Baru-baru ini, aku mengunjungi Singapore buat kali kedua semasa cuti buruh haritu. Kiranya tiada baru sangatlah cerita ni. Dah basi pun! Sebelum nak pergi tu, memang rasa teruja kemain rasanya sebab haritu pergi balik hari, kali ini pergi bermalam di Singapore. Rasa terujanya tak boleh nak cakaplah sampai ternampak-nampak keindahan Singapore. Tambah-tambah percutian ini ditaja oleh mak cik aku sendiri. Seronok tak terkatalah kalau percutian kita ditaja. Kami pergi bercuti selama 3 hari 2 malam, bermula pada pagi Jumaat sampai hari Ahad.
Pada hari Jumaat, kami hanya menetap di Wooland, Johor Bahru dan bersiar-siar di sekitar kawasan itu. Pada hari berikutnya, barulah kami berangkat ke Singapore. Dalam perjalanan nak ke Ssingapore, aku mula rasa tidak sedap badan. Nak kata demam, tak demam pun. Sepanjang berada di dalam kereta,, serba tak kena rasanya. Yang cantik pun, nampak serabut pada pandangan mata aku, cuaca yang mendung pula tak dapat mengurangkan kesakitan yang kualami. Nak kata aku drive, aku hanya duduk bersebelahan dengan driver sahaja. Asal aku pejamkan mata sahaja, terasa denyutannya. Pelbagai tempat aku lawati, tapi disebabkan rasa kesakitan yang kualami hilang rasa keseronokkan tapi timbul kemarahan. Bila sakit, semua orang kita rasa nak marah. Malam ahad pula, kami bersiar-siar di sekitar hotel. Banyak shopping mall di sekitar itu dan yang pasti ianya sangat meriah sekali pada waktu malam. Bandaraya yang hidup di waktu malam seperti di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Orang ramai bertali arus di sekitar itu walaupun menjelang waktu malam. Hanya menggunakan kedua-dua belah kaki semua tempat boleh di lawati.
Kesimpulannya, kalau badan kita sihat sudah semestinya mana-mana kita pergi akan terasa keseronokkannya. Tapi, kalau badan kita tidak sihat maka segala keseronokkan akan hilang. Tambah-tambah sakit gigi. Pulang sahaja dari Singapore, aku terus pergi ke klinik gigi. Alamdulillah, dah lega sekarang. =)
p/s: Bagi mereka yang masih ada ibubapa, luangkan masa anda bersama mereka. Masa mereka sihat nilah, seelok-eloknya kita melawat, bawa pergi bersiar-siar, ajak makan diluar bersama keluarga. Tapi, kalau tak sihat, bawa ayam golek yang tergolek-golek pun, orang yang sakit takkan pandang pun. Dah sakit, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor, jangan sampai melarat. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.
Kalau g singapore wajib try nasi beriani dia yang kat arab street tu...sedap! Hihihi...boleh juga shopping kat mustafa....
ReplyDeletesinggah blogwalking :) salam perkenalan...