Diam tak diam percutian aku dah ke penghujungnya, masa untuk aku kembali menuntut ilmu. Cewahhh, ayat kemain bajet 24 jam pegang buku kononnya. Kali ini, aku siapkan 2 atau 3 entry untuk di "auto publishkan". Kali ini aku nak share, masa terbaik untuk kita semua bershopping. Kalau sebut shopping sekarang, baik lelaki mahupun wanita tak kurang hebatnya memborong barang. Jadi marilah kita berbelanja dengan bijak!
Berikut adalah waktu-waktu yang sewajarnya untuk anda berbelanja. Sungguhpun sedang berlaku pengeluaran tunai, kita semua masih lagi mampu berjimat:
1) Ketika Jualan Murah
Berbelanjalah pada waktu yang tepat. Hal ini penting kerana biasanya pada waktu-waktu tertentu, kebanyakan pusat beli belah memberikan diskaun besar-besaran. Sampai korang rambang mata memilih mana satu nak dibeli. Contohnya jualan tahunan, menyambut musim perayaan bahkan waktu musim cuti sekolah. Ketika inilah korang sepatutnya ambil peluang berbelanja. Sememangnya harga-harga yang ditawarkan amat berbaloi. Tambah-tambah, ada jualan "Happy Hour". Jadi, jangan sesekali lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan yang diimpikan pada harga yang lebih murah.
2) Ketika Hujung Minggu
Jika diperhatikan, kebanyakan premis terutama di pusat membeli belah kerap mengadakan diskaun jualan pada hujung minggu. Ini adalah salah satu daya tarikan yang dilakukan untuk menarik perhatian pengunjng datang ke premis mereka. Rajin-rajinlah menjengah ke pusat membeli belah bagi mendapatkan harga yang berpatutan.
3) Ketika Jualan Gudang
Kebiasaannya, jualan gudang akan diadakan sekali atau dua kali dalam setahun. Ia bertujuan untuk menghabiskan stok-stok lama kerana akan ada stok baru yang akan keluar. Stok atau model lama seperti barangan elektrik tidak perlu mengikut trend semasa. Cukup sekadar memenuhi keperluan anda. Rebutlah peluang ketika jualan gudang diadakan.
4) Ketika Ekspo & Pameran
Kebanyakan pengeluar sering menyertai ekspo dan pameran bagi memasarkan produk-produk mereka sebagai salah satu promosi kepada para pelanggan. Ketika ini juga, pelanggan akan ditawarkan dengan hadiah dengan setiap pembelian yang dibuat. Untungnya disini, anda bukan hanya dapat barang tetapi dapat hadiah percuma. Kan semua orang suka barang free, masa inilah korang berturun tangga kalau ada jualan begini.
5) Ketika Jualan Akhir Tahun
Jualan akhir tahun adalah waktu paling sesuai untuk kamu membeli belah. Bagi yang telah bekerja, waktu ini, bonus sudah dalam genggaman. Bagi mereka yang masih menuntut pula, anda tentu sudah menabung sejak awal tahun. Anda boleh gunakan wang simpanan untuk membeli barang-barang yang ditawarkan dengan harga yang lebih rendah daripada kebiasaan.
Sebelum balik sempat member makan di Dubu ya!
p/s: Kalau orang bijak dia akan Bandingkan Harga trlebih dahulu. Untuk itu, anda harus meneliti harga produk yang sama pada beberapa buah kedai, pilihlah kedai yang memberi potongan harga terbanyak. Jimat duit korang semua.
Thanks you for reading!
Info: Majalah Hijabista
Time murah2 ni best laa beli..
ReplyDeletetapi kena hati2 juga.. kadang penjual main harga sale ni..
ReplyDeletekalau on9 pnya ad idea x?
ReplyDeletesatu lagi, ketika hampirnya musim perayaan.
ReplyDeletelagi satu.. lepas dapat gaji @ bonus hahaha. tu pon kena ambil kira gak :P
ReplyDeleteHaa.. betul memang betul. Memang tips2 yang sangat berguna sebab barang harga mampu milik sangat waktu macam sisi cakap tu
ReplyDeleteTapi kadang2 pergi waktu sales ni, kemungkinan barang yg dijual x berapa elok. Sebab kedai nak habiskan stok lama diorang tu
Kena hati-hati je lah ;)
mmg murah tp kne bijak membuat pilihan!
ReplyDeleteFollow me ya! TQ
yeala...kena bijak berbelanja kan...
ReplyDeletekalau timetu memang rambang mata..hahaa
ReplyDelete