Beauty Review: Thayers Alcohol - Free Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner - Azwar Syuhada

Thursday, 26 February 2015

Beauty Review: Thayers Alcohol - Free Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner

Salam to all readers,

Bagaimana anda semua menjaga kulit wajah? Adakah cukup dengan pencuci muka sahaja atau hanya dengan krim pelembab muka? Adakah dengan cara ini anda berpuas hati? Kalau zaman nenek-nenek kita dulu-dulu kala jangan kata pencuci muka, krim pelembab pun belum tentu-tentu ada. Paling cikai dorang pakai pun "tempek bedak sejuk'. Walaupun hanya menempek bedak sejuk dekat muka, mereka tetap kelihatan awek muda. Persoalannya, kenapa zaman sekarang perlu memakai pencuci, krim pelembab siang dan malam? 

Mungkin keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu. Terutama apabila cuaca panas, pancaran matahari yang begitu tegak yang secara tidak langsung boleh membakar kulit muka kita. Pancaran UV sangat berbahaya seandainya pancarannya tembus dekat kulit kita. Kulit bukan sahaja boleh menjadi gelap malah kulit kelihatan seperti terbakar. Sekarang, pelbagai alternatif dijalankan untuk menghasilkan produk-produk kecantikan yang kini berada di pasaran bagi membantu kaum-kaum wanita tampil ayu sepanjang hari. Ye ke idak?

Macam tak kena tajuk pula mukadimah aku ini. Sebenarnya, I nak memperkenalkan "Thayers Alcohol - Free Rose Witch Hael with Aloe Vera Toner" pada uolls semua. Toner ini keluaran Natta Cosme dan ini juga kali ke-4 Azwar diberi peluang mencuba produk mereka. Sukanyaaaaa tak dapat digambarkan. Tapi ini produk dah lama kuidamkan untuk mencubanya.

google
Thayers Alcohol - Free Rose Witch Hael with Aloe Vera Toner

Story of Thayers

I do not know whether this is regarded as America's oldest toner, from 1847 American beauty care veteran Thayers, has range of healthy natural ingredients featured Toner. Rather peculiar is that this company is not produced other skin care products, such as facial cleanser, cream and the like, only to 5 Features Toner conquer the world, we can see this has through 120 years of test formulations.

Description - Flower Power

Thayers Rose Petal Alcohol-Free Witch Hazel with Aloe Vera Formula Toner will make your skin bloom. Rose Thayer's remarkably soothing Toner is made with rose-petal water, Vitamen E and our proprietary Witch Hazel extract.

"Rose's secret to looking 10 years yourger... naturally"

Alcohol-Free
Paraben-Free
Pthalate-Free
Hypoallergenic
Fragrance-Free
Moisture
Cleanses

Kandungan yang terkandung dalam menghasilkan Thayers Alcohol - Free Rose Witch Hael with Aloe Vera Toner ini adalah terdiri daripada;

Purified water
Aloe Barbadensis Leaf Juice (Certified Organic Filet Of Aloe Vera)
Glycerin (Vegetable)
Fragrance (Natural Rose)
Hamamelis Virginiana Extract (made from Certified Organic with Hazel) 
Rosa Centifolia (Rose) Flower Water
Citric Acid
Citrus Grandis (Grapefruit) Seed Extract

Cara menggunakannya;

Selepas mencuci muka dan tunggu muka kering. Kemudian, sapukan "Thayers Alcohol - Free Rose Witch Hael with Aloe Vera Toner" menggunakan kapas muka untuk membersihkan, melembutkan, menyegarkan, dan melembapkan kulit. Gunakan pada bila-bila masa sepanjang hari sebelum memakai krim dan selepas mencuci muka untuk kesan terbaik!

Pengalaman menggunakan"Thayers Alcohol - Free Rose Witch Hael with Aloe Vera Toner";


Bagi Azwar yang telah mencuba Thayer Toner Rose Leaf ini perasaannya best sangat. Bila bukak sahaja penutup toner dah dapat hidu bau semerbak bunga rose. Wangi gila, dan ia amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Azwar kategori kulit sensitif, jadi buat masa ini memakainya tiada apa-apa pun berlaku pada kulit. Kulit muka kekal lembut dan anjal gitueww! Jadi, korang cubalah pakai Thayer toner ini. Yang pasti botolnya besar gila, bolehlah tahan pakai 2 bulan lebih. Yang pasti best gila pakai Thayer toner ini (sejuk sahaja muka ni).

Untuk pengetahuan engkorang semua, terdapat pelbagai pilihan lain untuk Thayer Toner ini. Antaranya adalah dibawah ini; 
google

google

Product Name: Thayers Alcohol - Free Rose Witch Hael with Aloe Vera Toner
Retails Price: RM45.00 (355 ml)
Where to puchase: Natta Cosme Website

Berita baik buat pembaca blog Azwar sendiri, ini ada discount RM10 buat engkorang semua. Gunakan coupon code yang sah dibawah ini untuk membeli product di Natta Cosme!

google

p/s: Nak lagi afdal untuk mencantikkan muka, praktiskan rutin harianmu dengan mengambil air sembahyang. Insyallah cantik luar dan dalaman. Kalau dulu, orang ambil aloe vera yang masih fresh terus sapu dimuka lendirnya, sekarang kaedahnya lagi senang. Pilihan ditangan anda, nak yang mudah ataupun nak yang rumit? Fikirlah sendiri. =D

9 comments:

  1. bagus produk ni. nanti nak carilah satu ^^

    ReplyDelete
  2. bestnya produk nii..nk cuba la nanti..

    ReplyDelete
  3. bestla bau rose, muka pun nanti wangi je....;-)

    ReplyDelete
  4. dah boleh bayang bau bungan rose . hehe =)

    ReplyDelete
  5. nice revieww~ saya skrg ni masih lgi dlm proses menghalau penduduk kampung jerawat kat dahi. kehkehkeh

    ReplyDelete
  6. bestnyeeeee..akk pun tgk bnd ni mcm best!

    ReplyDelete
  7. fuhhh terbaik, tp sy tgk jer lah ehh sb xpakai toner ehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!