Kalau kita lihat gambar artis angkatan P. Ramlee dan Saloma pasti ada yang tertanya-tanya apalah rahsia kerampingan badan mereka, kan? Tapi zaman sekarang, masing-masing rasa megah bila berbadan besar bahkan mereka boleh jadikan size badan sebagai modal cari makan. Hal ini, seperti menggalakkan lagi rakyat kita tergolong di kalangan obesiti. Adakah kita berasa bangga? Megah? Tepuk dada tanya selera. Untuk pengetahuan korang, menurut kajian untuk mendapatkan tubuh yang sihat, sebanyak 80% adalah daripada makanan, manakala 20% daripada senaman. Ini menunjukkan bahawa makanan memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk tubuh badan kita. Jadi, mulai sekarang marilah kita bersama-sama mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan cuba elakkan empat jenis makanan bawah ini yang boleh menyebabkan perut buncit. Selamat mengempis perut!
Antara tips untuk mendapatkan perut kempis dengan cara yang sihat;
1) Pemanis buah
Perlu ELAKKAN mengambil pemanis buatan yang biasanya terdapat pada makanan pencuci mulut seperti kek dan gula-gula. Pemanis buatan sebenarnya dihasilkan khusus bagi mereka yang mengalami masalah diabetes. Namun, penggunaannya semakin meluas dalam industri makanan kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding dengan gula biasa. Jika korang masih ingin menggunakan pemanis buatan, pastikan mengambilnya dalam kuantiti yang sangat kecil.
2) Sayuran bergas
WALAUPUN sayur merupakan makanan yang penting terutama untuk menguruskan badan, namun terdapat beberapa sayur-sayuran yang mempunyai gas. Contohnya brokoli, kubis, kailan dan lain-lain lagi. Walaupun begitu sayuran jenis ini tetap mempunyai zat besi seperti yang diperlukan oleh badan. Sebaik-baiknya ambil sayuran ini dalam jumlah yang kecil sahaja bagi mengelakkan masalah perut kembung.
3) Makanan awet
Makanan-makanan ringan seperti keropok, kentang, makanan dalam tin dan sebagainya merupakan makanan awet yang mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan sekitar kawasan tubuh yang lain. Cuba elakkan pengambilan makanan sebegini demi memastikan perut kekal kempis.
4) Minuman berkarbonat
MINUMAN berkarbonat atau minuman bergas tidak sepatutnya wujud kerana ia mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, selain mengandungi gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut seterusnya akan menyebabkan perut kembung dan membesar. Sebaik-baiknya minum air putih sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi menyingkirkan segala toksik yang ada dalam badan.
Sumber: Utusan Malaysia
bagus tips ni..time raya ni membuncit je perut dgn openhouse..hehe
ReplyDeletesinggal syawal.
ReplyDeletetq for nice tips.
hahahaha...nak cuba buat laa...walaupun payah sbnrnya nak tinggal sayur fav tu
ReplyDeletebab makanan berawet tu agak susah huwaa
ReplyDeleteSayuran bergas tu maksudnya jenis yang sejuk dan mudah buat badan berangin ye azwar..ke akk silap..
ReplyDeleteNice sharing..yup akk pantang air bergas..
Salam singgah sini...
ReplyDeleteBest tips nie & nice sharing!
Jemput ke blog sy utk sharing 5 tips kurus pantas :)
semua yaya xamalkan..hehe
ReplyDeletetp adela jgk amik sikit2..huhu kdng trigin mkan mknan rngn ni lol =p
Tips yang sangat berguna :)
ReplyDeleteJOM SERTAI YOUNG ENTREPRENEUR PROGRAM
Bagus tips ni. Boleh try lepas ni ☺
ReplyDelete