa ramainya orang. Kehidupan mereka memang hanya tinggal di deret kedai, waktu siang mereka akan cari makan. Makanan yang disediakan hanya nasi ada kuah (sebesar bungkusan nasi lemak), roti, dan air. Semuanya sama rata, tiada yang lebih atau yang kurang. Masa aku bagi ada perasaan takut dan juga seronok bila dah bagi makanan pada mereka. Takut disebabkan ramai yang macam penagih. Cuak okay! Sedih, bila mana melihat orang-orang tua baya tokcik aku ada di situ. Sepatutnya mereka berada di rumah bersama anak-anak mereka, bergelak ketawa dengan cucu-cucunya. Nak buat macam mana, kehidupan orang lain berbeza-berbeza.

Sesudah di Jalan Chow Kit, kami bergerak ke Kota Raya. Disini lagi ramai orang gelangdangan. Hampir pukul 12.00 malam baru kami selesai memberi makanan pada mereka. Apa yang boleh aku katakan, aktivti ini seronok juga walaupun penat bergerak ke sana ke sini. Macam-macam orang kita nampak, gaya hidup mereka membesarkan anak-anak. 

Kita rasa susah bila kita hari-hari kena makan manggi atau sardin. Bila senang sikit kita up sikit pergi makan KFC. Tapi mereka makan apa? Ingatlah kalau kita susah sekalipun, masih ada orang lagi susah dari kita. NGO Pertiwiti hanya datang 4 kali seminggu sahaja untuk memberi makanan pada orang gelangdangan. Hari-hari lain mereka terpaksa mencari makan sendiri. 

Sebahagian peserta-peserta yang mengambil bahagian membantu badan NGO Pertiwi Soup Kitchen.


p/s: Bila kita senang janganlah kita mendabik dada kerana hidup ini bagaikan roda berputar. Ada masa kita di atas, dan bila-bila masa sahaja kita boleh ke bawah. Apa-apa hal pun kita kenalah dekat diri kita pada yang maha Esa.

More Info PERTIWI Soup Kitchen:

19 comments:

  1. seronoknya join kerja-kerja sukarela ni. Saya tak pernah lagi

    ReplyDelete
  2. insaf kejap baca entry nie. yela kita yang makan mahal2 pun still duk complain makanan x sedapp T__T

    ReplyDelete
  3. Tak sangka mereka boleh seramai nie .

    ReplyDelete
  4. kalau kat tempat penang lagi ramai. sebab usm selalu buat jejak gelandangan. dari pukul 12 malam smpai pagi.
    sedih tengok.

    ReplyDelete
  5. bagusnya buat kerja2 sukarela camni. sedih tengok nasib dorang.. tak sangka kat kota pun ada gelendangan juga :( ramai juga org yg susah even duduk kat bandar. kita ni bersyukurlah..

    ReplyDelete
  6. Tgk mcm ramai nye lah. Huhu

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat join benda ni. Teringin juga nak join kalau ada.

    ReplyDelete
  8. you must be proud tolong dorang kan :)

    ReplyDelete
  9. setuju!
    sy pon pernah join program camni,,,
    mmg mengetuk jiwa,,

    ReplyDelete
  10. ramai rupanya homeless..moga kita sama2 dpt bantu mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, terima kasih atas bantuannya... anyway, kipidap...

    ReplyDelete
  12. Perkara yg amat mulia awak lakukan.

    ReplyDelete
  13. memang ramai azwar.. selalu tgk singgah sahur dorg kasi makanan kat homeless.. tapi, sebenarnya, ada rumah tumpangan utk homeless ni.. tak tahulah kenapa ramai yg lebih suka duduk di tepi jln.. hurmm..

    ReplyDelete
  14. Wow dah lama teringin nak join program macam ni

    ReplyDelete
  15. Bestnyer...boleh join tak program mcm ni?

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum...

    semoga anda sukses dengan kerja amal yang dilakukan... terbaik. Mselim3 pun blom tentu terbuat kerja amal nie..

    mselim3

    ReplyDelete
  17. bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nnt qila nk join jgk la ehehehe thanks share ni kak azwar!

    ReplyDelete
  18. salam...
    seronok tengok buat kerja2 amal tapi sedih mengenangkan masih ramai gelandangan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!